PPW SENTUL CONTOH KERTAS
3 SEJARAH SPM
TEMA UMUM :
KEMUNCULAN
DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Nasinalisme di berakar
umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan
British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.
SOALAN 1 : (5 MARKAH)
a.
Maksud Nasionalisme
- Nasionalisme
bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara
- