TERIMA KASIH KEPADA JPWPKL
SOALAN 1 ( 5 M )
MAKSUD NASIONALISME
·
Bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa
·
Perasaan tersebut membawa kepada gerakan membebaskan
tanah air dari kuasa penjajah
·
Juga melibatkan pembebasan cengkaman ekonomi dan
kebudayaan asing
·
Juga merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa
sahaja bentuk tekanan atau penjajahan
·
Penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin
dan rakyat tempatan sejak abad ke-19
·
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah
bermula pada awal abad ke-20
ATAU
LATAR BELAKANG
PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
·
Bermula pada abad ke-19
·
Berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia
·
Merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk
menjaga kepentingan mereka daripada
dicerobohi dan dikuasai oleh orang
luar
·
Antara pemimpin penentangan itu ialah Dol Said di
Naning , Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato
·
Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan
·
Rentap dan Syarif Masahor di Sarawak
·
Mat Salleh di Sabah
SOALAN 2 ( 15 MARKAH )
SEBAB-SEBAB
PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
Dasar penaklukan
British
·
Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
·
Dengan ini penguatkuasaan politiknya menjadi lebih
luas
·
Kawasan taklukan terikat dengan perintah dan peraturannya
·
Naning dipaksa jadikan jajahan takluk British dan
membayar ufti. Penghulu Dol said menentang.
Eksploitasi ekonomi
tempatan
·
British menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan
mereka
·
Hal ini dilakukan dengan membuat perjanjian dengan
pemimpin tempatan
·
Menerusi perjanjian ini saudagar dari Negeri-Negeri
Selat dibenarkan menjalankan perlombongan
dan perdagangan bijih timah
Pelaksanaan
pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
·
British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan
peraturan tanah
·
Contohnya di Terengganu pembukaan tanah perlu ada
keizinan British dan dikenakan cukai tanah
·
Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat tempatan
Campur tangan British
dalam adat resam tempatan
·
Memaksa menerima nilai-nilai British yang bertentangan
dengan amalan budaya tempatan
·
Di Perak J.W.W Birch campur tangan dalam adat resam
masyarakat Melayu
·
Iaitu amalan menggunakan orang suruhan
Pembesar tempatan
kehilangan kuasa dan pengaruh
·
Terhadap kawasan dan anak buah mereka
·
Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh Sultan atau
masyarakat untuk mentadbir kawasan
·
Mereka diberi kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya
seperti soal pentadbiran, perundangan
Kesulitan penduduk
tempatan
·
Pelaksanaan undang-undang British menyulitkan
kehidupan anak buah pemimpin tempatan
·
Dengan ini mereka memberi sokongan kepada pemimpin
tempatan
·
Hal ini juga kerana kesetiaan kepada pembesar tempatan
sebagai ketua mereka
·
Dengan ini mereka memberi kerjasama untuk menentang
British.
ATAU
Faktor-faktor
pemangkin nasionalisme sebelum perang dunia kedua
Pengenalan sistem politik Barat
·
Sistem ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan.
·
Residen British
telah mengambil pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
·
Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka
digantikan oleh pegawai British.
·
Perubahan ini telah mencabar amalan tradisi meraka dan juga menjatuhkan
maruah mereka.
·
Hal ini membangkitkan kebencian penduduk terhadap
British
.
Perkembangan sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu
·
Pendidikan ini melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang
kemajuan bangsanya.
·
Mereka memberikan sumbangan tenaga dan fikiran untuk
menyedarkan bangsa Melayu.
·
Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan
menolak penjajahan British.
Dasar British
·
Menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur,
berniaga,bekerja dan menetap di Tanah Melayu
·
Ini telah meningkatkan
jumlah imigran di Tanah Melayu
·
Menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
·
Mereka telah menguasai bidang perlombongan bijih
timah,perladangan getah dan perniagaan.
·
Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang
tidak dimajukan oleh British.
·
British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat
pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala
kekurangan.
·
Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan
prasarana contohnya elektrik,telefon, sekolah,hospital dan lain-lain telah
meningkatkan taraf hidup bandar.
Pendudukan Jepun
·
Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia
telah telah menekankan kebebasan
megara-negara Asia telah menentukan kemajuan masing-masing serta persaudaraan
kalangan negara Asia
·
Dengan konsep ini Jepun menggalakkan kerjasama dan menjanjikan kemerdekaan negara,.
·
Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan
makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran menyebabkan sebilangan
besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan kuasa Barat atau Timur.
Penguasaan Parti
Komunis Malaya (PKM)
·
selama 14 hari pada tahun pada tahun 1945.
·
Pada masa itu PKM telah menguasai balai-balai polis
dan memerintah dengan kejam.
·
Mereka membunuh dan dan menangkap sesiapa yang
dianggap sebagai penyokong Jepun.
·
Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman.
Banyak orang Melayu telah dibunuh dan rumah mereka dibakar oleh oleh anggota
PKM.
·
Serangan ini dibalas oleh orang Melayu di
Perak,Johor,Negeri Sembilan dan Pahang.
Kemunculan msein
cetak
·
Juga memberikan kesan kepada penyebaran ilmu
pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
·
Perkara ini berlaku kerana melalui
buku,akhbar,majalah, kitab agama dan lain-lain,idea menentang penjajah dapat
disebarkan.
Gerakan Pan-Islamisme sedunia
·
Gerakan ini membangkitkan intelektual Islam seluruh
dunia untuk menentang penjajahan Barat keatas negara-negara Islam.
·
Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam seluruh dunia.
·
Gerakan reformis Islam yang didokong oleh Syeikh
Muhammad Abduh,pensyarah di Universiti al-Azhar,Mesir telah tersebar luas.
