Kredit kepada PPD Raub yang bertungkus lumus untuk menyediakan jawapan ini.
Raub set 1
T5B7 : DEMOKRASI BERPARLIMEN
INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 – 187
2. Tidak
perlu buat rangka jawapan
3. Jumlah
isi jawapan hendaklah mengikut
peruntukan markah.
Bil
|
Tajuk
|
ms
|
SOALAN 1
|
Jelaskan Maksud / Konsep /
Corak / Bentuk Negara
Demokrasi
( Berparlimen ) (Btms 161 )
|
3
|
SOALAN 2
|
Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakang
Sistem pemerintahan Negara Malaysia( Bt ms 161- 162 )
|
3
|
SOALAN 3
|
Ciri –Ciri sistem
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia
( Btms 161)
|
4
|
SOALAN 4
|
CATATAN: Sekiranya 30
markah
Ciri –Ciri sistem
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia
( 30 markah
)
( Btms 161)
|
5
|
SOALAN 5
|
Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :
a) Kepentingan / Kebaikan / Keistimewaaan amalan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia
b) Implikasi / Kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
terhadap kestabilan dan kemakmuran negara
c) Pada pandangan anda mengapakah sistem Demokrasi
Berparlimen masih
relevan dan penting kepada negara Malaysia.
|
6
|
SOALAN 6
|
Manfaat Demokrasi Berparlimenuntuk kemanan dan kestabilan politik Negara
|
7
|
SOALAN 7
|
Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :
a) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sistem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen
b) Cara-cara bagaimana sistem Demokrasi Berparlimen di
Malaysia
dapat dikekalkan
c) Usaha-usaha yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen
di Malaysia
|
7
|
SOALAN 8
|
Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran negara dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat di Negara kita ?
|
8
|
SOALAN 9
|
Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami
oleh warganegara Malaysia
|
8
|
| ||
SOALAN 10
|
Jawapan untuk 5 soalan di bawah adalah sama :
a) Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia berdasakan
pemerintahan
Demokrasi Berparlimen
b) Pada pendapat anda, bagaimanakah perlembagaan
Malaysia menjadi kunci kejayaan Negara bagi mengekalkan kestabilan politik
dan menjadi contoh pada negara Asia Tenggara
c) Kejayaan Negara melalui pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen.
d) Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sebagai
sebuah Negara
yang stabil dalam aspek pentadbiran
e) Kejayaan Malaysia dalam mengurus pentadbiran negara
dalam
pelbagai bidang telah menaikkan
imejnegara di mata dunia.
|
9-10
|
SOALAN 11
|
Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai
sebuah negara
Demokrasi Berparlimen
|
11
|
SOALAN 12
|
Cadangan bagi memantapkan perlaksanaan sistem Demokrasi
Berparlimen
di negara kita.
|
11
|
SOALAN 13
|
Kejayaan pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat
antarabangsa/ dalam memakmurkan negara. Buktikan
|
12
|
SOALAN 14
|
Bukti sistem
Demokrasi Berparlimen menjamin
kestabilan politik negara
|
13
|
SOALAN 15
|
Cabaran dan langkah yang dihadapi dalam mengekalkan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
|
13
|
SOALAN 16
|
Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara
Maju( beserta
candangan jawapan lain)
|
14-15
|
SOALAN 17
|
Nilai-nilai murni / Iktibar /patriotisme daripada amalan Demokrasi Berparlimen
|
15
|
SOALAN 18
|
9.
MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara
Malaysia cemerlang
dan terbilang
|
16
|
Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah
RUJUK
BUKU TEKS
|
Andaian aras : PENGENALAN ( 5 markah )
|
Soalan 1 : JelaskanMaksud / Konsep / Corak / Bentuk Negara Demokrasi ( Berparlimen)
(Bt ms 161 -162)
|
Pertama, demokrasi
berparlimen bermaksud rakyat melibatkan
diri dalam sistem
pemerintahan negara. Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu
sebagai lambang taat setia rakyat
.
Kedua, selain itu
demokrasi berparlimen memberi rakyat
peluang membentuk kerajaan. Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.
Ketiga, umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Keempat, terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi
iaitu sistem Raja berpelembagaan dan Sistem
Republik.
Kelima, sistem Raja Berperlembagaan pula bermaksud sistem
pemerintahan yang mengekalkan raja
sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh
Perdana Menteri.
Keenam, bagi Sistem Republik pula ialah bermaksud sistem
yang menolak institusi beraja.
Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui
pilihan raya.
Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan
Filipina. Presiden memegang dua dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan
ketua negara.
Soalan 2 :
Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakang
sistem pemerintahan negara
Malaysiaselepas Merdeka ( Bt ms 161- 162 )
|
Pertamanya, selepas
merdeka Malaysia telah memilih untuk mengamalkan Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kedua,
Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi
lambang taat setia rakyat.
Ketiga,
rakyat berpeluang membentuk kerajaan
dan rakyat bebas memilik perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak
menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan
raya.
