BAB 4 –
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION
1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
● British memperkenalkan Malayan Union sebagai
persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
2. Melahirkan Pentadbiran yg licin
● British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
● Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan
kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.
3. Menjimatkan kos pentadbiran
● Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan
iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran.
● Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
● Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap
negeri tidak seimbang.
4. Membentuk Bangsa Malayan Union.
● British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union
supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia
kepada Malayan Union.
● Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan
pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.
● British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union
ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah
Melayu.
● Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik
orang Melayu.
CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION
● Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak
Bersekutu an Negeri Selat.
● Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England
yg akan mengetuai Malayan Union.
● Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan
Malayan Union.
● Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai
pelabuhan bebas.
● Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
● Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja
Melayu.
● Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan
adat istiadat Melayu.
● Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri
sebagai ketua pentadbir.
REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION
Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union
● Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael
yang mengugut Raja-Raja melayu.
● Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan
menerima Malayan Union.
● Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
● Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja
melayu dalam Malayan Union.
● Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Melayu tanpa sebarang kuasa.
● Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan
Union.
● Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan
ketua agama Islam.
● Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
● Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang
ditolak oleh orang Melayu.
● Dasar terbuka British mengancam status quo orang
Melayu sebagai peribumi.
● Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun
yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti
Kesultanan Melayu Melaka.
● Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang
telah terbina sejak sekian lama.
GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION
1. Orang Dagang dan Golongan Melayu Radikal
● Golongan ini bersetuju
dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik
untuk melicinkan pentadbiran.
● Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang
menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.
● Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong
kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
● Mereka juga mempercayai janji British yang akan
memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
2. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
● Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan
sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di
sokong oleh mereka.
● Mereka menginginkan konsep republik seperti di
Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat
dilaksanakan.
3. Angkatan Pemuda Insaf (API)
● Pimpinan Ahmad Boestamam
● Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
● Menjadi wartawan
● Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955
4. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )
5. Barisan Tani Malaya (BATAS )
CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN
UNION.
● Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan
Melayu, Majlis dan Warta.
● Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold
MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
● Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor
Setar, Kedah.
● Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang
Malayan Union.
● Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke
pejabat Tanah Jajahan di London.
● 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu
berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O ).
● Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di
Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
● Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh
Tanah Melayu.
● Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National
Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
● Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946.
Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
● Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar
besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu
L.D Gammans dan David Reese William.
● Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28
April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
1. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu daripada
semua golongan.
● Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat
mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
2. Sokongan bekas pegawai-pegawai British
● Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir
R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
● Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
3. Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British.
● Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm
MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.
4. Sikap politik orang Melayu yang sederhana
● Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi,
berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap
British.
● Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti
Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.
5. UMNO tidak menuntut kemerdekaan
● Britis memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana
kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.
● Faktor inilah yang menyebabkan British menerima
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
6. Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan Union
● Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah
membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,
● Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan,
Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti
Negara.
7. Gesaan Piagam Atlantik 1945
● Pertubuhab Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan
Piagam Atlantik 1945.
● PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya
meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk
tempatan.
CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948
● Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah
negeri.
● Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya
Tinggi British
● Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
● Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
● Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa
orang Melayu.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU JUGA
MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT.
● Syarat kerakyatan diperketatkan.
● Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja
Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu.
● Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang
).
● British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai
asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
● Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa
dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran.
PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK
● Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British disebabkan beberapa alasan.
● Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan
uzur.
● Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak
layak untuk mentadbir dengan berkesan.
● Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk
mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
● Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British
dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.
● Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan
persatuan kaum tempatan.
● Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah
iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak.
● Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak
Sarawak (PDS) turut menentang.
● Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara
tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
● Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding
dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
● Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan
Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara
terbuka.
● Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan
demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
● Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah
menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun
Tiga Belas.
● Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi.
● Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru
dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3
Disember 1949.
● Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin
Sarawak tidak bersatu.
PERGERAKAN POLITIK DI SABAH
● Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan,
berpecah belah dan tidak berkesan.
● Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan
Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah
persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
● Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada
1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk
tempatan.
● Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur
begitu sahaja.
Saya copy , mohon diizinkan. Terima kasih tuan:)
ReplyDeleteAHAHAQHAHAH
Deletetak de apa pun dalam ni
ReplyDeletekau buat la pukimak sial
Deletedah boleh slow slow rileks
Deleteterima kasih,sgt membantu :)
ReplyDelete고마워
Deletedamnnnn thank you
ReplyDeletesaya minta izin copy ye cg
ReplyDeleteplz la plz plz la. let me copy plz fkfkfkfkfk
ReplyDeleteminta izin utk copy..terima kasih
ReplyDeletenice larrr
ReplyDeletesangat membantu :) terima kasih daun keladi....
ReplyDeletex yah carut la dosaa
ReplyDeletemmpos ko la lancau acah je
Deletebabi babi fuck fakta sejarah tipu ko je lancao
ReplyDeleteminta izin copy ye
ReplyDeleteminta Lizin copy ya thanks
ReplyDeletesaya copy nk buat sj kertas 3.harap tuan benarkan saya untuk menggunakannya bagi menjawab kertas 3 sj.pahala dapat dikongsikan bersama.Sekian terima kasih
ReplyDeleteminta izin copy ye..thankss
ReplyDeletethankssss
ReplyDeleteTOLAK PENDATANG KALAU TAK TERIMA SEJARAH KITA...
ReplyDelete