·
Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan
bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat di
samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
·
Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam
majalah al-Manar.
Kesedaran politik serantau
·
Berlaku di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme
di Tanah Melayu.
·
Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari
geografi dan budaya mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
·
Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan
intelektual.
·
Penulisan mereka dan kemasukan orang Indonesia juga
banyak mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu.
SOALAN 3
PERISTIWA PENENTANGAN
PERJUANGAN PEMIPIN TEMPATAN ( 30 MARKAH )
Tanah Melayu
(i) Penghulu Dol Said di Naning
Faktor Penentangan
·
Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan
sebahagian daripada wilayah mereka.
·
Oleh itu, British menganggap Naning berada di bawah
kekuasaan mereka.
·
Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka
sebanyak 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning.
·
Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya
semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka
kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan
jenayah di Naning pada tahun 1828.
Tindakan
Pemimpin
·
Dol Said menolak dakwaan British yang mengatakan
Naning berada di bawah wilayah British.
·
Beliau juga menolak tindakan British yang meletakkan
Naning di bawah wilayah British dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut
oleh British.
·
Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan
British yang membawa seramai 150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten
Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.
·
Kejayaan Dol Said menewaskan tentera British ini
kerana Naning mendapat bantuan daripada
Yamtuan Ali, Syed Shaban, Penghulu
Remai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencah.
Reaksi
British
·
British menghantar tentera ke Naning untuk menawan
Naning pada tahun 1831 tetapi tewas.
·
Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar
seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning.
·
British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said
kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh
sesiapa.
Kesan Penentangan
·
Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan
Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Februari 1833 dan
dibawa ke Melaka.
(ii) Tok Janggut di Kelantan
Faktor
penentangan
·
Penentangan Tok Janggut bermula apabila British
memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan.
·
Selain itu, pihak British telah memaksa penduduk
tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka
Tindakan
Pemimpin
·
Tok Janggut membantah sistem cukai yang telah
diperkenalkan oleh British.
·
Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda
bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan
beliau tersebut tidak dilyan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
·
Pada tahun 1915, Tok Jangut bersama-sama dengan Engku
Besar Jeram, Tun Ahmad, Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak serta rakyat
tempatan telah membuat pakatan untuk menentang Pasir Puteh.
·
Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh.
·
Seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir
Puteh.
·
Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram
sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai
Daerah.
Reaksi
British
·
Tindakan Brirish yang telah mengarahkan pihak polis
untuk menangkap Tok Janggut menemui kegagalan.
·
Bagi menawan semula Pasir Puteh, British telah
menggunakan nama sultan bagi menetang Tok Janggut.
·
Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera
daripada Negeri-negeri Selat dengan kapal perang H.M.S. Cadmus yang telah
mendarat di Tumpat Kelantan.
·
British memulakan serangan mereka pada bulan Mei 1915
di Saring.
·
Serangan British yang tersususn dan penggunaan senjata
moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
Kesan
Penentangan
·
Tok Janggut telah terkorban semasa serangan yang
dilakukan oleh British.
·
Mayat beliau telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu
sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada
masyarakat tempatan supaya jangan berani menawan menentang Brish.
(iii) Dato Maharaja Lela di Perak
Faktor
penentangan
·
Residen J.W.W Birch memungkiri fungsinya
sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874.
·
Para pembesar telah menolak sistem cukai yang
menghapuskan hak mereka.
·
Para pembesar menolak penguasaan British terhadap
kawasan mereka.
·
Selain itu, para pembesar juga menolak campur tangan
British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contohnya , larangan
menggunakan hamba. J.W.W. Birch juga tidak menghormati sistem sosial dan tidak
pandai berbahasa Melayu.
Tindakan Pemimpin
·
Dato Mahara Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu
di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British pada 21 Julai 1875.
·
Dato Maharaja Lela, Dato Sagor , Pandak Anduk,
Sepuntum telah membunuh J.W.W Birch pada 2 November 1875 di Sungai Perak, Pasir
Salak.
Reaksi British
·
Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak.
·
Menguasai seluruh Perak
Kesan Penentangan
·
Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke
Kota Lama.
·
Pada 20 November 1877 Dato Maharaja Lela , Dato Sagor,
Pandak Lam, Sepuntum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung.
·
Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim, syahbandar dan
laksamana teklah dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
(iv) Haji Abdul Rahman Limbong di
Terengganu
Faktor penentangan
·
Haji Abdul Rahman menentang British kerana tidak
berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang
diperkenalkan kepada orang tempatan.
Tindakan
Pemimpin
·
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung
membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah
British.
·
Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk kampung telah
berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin
III.
·
Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun
dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan.
·
Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu
dengan melakukan serangan bersenjata
terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang.
·
Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan
tersebut.
·
Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala
Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.
Reaksi
British
·
Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British
menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan
memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.
·
Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat
kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.
·
Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala
Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh
sebelas orang.
Kesan
Penentangan
·
Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura.
·
Beliau berjaya ditahan dan telah dibuang negeri ke
Makkah.
(v) Dato Bahaman di Pahang
Faktor
Penentangan
·
Dato Bahaman menentang pelaksanaan undang-undang
British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti
sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan
polis luar.
·
Undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato
Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Tindakan
Pemimpin
·
Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan
Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.
·
Dato’ Bahaman menentang pembinaan Balai Polis Lubuk
Terua , kawasan pengaruhnya pada tahun 1890.
·
Pada tahun 1891, Dato Bahaman menyerang British kerana
menangkap anak buahnya.
·
Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua
pada tahun 1892.
·
Dato’ Bahaman menyerang dan menguasai Kuala Tembeling
dan Jeram Ampai.
Kesan Penentangan
·
Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke
Kelantan.