Keempat,
perlembagaan Malaysia menjadi garis
panduan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan Perlembagaan dibuat untuk
menyesuaikan sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen dengan perkembangan
politik semasa.
Kelima,
Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera
dan stabil.
RUJUK
BUKU TEKS
|
Andaian SoalanARAS
2.
MEMAHAMI (
Calon FAHAM tentang topik perbincangan)
3.
MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,
melibatkan proses pengumpulan maklumat
)
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Soalan 3 : Ciri–ciri sistem
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia
( Btms 161)
|
Ciri sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyai perlembagaan.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan
untuk mentadbir negara. Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.
Ciri yang kedua ialah mempunyai
institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem
pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang
di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda bertindak mengikut
Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
Ciri yang ketiga ialah mempunyai
Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yang menggubal undang-undang di
negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.
Ciri yang keempat ialah mengamalkan
pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya diadakan
dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya
dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ciri yang kelima ialah mempunyai badan
yang menjalankan pemerintahan. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan
perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini
dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Ciri yang keenam ialah mempunyai
parti-parti politik. Ideologi politik dan sikap perkauman menjadi asas
pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti ditubuhkan dengan
matlamat untuk menyatukan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing.
Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan
kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan
menganggotai mana-mana parti politik. .
CATATAN : Sekiranya markah 30 sila tulis banyak jawapan
seperti ini
Soalan 4 : Ciri–ciri sistem
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen
di Malaysia
( 30 markah )
( Btms 161)
|
Ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah mempunyai perlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi
asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
Perlembagaan menjadi panduan
kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti
politik / kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran
negara.
Perlembagaaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan
yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan
bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran,
keadilan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya
ialah institusi Raja Berpelembagaan.
Di Malaysia, Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia
sehingga kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di
negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat
dan rakyat yang dinaungi oleh raja.
Ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah parlimen / badan perundangan. Parlimen merupakan badan perundangan
yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia. Komponen Parlimen
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan dewan Rakyat.
Pilihanraya juga
merupakan salah satu ciri demokrasi
berparlimen di Malaysia.Pilihan
raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
Terdapat dua jenis
pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya
umum dan pilihan raya kecil. Pilihan
raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan
Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah
pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan
secara berasingan.
Pilihan raya penting
kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab
mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri
dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak
pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Dalam konteks
Malaysia, demokrasi berparlimen mengamalkan
konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan
dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan
Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan
untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan
perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.Parlimen terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Penubuhan parti-parti politik
juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen. Secara umumnya parti
politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik
untuk mencapaimatlamatbersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk
mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya
memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuanganparti.
Akhir sekali ialah Kebebasan Asasi yang melibatkan
kebebasan hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Jawapan untuk
3 soalan di bawah adalah sama
Soalan 5 : Kepentingan /
Kebaikan / Keistimewaaan amalan Demokrasi Berparlimen
di Malaysia
|
Soalan 5 : Implikasi / kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen terhadap
kestabilandan kemakmuran negara
|
Soalan 5 : Pada pandangan anda mengapakah sistem Demokrasi Berparlimen masih
relevan dan penting kepada negara Malaysia.
|
Antara
kepentingan amalan demokrasi berparlimen ialah adanya perlembagaan yang menjamin kestabilan sesebuah negara dan
menentukan rangka dan bentuk
pentadbirannya.
Selain
itu, membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta menjamin kelicinan
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Antara kebaikan sistem pemerintahan demokrasi ialah rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan. Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan. Sistem ini berjalan dengan
baik dan mantap kerana adanya sokongan
rakyat.
Rakyat bebas beragama tanpa menyinggung amalan agama lain, melahirkan
rakyat yang sentiasa patuh pada undang-undang negara, perlembagaan dan
melahirkan semangat patriotisme dan cintakan Negara. Rakyat juga bebas
menganggotai mana-mana parti politik.
Menghadkan seseorang individu daripada bercakap perkara-perkara yang
boleh mencetuskan rusuhan kaum.
Seterusnya, pemimpin tidak
berkuasa mutlak.Rakyat juga bebas
memilih pemimpin melalui pilihanraya. Sistem demokrasi berparlimen juga menjamin
hak asasi rakyat dan memastikan keamanan.
Sistem ini juga menjamin kerajaan yang
adil dan stabil.
Melalui sistem demokrasi berparlimen juga, kedaulatan negara di tangan
rakyat. Hal ini
kerana kerajaan yang dipilih akan menunaikan tanggungjawab dengan telus. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Institusi beraja dan bidang kuasa Raja- Raja akan dihormati Dalam pada itu, sistem
raja berperlembagaan juga dapat dikekalkan dan melalui undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran negara.
Di
samping itu, melalui sistem demokrasi perpaduan
kaum dapat dikekalkan dan juga mengiktiraf
hak asasi rakyat di negara ini.