·
Dato ‘ Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan
daripada penduduk dan pembesar tempatan Terengganu dan Kelantan.
·
Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok
Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
·
Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok
dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn seterusnya beliau
menetap di Chiengmai dan diberikan wang saraan 1000 Baht
(vi) Yamtuan Antah di Negeri
Sembilan
Faktor
Penentangan
·
Penentangan telah dilakukan oleh Yamtuan Antah Seri
Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong , iaitu Abdullah Tunggal.
·
Mereka menentang kemasukan British ke Sungai Ujong.
·
Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani
perjanjian British pada 21 April 1874
Tindakan
Pemimpin
·
Dato’ Syahbandar Sungai Ujong menentang Dato’ Kelana,
iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam
pertikaian mereka.
·
Kedua-dua pemimpin ini berebut kawasan sempadan untuk
mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-negeri Selat.
Reaksi
British
·
Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana Syed Abdul
Rahman berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai
Sungai Ujong.
Kesan Penentangan
·
Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke
Selangor.
·
Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong
dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.
·
Beliau bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke
Singapura.
·
Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh
Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah
penguasaan British.
Sarawak
(i) Rentap
Faktor
Penentangan
·
James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di
Sungai Skrang
·
Rentap dianggap sebagai lanun
·
Kezaliman James Brooke
Tindakan pemimpin
·
Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
·
Berjaya mengusir James Brooke
Reaksi British
·
Tentera James Brooke membakar kampung Rentap
·
James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok
Kesan Penentangan
·
Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok
·
Selepas tewas di Bukit Sadok terpaksa berundur ke ulu
Entabai
·
Serangannya menjadi semakin lemah
(ii) Syarif Masahor dan Datu
Patinggi Abdul Gapur
Faktor penentangan
·
Menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka
iaitu Sungai Rajang
·
Kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap
penduduk tempatan
Tindakan Pemimpin
·
Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke di Kanowit
·
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang
James Brooke di Kuching tetapi gagal
Reaksi British
·
James Brooke membina kubu di Kanowit
·
Menewaskan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul
Gapur di Kuching
Kesan Penentangan
·
Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau
diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura
·
Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi
tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan
diserahkan kepada James Brooke
(iii) Linggir
Faktor
Penentangan
·
James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran
di Sungai Saribas
Tindakan
·
Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849
dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar
Reaksi British
·
Menewaskan Linggir
Sabah
(i) Mat Salleh
Faktor Penentangan
·
Syarikat Berpiagam Borneo Utara( SBUB) tidak
menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
·
SBUB juga mengenakan sistem cukai kepala dan surat
perahu.
·
Pegawai-pegawai SBUB juga bersikap kasar kepada
penduduk tempatan.
Tindakan Pemimpin
·
Mat Salleh
telah ke Sandakan berbincang SBUB
pada tahun 1895 tetapi tidak dilayan.
·
Sebaliknya gabenor Beaufort telah menyerang dan
membakar kampungnya.
·
Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun1897
·
Mat Salleh dan para pengikutnya melakukan serangan
mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Reaksi
SBUB
·
SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh
·
Iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
·
Namun SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat
Salleh sekali menyerang kubu SBUB.
·
Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan
menyerang kubu Mat Salleh
Kesan Penentangan
·
Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31
Januari 1900.
SOALAN
4 ( 10 MARKAH )
1.SEBAB PENENTANGAN
PEMIMPIN TEMPATAN TIDAK MENCAPAI KEJAYAAN
Tidak bersatu padu
-berlaku
perpecahan dalam kalangan pemimpin dan pengikut
-penentangan
tidak berkesan
-penentangan
tidak menyeluruh
Penentangan bersifat setempat
-Tidak
berlaku di seluruh negeri
-Contohnya
penentangan di Perak hanya berlaku di Pasir Salak sahaja
Tidak mempunyai
organisasi tersusun
-Tiada
pertubuhan yang menyatukan pemimpin dan masyarakat
-Matlamat
perjuangan yang tidak jelas
Strategi penentangan
lemah
-Tiada
kubu pertahanan
-Tiada
perancangan rapi
-Gagal
dapatkan bantuan Sultan dan pembesar
-Tiada
ilmu peperangan dan penggunaan senjata
-Strategi
British lebih berkesan
Kurang senjata moden
-Hanya
gunakan senjata tradisional seperti keris, tombak, pedang
-British
pula senjata moden seperti meriam dan kapal perang spt HMS Cadmus di Kelantan
Mudah terpedaya tipu
muslihat
-terpengaruh
dengan janji-janji manis
-terpengaruh
dengan pampasan wang dan tawaran hadiah
ATAU
2.KEJAYAAN AWAL
PEMIMPIN TEMPATAN
Penghulu Dol Said
-Berjaya
mengalahkan 150 orang tentera British pada tahun 1931 di bawah Kapten Wyllie
Dato Maharaja Lela
-Membina
kubu di Pasir Salak
-Berjaya
membunuh orang suruhan British Mat Arshad
-Berjaya
membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak
Tok Janggut
-Berjaya
menawan daerah Pasir Putih
-Membentuk
sebuah kerajaan di Pasir Putih
-Tok
Janggut sebagai Perdana Menteri
-Engku
Besar Jeram Tuan Ahmad sebagai raja
Haji Abdul Rahman
Limbong
-Bersihkan
tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan British
-Melakukan
penentangan bersenjata
-Berjaya
menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang
Dato’ Bahaman
-Menyerang
dan menawan semula Lubuk Trua
-Berjaya
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
Rentap
-Berjaya
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
-Berjaya
mengusir
Mat Salleh
-Menyerang
kubu SBUB di Pulau Gaya
-SBUB
menawarkan pelan damai untuk menyerahkan Tambunan
ATAU
3. CARA PEMIMPIN
TEMPATAN BERJUANG MENENTANG BRITISH
Dapatkan Bantuan
-daripada
pembesar lain
-Contoh
Dol said mendapatkan bantuan tentera daripada Yamtuan Ali dari Rembau
Menguasai daerah di
pedalaman
-Contohnya
Haji Abdul Rahman Limbong Berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang
-Selain
itu Tok Janggut pula Berjaya menduduki Pasir Puteh
Menyerang British
-Linggir
menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar
-Selain
itu Rentap pula menyerang pasukan James Brooke di Nanga Skrang
Mengadakan rundingan
dengan British
-Mat
Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1893
Menolak pelaksanaan
undang-undang British
-Haji
Abdul Rahman Limbong tidak menghiraukan peraturan tanah British di Terengganu
-Dato
Bahaman menolak undang-undang British di Pahang
Merancang strategi
untuk menentang British
-Dato
Maharaja Lela bersama pembesar bermesyurat di Durian Sebatang untuk menolah
undang-undang
British
-Seterusnya
bermesyuarat di Belanja untuk membunuh Birch
Menarik sokongan
rakyat tempatan untuk menentang British
-contohnya
Haji Abdul Rahman Limbong membawa 300 orang untuk membuka tanah Tengku Nik
Maimunah di Kuala Telemong
ATAU
4.TINDAKAN BALAS
BRITISH TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN
Membakar kampung
-Contoh
tindakan James Brooke terhadap Rentap
Membunuh pemimpin
-SBUB
membunuh Mat Salleh di Sabah
-Tok
Janggut dibunuh dan mengantungkan mayatnya kepala ke bawah dan kakinya ke atas
Membuang negeri
-Contohnya
di Perak Sultan Abdullah di buang ke Pulau Sychelles
-Haji
Abdul Rahman Limbong dbuang ke Makkah
Campur tangan dalam
adat resam tempatan
-Contoh
J.W.W Birch cuba mengapuskan amalan orang suruhan di Perak
Tidak mengiktiraf
kedudukan pemimpin tempatan
-Contohnya
kedudukan Mat Salleh sebagai pemimpin di Tambunan
-Rentap
di Sarawak dianggap sebagai lanun
5.TINDAKAN KEKERASAN TERSEBUT
ADALAH TIDAK WAJAR. MENGAPA?
Menentang untuk
mempertahankan kedudukan
-Naning
dijadikan jajahan takluk dan diletakkan di bawah Melaka
-Paksa
hantar 1/10 hasilnya sebagai ufti
Mempertahankan hak
mereka
-sebagai
pemimpin tempatan yang di beri kuasa oleh Sultan
-seperti
kuasa perundangan, pungut cukai.
Pembelaan kezaliman
terhadap penduduk tempatan
-Tok
Janggut membela cukai yang membebankan rakyat
-Haji
Abdul Rahman Limbong menentang peraturan tanah yang tidak adil
Mempertahankan maruah
bangsa
-Contohnya
orang Iban dianggap sebagai lanun
Untuk mempertahankan
adat resam
-Seperti
amalan orang suruhan di Perak
ATAU
6.PERJUANGAN PEMIMPIN
TEMPATAN WAJAR DICONTHI. MENGAPA?
Memiliki semangat
patriotik
-dalam
mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh kuasa luar
-Memiliki
semangat nasionalisme yang tinggi
Sanggup berkorban
nyawa
-untuk
mempertahankan maruah bangsa dan negara
Memiliki sifat
keberanian
-Mencabar
kuasa British
-Berani
mempertahankan hak
-Berani
berjuang menegakkan keadilan
Gigih berusaha
memperjuangkan matlamat
-membela
nasib bangsa yang dizalimi oleh penjajah
Memiliki jati diri
yang kuat
-Kepentingan
negara diutamakan
-Tidak tunduk kepada kehendak kuasa asing
-Tidak
menggadaikan negara dalam apa jua keadaan
ATAU
7.KESAN SEKIRANYA
TIDAK BERLAKU KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN
Kesan Politik
-negara
kita akan kekal dijajah oleh British
-institusi
kesultanan boneka British selama-lamanya
-kedudukan
dan kuasa politik British semakin kukuh
-negeri-negeri
Melayu terus terikat dengan perintah dan peraturan British
-pentadbiran
Barat menyebabkan pembesar Melayu kehilangan kuasa memungut cukai
-berlakunya
ketidakstabilan politik dan tergugatnya keamanan negara akibat penentangan
berterusan
-campur
tangan kuasa asing menyebabkan maruah bangsa dan negara tergadai
Kesan ekonomi
-British
terus mengeksploitasi ekonomi tempatan
-hak
memungut cukai dimonopoli oleh British
-kehidupan
masyarakat tempatan menderita dan terus ditindas akibat pengenalan cukai-cukai
baru
-tersekatnya
ekonomi penduduk tempatan kerana undang-undang British seperti peraturan tanah
di
Terengganu
-orang
Melayu terus kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional dan terus mundur
Kesan Sosial
-campur
tangan British dalam adat resam orang Melayu seperti J.W.W Birch di Perak
menghapuskan amalan
orang suruhan
-rakyat
tempatan terpaksa menerima nilai-nilai Barat
-warisan
bangsa Melayu terhapus seperti nilai-nilai hidup
-penghapusan
bangsa seperti orang Iban di Sarawak kerana dianggap sebagai lanun
-keharmonian
hidup orang Melayu terancam akibat tekanan British
SOALAN 5 ( 10 MARKAH
)
1.CIRI WARGANEGARA
YANG MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME
Mematuhi
undang-undang negara
-agar
dapat mewujudkan masyarakat yang berdisplin
-dapat
mengekalkan keamanan dan kaharmonian hidup
Menghormati
lambang-lambang negara
-seperti
berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negara Ku dan tidak mengubah lirik lagu
Kebangsaan
-mengelak
memijak dan membakar Bendera Kebangsaan
Menghayati prinsip
Rukun Negara
-berpegang
teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
-menunjukkan
kesetiaan kepada Raja dan negara
-mencintai
perpaduan
Menjaga nama baik
negara
-mengelak
terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama dan imej negara
-seperti
melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan
-terlibat
aktiviti pergerakan keganasan seperti IS
Menyokong dasar-dasar
kerajaan
-agar
berganding bahu dengan pemimpin dalam membangunkan negara
-sebarang
ketidakpuasan tentang dasar-dasar kerajaan disuarakan melalui saluran yang
betul
ATAU
2.BUKTI MASYARAKAT
MALAYSIA MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME YANG
TINGGI
Berjaya mengekalkan
perpaduan antara kaum
-semua
kaum hidup kerjasama dan secara harmoni
-tiada
insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 mei 1969.