Tambahan
pula, kedaulatan negara Malaysia dapat
dikekalkan dan secara tidak langsung mewujudkan
keamanan negara di Malaysia.
Akhir
sekali, sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia dapat membentuk warganegara yang bersikap terbuka serta melahirkan individu dan masyarakat
berdisiplin serta bermoral tinggi.
RUJUK BUKU TEKS
|
Andaian Soalan ARAS
4.
APLIKASI(
Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang
dipelajari serta kefahaman tentang
pengetahuan dan maklumat itu
untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI
BARU )
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Soalan 6 : Manfaat Demokrasi Berparlimen untuk
kemanan dan kestabilan politik negara
|
Antara
manfaat demokrasi berparlimen untuk keamanan dan kestabilan politik negara
Pertama,
terdapat tiga cabang kuasa pemerintahan di Malaysia yang dipegang oleh pihak
berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa iaitu Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan badan Kehakiman.
Kedua, rakyat berhak menentukan corak
pemerintahan. Ketiga, keamanan negara dapat diwujudkan. Keempat, undang-undang
negara terpelihara daripada pencerobohan anasir luar.
Kelima, perlembagaan menjadi garis panduan
untuk memerintah negara. Keenam, membentuk kerajaan yang adil dan stabil.
Ketujuh, Raja menjadi lambang taat setia rakyat.
Kelapan, undnag-undang menjamin keselamatan.
Kesembilan, undang-undang melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat.
Kesepuluh, undang-undang membantu melicinkan
urusan pentadbiran negara. Kesebelas,pilihan raya diadakan dan dilakukan secara
sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Rakyat berkuasa untuk
memilih wakil rakyatm untuk memerintah. Kedua belas, rakyat memilih ahli Dewan
Rakyat bagi menyampaikan keinginan corak pemerintahan Malaysia.
Keempatbelas,
rakyat memilih ahli Dewan Undangan Negeri. Kelima belas, rakyat berhak
menentukan bentuk kerajaan.
==============================================================================
Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama
Soalan 7 : Langkah-langkah yang boleh
diambil untuk mengekalkan sistem pemerintahan
Demokrasi
Berparlimen
|
Soalan 7 : Cara-cara bagaimana sistem Demokrasi
Berparlimen di Malaysia dapat
dikekalkan
|
Soalan 7 : Usaha-usaha yang boleh mengukuhkan sistem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen di
Malaysia
|
Pertama,
berpegang teguh dan mematuhi lima prinsip Rukun Negara. Kedua, mematuhi
undnag-undang negara yang telah ditetapkan. Ketiga, menjadikan raja-Raja Melayu
sebagai lambang taat setia rakyat kepada negara.
Keempat,
rakyat perlu mematuhi peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan. Kelima,
menjaga hak asasi warganegara Malaysia yang berdaulat.
Keenam,
mengekalkan amalan demokrasi yang telah lama diamalkan. Ketujuh, pemimpin perlu
mendorong rakyat dalam merealisasikan wawasan 2020. Kelapan, meningkatkan
kemahiran tenaga kerja untuk meningkatkan kebolehan pasaran.
Kesembilan,
menyusun semula pasaran pekerjaan untuk mengubah Malaysia ke arah negara
berpendapatan tinggi. Kesepuluh, menekankan sikap penerimaan dalam kalangan
rakyat berbilang kaum bagi mengekalkan keharmonian.Kesebelas, mewujudkan
persekitaran kondusif ke arah mempertingkat kualiti hidup. Keduabelas,
menggalakkan kerjasama yang lebih giat antara sektor awam dengan swasta.
Ketigabelas meningkatkan infrastruktur kawasan luar bandar.
Keempat
belas membanteras rasuah dan mengurangkan jenayah. Kelima belas, mendidik
rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul. Keenam belas,
mengelakkan campurtangan asing dalam urusan negara.Mengekalkan sistem pilihan
raya yang adil dan bebas.
Soalan 8 : Pada pendapat anda, bagaimanakah
sistem pentadbiran negara dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup
rakyat di Negara kita ?
|
Perlaksanaan konsep 1 Malaysia oleh Perdana
Menteri.Mengukuhkan perpaduan antara kaum dan memupuk perpaduan nasional dan
persefahaman antara kaum.
Sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen memastikan pentadbiran Negara berjalan dengan lancar dan
sistematik.Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Menjaga hak asasi warga Malaysia
yang berdaulat.Pemimpin perlu memberi hak sama rata dari aspek pendidikan.
Mengekalkan amalan demokrasi yang
telah diamalkan.Pemimpin perlu berusaha menaik taraf insfrastruktur Negara agar rakyat lebih
selesa, Pemimpin yang berkaliber dapat membantu rakyat dengan menyediakan
peluang pekerjaan yang lebih layak. Memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.Sistem
pendidikan perlu sentiasa dinaik taraf.