Sambutan hari
kemerdekaan dengan meriah
-mengibarkan
bendera kebangsaan
-menghadiri
majlis sambutan hari kemerdekaan
Pengamalan prinsip
Rukun Negara dalam kehidupan harian
-masyarakat
Malaysia berpegang teguh kepada nilai-nilai agama masing-masing
-sistem
pemerintahan Raja Berperlembagaan masih dikekalkan
Mematuhi
undang-undang negara
-tidak
mencabar undang-undang negara
-sentiasa
menghormati Perlembagaan negara
-tidak
melibatkan diri dalam aktiviti menggugat keselamatan negara
Menguasai pelbagai
cabang ilmu pengetahuan
-seperti
ICT dan sains dan teknologi
-berjaya
mengharumkan nama negara di persada dunia
-serta
kerja keras membangunkan ekonomi negara
ATAU
3.PERANAN ANDA UNTUK
MEMPERKASA SEMANGAT NASIONALISME DALAM
KALANGAN RAKAN
Mengikuti kurikulum
yang berkesan
-Mempelajari
sejarah dengan bersungguh-sungguh
-Menghayati
nilai murni melalui sukatan pelajaran
-Seperti
pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegraan
Mengikuti kegiatan
kokurikulum
-Menyertai
aktiviti melalui kelab dan persatuan seperti Kelab Sejarah
-memupuk
semangat perpaduan seperti melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 1 Murid
1 Sukan
Lawatan sambil
belajar
-Input
dapat diperolehi semasa aktiviti lawatan tempat-tempat bersejarah
-seperti
Galeri Sejarah dan Muzium
-Dapat
menambahkan ilmu sejarah negara
Melaksanakan dan
melibatkan diri dalam program-program berbentuk patriotik
-Dapat
membentuk jati diri pelajar
-Contohnya
pameran sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
-menyanyikan
lagu Negara Ku dengan penuh semangat
Menyertai Program
PLKN
-Dapat
memupuk semangat nasionalisme
-Dapat
memupuk semangat perpaduan dan kekitaan
ATAU
4. LANGKAH / PERANAN
UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA
Mempunyai semangat
setia negara yang tinggi
-sanggup
berkorban untuk mempertahankan negara daripada ancaman luar
-seperti
tidak memburuk-burukkan nama negara di luar
Melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan
-mampu
bersaing di peringkat antara bangsa
-tidak
mudah terpedaya dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan
-menguasai
sains dan teknologi dan kemahiran ICT
Memperkasa jati diri
-tidak
mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar
-mewajibkan
golongan muda menyertai PLKN
Memperkukuhkan sistem
pertahanan negara
-bagi
mengelakkan campur tangan kuasa asing
-meningkatkan
keupayaan perisikan dan ketenteraan sebagai banteng melindungi ancaman
pengganas
Mengeratkan hubungan
diplomatik dengan negara luar
-mewujudkan
persefahaman di peringkat antara bangsa
-mematuhi
resolusi-resolusi PBB bagi menjamin keamanan dunia
Memperkukuhkan
perpaduan kaum
-melalui
amalan saling menghormati antara kaum
-sentiasa
bekerjasama dan tolak ansur
-tidak
menyentuh perkara-perkara sensitif kaum lain seperti agama, kerakyatan, bahasa
dan budaya
ATAU
5. PERANAN PEMIMPIN
HARI INI DALAM MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA
Mempamirkan
kepimpinan yang berkualiti
-seperti
memiliki sifat keadilan, amanah dan jujur dalam menjalankan pentadbiran negara
-perlu
mengelak rasuah dan diskriminasi dalam pentadbiram
-supaya
pemimpin sentiasa dihormati oleh rakyat dan pemimpin negara lain
Kerjasama dengan
negara luar
-mengadakan
hubungan diplomatik
-menjalinkan
hubungan berbaik-baik dengan negara luar
-mempraktikan
dasar berkecuali dimana jangan campur tangan dalam hal-hal negara lain
-dengan
ini dapat mengelak negara kita dijajah semula
Memperkukuhkan
pertahanan negara
-membeli
kelengkapan senjata moden
-memberikan
latihan ketenteraan yang lebih tersusun
-kerjasama
latihan ketenteraan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain
Memajukan ekonomi
negara
-dengan
merangka dasar ekonomi yang berkesan untuk menjamin kemakmuran negara
-dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat
-mengawal
kadar inflasi negara dan nilai mata wang di pasaran antarabangsa
Bersikap terbuka
-bersedia
menerima teguran dan pandangan dari pelbagai pihak
-sentiasa
bersedia membaiki kelemahan dalam pentadbirannya
-perlu