Pemimpin
perlu menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.Menyediakan perkhidmatan
kesihatan yang terbaik kepada rakyat.Penyediaan kemudahan awam yang selesa
seperti kemudahan pengangkutan perlu dipertingkatkan.Sikap bantu-membantu dalam
masyarakat perlu dipupuk bagi mengekalkan kesejahteraan hidup
rakyat.Kesejahteraan hidup juga dapat dipelihara dengan memelihara ekonomi
Negara.
Soalan 9 : Nilai-nilai
demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.
|
Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh
warganegara Malaysia ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
negara . Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ketertinggian
perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan
Mahkamah.
Nilai demokrasi kedua yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi perlembagaan
dan undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepada negara. Perlembagaan
Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
Nilai demokrasi ketiga yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat
di negara ini. Setiap
warganegara mempunyai kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Rakyat bebas untuk membentuk kerajaan dengan cara memilih wakil rakyat melalui
pilihan raya. Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi
undang-undang.
Nilai demokrasi keempat yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah menghormati institusi Raja
Berperlembagaan. Yang
di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan
dan perpaduan rakyat di negara ini.
Nilai demokrasi kelima yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi konsep pembahagian kuasa
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai
Bersama. Pembahagian kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat
diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
Nilai demokrasi keenam yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa
antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang
berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan
tugas berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan
dengannya.
Nilai demokrasi ketujuh yang perlu
difahami oleh warganegara Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesen
perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.
Andaian Soalan ARAS :
5 & 6 MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang
dicapai
oleh
negara setelah memanfaatkan aplikasi )
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Jawapan untuk 5 soalan di bawah adalah sama : (Isi
berlandaskan markah )
Soalan 10 : Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia berdasakan
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen
|
Soalan 10 : Pada pendapat
anda, bagaimanakah perlembagaan Malaysia menjadi kunci kejayaan Negara bagi
mengekalkan kestabirlan politik dan menjadi contoh pada negara A.T
|
Soalan 10 : Kejayaan Negara melalui pengamalan sistem
demokrasi berparlimen.
|
Soalan 10 : Kejayaan yang
telah dicapai oleh Malaysiasebagai sebuah Negara yang stabil dalam aspek pentadbiran
|
Soalan 10 : Kejayaan Malaysia
dalam mengurus pentadbiran Negara dalam
pelbagai bidang telah menaikkan imej Negara di mata dunia.
|
ASPEK POLITIK
Pertama,
Malaysia dilihat sebagai Negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang amat
cemerlang.Malaysia menjadi Negara yang aman dan maju menggunakan sistem
pentadbiran kini. Kedua,
menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti KOMANWEL , PBB, OIC.
ASEAN , NAM, NEGARA BERKECUALI. Ketiga,menjadi pengerusi dalam persidangan
antarabangsa seperti ASEAN,KOMANWEL, NAM dan OIC.
Keempat, lawatan kerja pemimpin Negara besar ke Malaysia
seperti Presiden Obama.Kelima, pemerintahan yang adil dan saksama menjamin
kesejahteraan rakyat.Keenam, mewujudkan semangat patriotism yang luhur untuk
kesatabilan politik.
Ketujuh, mengatasi ancaman Negara luar terhadap
keselamatan Negara yang boleh menggugat kedaulatan Negara.Kelapan, terdapat
pengiktirafan daripada Negara luar.Kesembilan, membentuk identity Negara
melalui lambing-lambang Negara.Kesepuluh, mengekalkan kestabilan dan
kesejahteraan Negara.Kesebelas, mengekalkan kerajaan yang adil dan saksama.
Kedua belas, menjadi perantara dalam menyelesaikan isu-isu
antara bangsa.Ketiga belas mengeratkan kerjasama antara bangsa sebagi contoh
PBB, OIC dan NAM.
ASPEK EKONOMI
Pertubuhan
ekonomi yang mampan melualui k-ekonomi. Menjalin hubungan perdagangan dengan
Negara luar seperti Amerika Syarikat, Negara Eropah, Jepun, China, India dll
Menjalin hubungan perdagangan antara Negara
ASEAN.Pertambahan bilangan pelabur asing ke Malaysia.Pembangunan infrastruktur
seperti pembinaan KLIA 2 bertaraf antara bangsa.Perlaksanaan projek pembangunan
kawasan luar Bandar untuk membasmi kemiskinan seperti FELDA.
Mewujudkan institusi kewangan yang mantap melalui
perluasan sistem perbankan Islam dan sistem ekuiti Islam.Kemajuan ekonomi
domestik.Meningkatkan pendapatan Negara kasar. Memperkenalkan plan transformasi
ekonomi, telah menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi.
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menjayakan k-ekonomi.
Meningkatkan taraf pendapatan isi rumah melalui sara 1
Malaysia. Peningkatkan pendapat perkapita telah mewujudkan golongan kelas pertengahan
yang besar. Menjadi salah sebuah Negara yang bersaing dan dinamik dari aspek
ekonomi kearah sebuah Negara yang maju melalui kecemerlangan dalam sistem
pengkutan sepert MAS ( Malaysia Airline ). Mempelopori hab halal yang menjadi
rujukan dunia.Berada ditangga kedua sebagai pengeluar getah dan minyak sawit
bertaraf dunia. Membuat pelaburan dalam bidang petroleum dan gas di Negara lain
melalui PETRONAS, seperti Canada, Australia, Britain dan Turmenistan.
Menjalin
hubungan perniagaan dalam pembuatan kenderaan dengan syarikat kenderaaan di
Jepun dan Negara Eropah.
Memainkan peranan penting dalam mesyuarat menteri-menteri
ekonomi Asia.ASEAN, Jepun, ASEAN+3.
ASPEK SOSIAL
Mewujudkan
perpaduan antara kaum yang kukuh.Kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjamin
melalui pemberian BR1M.Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan patut melonjakkan
kecemerlangan pendidikan.
Membentuk masyarakat yang madani, membangunkan modal
insan, sebagai asset terpenting untuk meamcu Negara ke hadapan.Melaksanakan
k-masyarakat unutk memperbaiki dan memperkayakan masyarakat dengan pengetahuan.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju, iaitu masyarakat yang berjiwa bebas dan terbuka.
Memupuk
dan membina masyarkat demokratik yang matang.Mewujudkan masyarakat yang bermoral
dan beretika yang patuh pada agama, budaya dan tradisi cemerlang.
Mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif melalui penguasaan ilmu sains dan
teknologi.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan Negara.
Menyalurkan bantuan ubat-ubatan kepada rakyat
Palestine.Menjadi fasilatator untuk rundingan ramai antara bangsa Moro dengan
Kerajaan Filipina.
Memberi
bantuan peralatan pencegahan penyakit EBOLA di beberapa kawasan Negara di Afrika.
Pembangunan dalam prasarana pendidikan, seperti penubuhan UIAM. Membantu pelarian ROHINGYA di
Myanmar akibat konflik agama.
TEKNOLOGI
Menghantar
ankasawan pertana Datuk Dr. Sheikh Muszaphar shukor ke Stesyen Angkasa Antara
bangsa.Melancarkan statelit seperti TiongSAT, MeaSat, razakSAT dan MeaSAT 3B.
Mewujudkan inovasi dalam industri getah dan kelapa sawit
yang mnejadi contoh Negara-negara di Dunia.
Menghasilkan
jenama buatan Malaysia seperti kereta nasional Proton.
Menghasilkan
produk Halal Untuk Pasaran Antarabangsa.Projek kolidoraya multimedia atau
MSC.Kepelbagaian bentuk seni bina melalui perkembangan bidang teknologi.
Tahap
pencapaian sistem Jalur Lebar diperluaskan ke pelosuk Negara.pemodenan dalam
struktur pertanian melalui pembangunan teknologi tinggi seperti kaedah BIO
Teknologi.
Soalan 11 :
Peranan warganegara dalam mengekalkan
Malaysia sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen (10 markah)
|
Peranan warganegara dalam mengekalkan demokrasi
berparlimen ialah menganggotai
mana-mana parti politik. Selain itu, mendaftar
sebagai pemilih atau menjadi calon
pilihanraya. Seterusnya, bertanding
atas parti atau calon bebas.
Kita juga boleh memilih
pemimpin yang bertanggungjawab, amanah, berwawasan dan pemimpin yang mesra
rakyat.
Warganegara Malaysia juga mestilah sentiasa menghayati dan menjunjung perlembagaan negara. Seterusnya mesti menerima institusi beraja dan tidak memperlekehkan institusi tersebut.
Warganegara juga perlu taat kepada pemimpin negara. Selain itu, tidak menyertai demonstrasi haram atau menganggotai pertubuhan haram.Sekiranya warganegara tidak berpuas
hati terhadap sesuatu dasar, perlulah menyatakan
pendirian melalui saluran yang betul.
Kita juga memilih
pemimpin yang menghormati hak asasi manusia. Kemudian, kita hendaklah patuh kepada undang-undang negara serta
bertolak ansur, bekerjasama dan saling
hormat menghormati
Soalan 12 : Cadangan bagi memantapkan
perlaksanaan sistem
demokrasi berparlimen di negara kita.
|
Cadangan
saya bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita
ialah memberi kebebasan bersuara dalam
kalangan rakyat di Malaysia.
Seterusnya
menerapkan nilai-nilai islamdan murni
dalam pemerintahan negara dan menghormati
hak individu setiap rakyat Malaysia.
Selain
itu, kita seharusnya menghormati
sensitiviti kaum yang terdapat di Malaysia dan memastikan perlembagaan negara sentiasa releven dengan tuntutan
semasa.
Di
samping itu, sebagai rakyat kita haruslah mematuhi
sistem kehakiman negara dan tidak
mempersoalkan isu-isu sensitif dalam perlembagaan bagi tujuan keharmonian
kaum.