berwawasan dan berpandangan jauh dalam memimpin negara kearah kecemerlangan
ATAU
6. MANFAAT DARIPADA
KEMERDEKAAN NEGARA
Pengekalan kedaulatan
negara
-hak
maruah dan bangsa dapat dipelihara daripada terus dijajah
-rakyat
mentadbir negara sendiri
Kestabilan politik
terjamin
-rakyat
hidup dalam keamanan
-tiada
rusuhan kaum
Bebas menentukan hala
tuju negara
-tidak
bergantung penuh kepada kuasa asing
-dapat
mengelak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal pentadbiran negara
Pemeliharaan warisan
bangsa
-identiti
budaya pelbagai kaum terus dapat dikekalkan
-wujud
identiti kebudayaan kebangsaan
Melaksanakan
dasar-dasar ekonomi
-seperti
Dasar Ekonomi Baru yang dapat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
-dapat
menikmati kekayaan dan kemakmuran negara
-peningkatan
dalam taraf hidup rakyat dan berjaya mengurangkan kemiskinan
ATAU
7.CARA MENZAHIRKAN
SEMANGAT NASIONALISME
Mempelajari sejarah
bersungguh-sungguh
-dengan
ini dapat memahami dan menghayati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara
Mengadakan lawatan ke
tempat-tempat bersejarah
-seperti
ke Muzium negara dan Kota A Farmosa
-dapat
memberi gambaran jelas tentang peristiwa sebenar mengenai sejarah negara
Mengibarkan bendera
Jalur Gemiliang
-semasa
sambutan bulan kemerdekaan
-dapat
menimbulkan rasa cinta terhadap tanh air
Menghayati Rukun
Negara
-supaya
menjadi warganegara yang patuh dan taat kepada raja dan negara
-supaya
tidak mencabar dan mengatasi undang-undang negara
-sentiasa
hidup bersatupadu bagi menjamin keamanan negara
Menyertai
pertubuhan-pertubuhan sukarela
-seperti
RELA dan Rukun Tetangga
-supaya
dapat melibatkan diri dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat
SOALAN 6 ( 10 MARKAH
)
1.KESAN SEKIRANYA
RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME
Rakyat tidak bersatu
padu
-Keamanan
dan keharmonian negara tergugat
-Melahirkan
sifat benci-membenci dan mementingkan diri
Menggugat kedaulatan
negara
-Mendorong
campur tangan kuasa asing
-Mudah
terpengaruh dakyah-dakyah kuasa luar
Ketidakstabilan
politik
-Pentadbiran
kucar-kacir
-Pentadbiran
negara menjadi lemah
Kemerosotan ekonomi
-Kemakmuran
negara tergugat dan pembangunan negara terbantut
-Kejatuhan
nilai mata wang
Masyarakat kehilangan
jati diri
-Tidak
bersemangat patriotik
-Mudah
terpengaruh dengan muslihat kuasa asing
ATAU
2.BUKTI SEMANGAT
NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR
Mempertikaikan
kandungan Perlembagaan Malaysia
-mempersoalkan
kedudukan istimewa orang Melayu
-mempersoalakan
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Mempersoalkan
kemuliaan dan ketertinggian Raja-raja Melayu
-sebagai
ketua negara
-menghina
raja-raja Melayu dalam media sosial
Mencemari
lambang-lambang negara
-mengubah
lirik lagu Negara Ku
-Memijak
dan membakar Bendera Kebangsaan
-Ingin
menggantikan bendera Jalur Gemilang
Semangat perkauman
yang menebal
-mencetuskan
isu perkauman melalui media social
-menganjurkan
perhimpunan perkauman seperti HINDRAF dan Baju Merah
-peristiwa
Plaza Low Yat
Menggugat keamanan
dan keharmonian negara
-melibatkan
diri dalam pergerakan keganasan seperti IS
-melibatkan
diri dalam demonstrasi jalanan
ATAU
3.KESAN JIKA RAKYAT
TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME
Politik tidak stabil
-pentadbiran
negara kucar-kacir
-negara
tidak aman
-kedaulatan
negara tergugat
Rakyat tidak
menghormati pemimpin
-imej
pemimpin dan negara akan terjejas
-memperlekeh
pemimpin negara
Rakyat tidak
menyokong dasar-dasar kerajaan
-seperti
dasar GST, menstrukturkan semula kadar cukai
-segala
dasar kerajaan dipandang perspektif negatif
Kemerosotan ekonomi
negara
-pertumbuhan
ekonomi terjejas
-pembangunan
negara terbantut
-sukar
mencapai Wawasan 2020
Rakyat hidup berpecah
belah
-mementingkan
kaum masing-masing
-membudayakan
sikap benci- membenci antara kaum
ATAU
4.KEJAYAAN MALAYSIA
HASIL PENGAMALAN SEMANGAT NASIONALISME
Mengharumkan nama
negara
-contohnya
Dato’ Azhar mansor berjaya mengelilingi dunia
-contohnya
Dato’Abdul Malik berjaya menyeberangi Selat Inggeris
-contohnya