Seterusnya,
kita sebaiknya memastikan pemimpin yang
dipilih mempunyai integriti yang tinggi. Rakyat juga perlu menyokong sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia.
Cadangan lain adalah rakyat perlu melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan
dasar-dasar kerajaan agar kemajuan dan keharmonian negara dapat dikecapi.
Akhir
sekali, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menunaikan
tanggungjawab sebagai pengundi dan bebas
menganggotai mana-mana parti politik serta bersikap terbuka dan menerima
parti yang memenangi piliha raya di Malaysia.
Soalan 13 : Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen
yang menjadikan
Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa/ dalam
memakmurkan negara
|
Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja
Berperlembagaan. Kejayaan ini
menjadikan kita
dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua Utama
Negara.
Malaysia
berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan
Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai sebuah negara
berdaulat.
Malaysia
berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui
amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan banyak negara luar meniru
amalan pemerintahan negara kita.
Malaysia berjaya memperkasakan
fungsi Parlimen sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus, profesional
dan berhemah. Masyarakat dunia mengiktiraf Parlimen Malaysia sangat berwibawa.
Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran
yang cekap melalui Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia
menjadi negara yang makmur dan sejahtera.
Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan
Badan Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar
sangat berpuas hati dengan keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes
yang melibatkan rakyat mereka.
Malaysia berjaya mengamalkan pilihan
raya yang bebas dan bersih. Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak
asasi dan kebebasan individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di
negara ini.
Malaysia berjaya membentuk kerajaan
yang berwibawa melalui pilihan raya. Pemimpin Malaysia sering diminta
memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang
sosial dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memberi
kebebasan kepada rakyat menubuhkan dan menyertai mana-mana pertubuhan.
Pertubuhan kerajaan dihormati dunia kerana peranannya membantu meringankan
krisis kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memupuk
perpaduan kaum melalui gabungan parti politik pelbagai kaum. Malaysia
dikagumi kerana kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Malaysia berjaya mengamalkan
konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Rahsia kejayaan mewujudkan pembangunan seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi
rujukan negara serantau dan antarabangsa.
Malaysia berjaya memastikan kemakmuran
ekonomi untuk rakyatnya serta berjaya mengekalkan sebuah kerajaan yang
adil dalam matlamat ke arah sebuah negara yang maju.
Malaysia berjaya membentuk
identiti negara dalam konsep 1 Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Keadaan ini melahirkan rakyat yang taat setia, mewujudkan perpaduan
kaum yang utuh yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan dan kestabilan
negara.
Soalan 14 : Bukti sistem Demokrasi Berparlimen menjamin kestabilan politik negara
|
1. Mengelakkan
penindasan terhadap rakyat
2. Menjamin hak
kebebasan asasi rakyat contohnya kebebasan dalam beragama
3. Melindungi
hak kebebasan asasi
4. Menjadikan
sistem pentadbiran yang cekap dan sistematik
5. Pembangunan
yang pantas dari aspek ekonomi, politik, sosial dan teknologi
6. Menjamin
keharmonian negara
7. Mengukuhkan
perpaduan pelbagai kaum
8. Mengelakkan
salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin
9. Mengekalkan
kedaulatan negara
( Sila olah
dalam bentuk esei )
=========================================================================
Andaian Soalan ARAS :
7 MENJANA IDEA ( Calon perlu
menjelaskan CABARAN-
CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH
untuk
mengatasi cabaran tersebut )
|
Isi
jawapan ikut peruntukan markah
Cadangan
= 5m
Langkah
= 5m
|
Soalan 15 : Cabaran dan langkah yang dihadapi dalam
mengekalkan Demokrasi
Berparlimen
di Malaysia
|
(a) Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen di
Malaysia (5 markah)
Antara cabaran menjadikan
Malaysia sebagai sebagai sebuah negara
demokrasi berparlimen adalah terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi.
Selain daripada itu,
masyarakat masa kini terdedah dengan ideologi baharu dalam politik.
Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat
mudah terpengaruh dengan banyak fahaman politik negara lain.
Cabaran seterusnya ialah tuntutan rakyat yang melampaui
peruntukan Perlembagaan. Masih terdapat masyarakat Malaysia yang kurang
matang serta bertindak mengikut perasaan.
(b)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
di atas.(5 markah)
Antara langkah untuk
mengatasi cabaran menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ialah melalui proses pendidikan bermula dari peringkat
sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.
Selain itu , pihak kerajaan
mempergiat usaha meningkatkan kesedaran dalam
kalangan rakyat tentang kebaikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan
yang telah sekian diamalkan di Malaysia. Kerajaan perlu memperkukuhkan semangat jati diri rakyat Malaysia supaya tidak
mudah terpengaruh dengan ideologi luar.