Dato’Magendran mendaki Gunung Everest
Kejayaan dalam bidang
sukan
-Dato’
Nicol David dan Dato Lee Chong Wei muncul sebagai pemain Skuasy dan badminton
no 1 di dunia
Penghormatan kepada
pemimpin negara peringkat antarabangsa
-Malaysia
menjadi tuan rumah ASEAN, Persidangan NAM. Persidangan OIC
Kestabilan Politik
-Perpaduan
antara kaum dapat dikekalkan
-Rakyat
berbilang kaum diberi kebebasan untuk memberi pandangan melalui saluran yang
betul
-Negara
aman dan kebajikan rakyat terpelihara
Imej negara dapat
dipertingkatkan
-masyarakat
pelbagai kaum dapat hidup bersama secara harmoni
-contohnya
budaya kunjung mengunjungi semasa sambutan perayaan
Kemajuan ekonomi
-seperti
dalam sector perindustrian, pelancongan dan perkhidmatan
-berlaku
peningkatan taraf hidup rakyat
Kejayaan dalam seni
bina bangunan
-Pembinaan KLCC dan KL Tower
-Bangunan
Putrajaya dan Masjid Putrajaya dan pembinaan Terowong Smart
ATAU
5.BUKTIKAN PEMIMPIN
TEMPATAN ADALAH NASIONALIS
Mempertahankan hak
dan maruah bangsa
-daripada ditindas dan diceroboh
oleh kuasa asing
-menghalang
campurtangan dalam adat istiadat tempatan oleh kuasa luar
Membela kebajikan dan
kepentingan rakyat jelata
-menentang
pengenalan cukai yang membebankan
-menentang
peraturan tanah yang tidak adil seperti Haji Abdul Rahman Limbong di terengganu
Tidak berkompromi
dengan penjajah
-tidak tunduk dan menggadaikan
maruah bangsa
-tidak
mementingkan diri atau kelompok tertentu
Memliliki semangat
berkorban demi bangsa dan negara
-seperti
Tok Janggut di Kelantan sanggup mati
-hal
ini menunjukkan tidak mementingkan diri sendiri
ATAU
6.SEMANGAT
NASIONALISME MAMPU MEMAJUKAN NEGARA KITA
Kepimpinan yang jujur
-tiada
amalan rasuah dan pilih kasih
-pentadbiran
yang adil dan telus
Dapat mewujudkan
kestabilan politik negara
-maka
rakyat dapat hidup secara aman
-tiada
rusuhan kaum
Rakyat hidup bersatu
padu
-dapat
mewujudkan semangat toleransi
-dapat
mewujudkan semangat kerja sama dan bantu membantu tanpa mengira kaum
Kemajuan ekonomi
negara
-dalam
sektor pertanian , perindustrian dan perkhidmatan
-ini
dapat meningkatkan sumber pendapatan negara
-dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat
-dapat
merapatkan jurang pendapatan antara kaum
Kewujudan
semangat cinta akan negara
-menggalakkan
sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia
-contohnya
Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain badminton nombor 1 di dunia
-seseorang
itu sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
SOALAN 7 ( 10 MARKAH
)
1.CADANGAN UNTUK MENJAYAKAN
PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
Mempelbagaikan
strategi penentangan
-spt
penentangan secara terbuka seperti mengadakan domonstrasi dan rapat umum
-penentangan
secara gerila dan serangan mengejut
-penentangan
secara serentak di semua tempat untuk menyukarkan British mengagihkan tentera
Penggunaan senjata
moden
-seperti
belajar untuk menghasilkan senjata moden seperti senapang
-belajar
dilatih untuk mengendalikan senjata moden
Mengukuhkan perpaduan
-antara
pembesar dan rakyat
-dapat
mewujudkan semangat kekitaan dan kerjasama
Meningkatkan kekuatan
tentera
-Menambahkan
bilangan tentera
-Menghasilkan
tentera yang terlatih , berdisplin serta akidah kukuh
Mendapatkan sokongan
istana
-Menjalinkan
hubungan baik dengan Sultan dan pembesar
-Supaya
Sultan tidak berpihak kepada British
2.CABARAN YANG
DIHADAPI OLEH NEGARA DALAM USAHA MENYEMAI SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN
RAKYAT.
Perbezaan ideologi
dan fahaman politik
-Mengurangkan
kerjasama antara kaum
-Membawa
kepada sikap tidak percaya pada kaum lain
-Mementingkan
kaum sendiri
Selalu membangkitkan
isu-isu sensitif
-Menyentuh
isu agama dan budaya kaum lain
-Menyinggung
perasaan kaum lain
Pengaruh budaya asing
yang negatif
-seperti
demonstrasi jalanan
-Selalu
mementingkan kebebasan yang bertentangan dengan undang-undang negara
-Sikap
individualistik
-Terlibat
dalam gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah
3.LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENGATASI CABARAN TERSEBUT.