Seterusnya, kerajaan
perlu menguatkuasakan undang-undang
dengan lebih tegas bagi mengenalpasti individu atau pihak yang mencabar
Perlembagaan.
Pihak pemerintah hendaklah turun padang untuk mendekati dan memahami masalah rakyat bagi
mengelakkan salah faham antara pemimpin dengan rakyat.
Soalan 16 : Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju
|
a) Jelaskan
cabaran yang dihadapi Malaysia dalam memantapkan kestabilanpolitik
demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. ( 5 M )
Cabaran yang dihadapi
oleh Malaysia salah satunya keadaan nilai mata wang yang turun naik atau
tidak tetap.
Kenaikan harga barangan juga merupakan satu
cabaran yang getir. Seterusnya, persaingan dengan negara maju menambahkan
lagi masalah kepada Malaysia.
Selain itu, Malaysia sukar
untuk menembusi pasaran antarabangsa. Pembangunan Malaysia masih
bergantung kepada teknologi luarkerana teknologi di negara kita masih rendah.
Malaysia juga menghadapi masalah
dalam menarik pelabur asing. Masalah gejala sosial yang berleluasa
juga menyukarkan Malaysia menjadi negara maju.
(b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di
atas. ( 5 M )
Langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran di atas ialah Malaysia perlu meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
Seterusnya, langkah yang
perlu dilakukan ialah dengan menguasai pelbagai teknologi terkini.
Malaysia juga perlu memperkukuh peranan negara sebagai hub halal.
Malaysia perlu melahirkan
lebih ramai modal insan untuk pembangunan negara. Langkah seterusnya,
Malaysia perlu mendapatkan hak milik/paten yang lebih banyak untuk
bersaing dengan negara luar.
Perbankan Islam perlu diperluaskan serta
menambahkan lagi penggunaan
E-dagang.Malaysia perlu
menambahkan bilangan tenaga professional untuk kemajuan negara.
CADANGAN PILIHAN JAWAPAN LAIN
CABARAN
1. Mengekalkan
kandungan perlembagaan negara yang sedia ada
- Terdapat segelintir rakyat
yang tidak berpuas hati dengan kandungan perlembagaan negara
- Berpendapat perlembagaan mesti
diubah sejajar dengan perubahan politik dunia
2, Menagadakan piliha
raya yang aman
- Terdapat pihak yang menagmbil
kesempatan unutk mencemarkan pilihan raya dengan melakukan perbuatan yang salah
3. Mengawal kebebasan
asasi
- Terdapat pihak yang telah
menyalahkan kebebasan asasi dalam perlembagaan
negara kursusnya kebebasan untuk bersuara
4. Perbezaan ideologi
politik
5. Tidak menghormati
institusi beraja
6. Membangkitkan
isu-isu sensitif, seperti isu penghinaan ideologi tehadap lagu Negaraku
7. Mempersoalkan
keputusan yang dibuat oleh sistem kehakiman negara
8. Melanggar peraturan
dan undang2 negara yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
9. Pertambahan
golongan ekstremis dalam politik
10. Pengaruh
globalisasi semakin berleluasa yang meliputi aspek ekonomi dan sosial
11. Peningkatan
masalah gejala sosial disebabkab pengaruh negatif dalam media cetak
LANGKAH-LANGKAH
1. Kerajaan memberikan
penjelasan kepada pihak terbabit agar mereka memahami perkara yang tersurat dan
tersirat dalam perlembagaan negara
2. Pihak kerajaan
memperkasakan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah
- Generasi muda dapat memahami
sebab-sebab kandungan perlembagaan negara mempunyai
elemen-elemen tertentu.
3. Pihak pemerintah
memberikan panduan kepada parti politik dalam menjalankan kempen pilihan raya
4. Pihak kerajaan
membuat beberapa penambahbaikan contohnya mengginakan dakwat kekal dan memanggil
pemerhati antarabangsa unutk menilai pilihanraya Malaysia
5. Pihak keselamatan
mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja mencemarkan pilihan
raya yang di adakan
6. Pihak pemerintah
menasihati pihak yang menyentuh hal2 yang sensitif yang boleh menggugat
perpaduan nasional
- Pihak yang masih berdegil akan
dikenakan tindakan undnag-undang yang
sewajarnya
- Mengikut akta hasutan 1948 dan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 ( Akta 301 )
7. Mengamalkan fahaman
politik yang sederhana
8. Menghormati
institusi raja
9. Tidak membangkitkan
isu-isu sensitif yang melibatkan isu agama dan kepercayaan
10. Menghormati sistem
kehakiman negara
11. Menghormati hak2
kaum lain seperti konsep 1 Malaysia
12. Bertindak mengikut
perlembagaan yang telah ditetapkan
13. Suruhanjaya
Komunikasi Malaysia harus bertindak menapis unsur2 negetif khursusnya dalam
media cetak dan elektronik
==============================================================================
Andaian Soalan ARAS :
8. NILAI MURNI / IKTIBAR
/ PATRIOTISME(
Calon menyatakan nilai-nilai murni, iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh
diterapkan demi kemajuan negara kita )
IKTIBAR – mestilah,
hendaklah, haruslah, mestilah dll
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Soalan 17 : Nilai-nilai murni / Iktibar
/patriotisme daripada amalan demokrasi berparlimen
|
Nilai-nilai murni yang
diperoleh dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah pentingnya muafakat dan toleransi antara pemimpin
dan rakyat demi kemakmuran negara.
Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan kepentingan kaum
masing-masing demi kesejahteraan negara. Setiap warganegara hendaklah menerima unsur-unsur budaya kaum lain
sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Seterusnya, sedia menerima
perubahan demi kestabilan dan keselamatan negara.
Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi Perlembagaan negara demi
mengekalkan kedaulatan Malaysia. ta haruslah memelihara kemakmuran negara
dan taat setia kepada pemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh
kepada undang-undang
.Perasaan berbangga sebagai warganegara
juga perlu ada dalam diri setiap warganegara. Rakyat Malaysia juga harus
bertoleransi dan mengamalkan permuafakatan dalam apa jua situasi sama ada dalam
aspek politik atau ekonomi dan sosial.
Iktibar yang boleh diambil daripada
kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi ialah sanggup
mempertahankan perkara baik apabila
kita berusaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Kita hendaklah membuat pilihan
yang bijak dalam melantik pemimpin, agar negara kita mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka terhadap perkembangan semasa,
sudah tentu sistem pemerintahan negara kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
Setiap rakyat perlu memiliki jati
diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif tidak mempengaruhi pemikiran
rakyat. Sebagai warganegara yang setia, kita hendaklah sentiasa berfikiran
positif agar sistem pemerintahan berjalan lancar.
Sikap mementingkan perpaduan
mestilah diutamakan dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum dapat
diwujudkan di negara kita. Sekiranya setiap warganegara menghayati prinsip
Rukun Negara, negara akan mencapai kestabilan politik.
Kita mestilah menghormati hak
asasi dan kebebasan individu supaya mereka dapat melibatkan diri dalam
membuat keputusan penting dalam membangunkan negara. Kita perlu menghormati
amalan demokrasi supaya sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapat
diteruskan.
============================================================================
PENUTUP / KESIMPULAN /
RUMUSAN
9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang
diperolehi
b) Iktibar kepada diri ,
bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan
bangsa dan Negara Malaysia cemerlang
|
a) Pengetahuan yang diperoleh ( 2M )
Pengetahuan yang
diperoleh ialah negara Malaysia ialah negara
yang mengamalkan ciri-ciri demokrasi berparlimen. Pengetahuan lain ialah permuafakatan antara pemimpin dan rakyat
menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Perlembagaan
Malaysia menjadi garis panduan sisitem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara kita
b) i) Iktibar kepada diri
( 1M )
Sebagai iktibar kepada
diri, kita mestilah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan mematuhi peraturan
serta ambil tahu perkembangan atau perubahan semasa. Kita juag mestilah
mematuhi peraturan dan undang2 negara seperti yang terdapat dalam perlembagaan
negara.
ii) Iktibar kepada
bangsa, masyarakat ( 1 M )
Manakala iktibar kepada
bangsa, seharusnya bangsa Malaysia saling
menghormati dan bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran. Rakyat
Malaysia mestilah berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan untuk
mengekalkan keharmonian negara.
iii) Iktibar kepada
Negara ( 1 M )
Iktibar kepada negara
pula, pihak kerajaan dan rakyat harus
berganding bahu dan bersama-sama membawa kemajuan kepada negara. Pemimpin
negara mestilah mengamalkan sikap keterbukaan dan mengukuhkan perpaduan antara
kaum di Malaysia
c) Harapan menjadi masa
depan politik Malaysia yang lebih cemerlang
Harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang ialah supaya negara akan kekal berdaulat dandapat
meneruskan amalan demokrasi berparlimen yang telah terbukti memberikan kita
kehidupan yang amat harmoni sejak merdeka sehingga kini. Seterusnya adalah
diharapkan Malaysia akan menjadi negara demokrasi yang paling disegani di mata dunia.
daebak
ReplyDeleteya saya
ReplyDeleteda ready spm?
ReplyDeleteboleh la... 26 hari je lagi
ReplyDeletehi maya
ReplyDeletehi ain
ReplyDeleteAssalam, I wanted to say thank you for the information you've given. It helped a lot, for sure not only for me but for the other thousands of people who came across this website. You helped us and on behalf of me and the others, we couldn't thank you more! Alhamdulillah, thank you!
ReplyDeleteterbaikkkk......sgt membantuuu
ReplyDeleteThank you so much
ReplyDeleteHelp me so much in my folio
tqvm....
ReplyDeletetqvm....
ReplyDeleteThank you 4 ur notes.Its vry helpful 4 me
ReplyDelete