Menghayati prinsip
Rukun Negara
-dapat
melahirkan masyarakat yang berjiwa kenegaraan
-Taat
dan setia kepada raja dan negara
Memupuk kesedaran
kepentingan pengamalan undang-undang
-melalui
pendidikan di sekolah
-melalui
kempen oleh pihak berkuasa dan media massA
Mengetatkan
undang-undang
-Hukuman
yang berat terhadap individu yang berniat mengancam negara
-Suruhanjaya
Komunikasi Malaysia haruslah menapis unsur-unsur negatif dalam media elektronik
ATAU
4.CADANGAN KEPADA
GENERASI MUDA SUPAYA MENJADI WARGANEGARA YANG
BERUPAYA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
Mengukuhkan perpaduan
negara
-melalui
kerjasama antara kaum
-mewujudkan
persefahaman dan toleransi antara kaum
Menghayati perjuangan
tokoh-tokoh terdahulu
-bagi
meningkatkan kesedaran rasa bersyukur dan cinta akan negara
-dapat
menanam semangar berkorban untuk negara dan bangsa
-melalui
belajar mata pelajaran sejarah
Menguasai ilmu
pengetahuan
-seperti
iimu sains dan teknologi
-dapat
bersaing dengan negara maju
Mematuhi Perlembagaan
Negara
-memahami
dan mengayati kandungan perlembagaan
-contohnya
tidak mempersoalkan perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang melayu
ATAU
5.SEBAB-SEBAB
SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR
Kurang semangat cinta
akan tanah air
-tidak
memahami maksud sebenar patriotisme
-terpengaruh
dengan anasir-anasir negatif dari internet
Terlalu leka dengan
hiburan yang menyeronakan
-mudah
terpengaruh dengan budaya asing
-tenggelam
dalam arus pemodenaN
Kurang didikan agama
& kesedaran sivik
-mudah
terjebat dalam gejala sosial
Sikap mementingkan
diri sendiri
-keperluan
ekonomi mengatasi keperluan negara
Tidak menghayati
Rukun Negara
-tidak
memahami kepentingan hidup satu padu
-tidak
mempraktikan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan hariaN
Semangat perkauman
yang masih menebal
-setiap
kaum mementingkan perjuangan agama dan budaya masing-masing
6.CADANGAN UNTUK
MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME
Menerapkan
nilai-nilai patriotik
-memberi
kesedaran melalui kem jati diri
-mengambil
iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
-memasang
bendera Jalur Gemilang di rumah dan
kenderaaN
Menjayakan konsep 1
Malaysia
-meneruskan
kursus Biro Tatanegara (BTN) kepada penjawat awam
-Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan dan dimantapkan lagi
Mengadakan kempen
cintakan negara
-memperbanyakkan
tayangan filem yang berunsurkan patriotisme
-seperti
Filem Bukit Kepong dan Leftenan Adnan
-menganjurkan
program atau forum berkaitan nasionalisme
Mengadakan majlis
rumah terbuka
-meraikan
bersama-sama sambutan perayaan pelbagai kaum
-rakyat
beramah mesra dan mengeratkan hubungan silatulrahim
Peranan sekolah dalam
memupuk semangat nasionalisme
-mengadakan
sambutan bulan kemerdekaan dengan penuh meriah
-melibatkan
pelbagai kaum
-melibatkan
pelajar dalam program khidmat masyarakat
-menyerapkan
dalam mata pelajaran sivik dan pendidikan moral
ATAU
7.CADANGAN TINDAKAN
TERHADAP MEREKA YANG MENGHINA DAN MEMPERLEKEH NEGARA
Memberi bimbingan dan
kaunseling
-untuk
mengukuhkan jatidiri
-contohnya
mengadakan program motivasi kenegaraan
-menyertai
kursus biro tatanegara
Mengambil tindakan
undang-undang
-memecat
kerakyatan
-hukuman
penjara atau denda yang berat
-untuk
memberi kesedaran dan pengajaran supaya tidak lagi mengulangi perbuatan
tersebut
Mengadakan Dialog
Nasional
-menyelesaikan
sesuatu isu atau masalah negara secara musyawarah
-mengemukakan
ketidakpuasan tentang isu negara melalui saluran yang betul
Mengawal kebebasan
media sosial
-daripada
memuatkan perkara-perkara sensitif yang mengancam keamanan negara
-supaya
penghinaan kepada negara tidak menjadi viral
-contohnya
menyekat laman sesawang
SOALAN 8 ( 5 MARKAH )
1.IKTIBAR YANG
DIPEROLEH BERDASRKAN TAJUK YANG DIKAJI
·
Sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaultan negara
·
Kita haruslah bekerjasama
dan berganding bahu untuk
membangunkan negara supaya setanding dengan negara maju
·
Perlu setia kepada
pemimpin supaya dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara
·
Sedia berkorban
untuk bangsa dan negara dalam mempertingkatkan ekonomi negara
·
Perlu tabah dan
berani dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan masa kini
·
Kita juga perlu berbangga
dengan kejayaan yang dicapai oleh negara dalam mengekalkan kemerdekaan
2.IKTIBAR YANG BOLEH
DIPELAJARI DARIPADA PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
Semangat juang yang
kental
-Tidak
mudah berputus asa dalam sesuatu perjuangan
-Perlu
gigih berjuang
Memiliki jati diri
yang kuat
-agar
tidak mudah terpengaruh dengan tipu muslihat orang laur
-supaya
kedaulatan negara tetap dipelihara
Berani menegakkan
kebenaran
-Mempertahankan
hak kita sebagai penduduk tempatan
-agar
kita tidak ditindas oleh orang lain
Sanggup berkorban
untuk bangsa dan negara
-mempertahankan
negara dari ancaman musuh
-seperti
peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah
Perlu kerjasama
-antara
rakyat dengan pemimpin supaya dapat mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan
SOALAN 9 ( 5 MARKAH )
Membuat kesimpulan
keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
(a) Pengetahuan yang
diperoleh
·
Dapat memahami konsep gerakan nasionalisme
·
Dapat mengetahui usaha perjuangan masyarakat tempatan
dalam menghadapi ancaman kuasa luar
·
Pemimpin tempatan bukanlah pemberontak
(b) Nilai murni
·
Memiliki semangat juang yang tinggi dalam menentang
kuasa asing
·
Memiliki semangat setia negara yang tinggi supaya
keamanan negara terpelihara
·
Berani mempertahankan kebenaran dan keadilan agar
kedaulatan negara dikekalkan
(c) Unsur Patriotisme
·
Perlu memiliki semangat cinta akan negara dan sedia
berkorban untuk negara
·
Perlu hidup bersatu padu bagi mengukuhkan konsep 1
Malaysia
(d) Harapan
·
Dapat mengekalkan kemerdekaan negara
·
Dapat majukan negara supaya dapat mencapai Wawasan
2020
·
Dapat melahirkan rakyat Malaysia yang hidup bersatu
padu dan saling menghormat
No comments:
Post a Comment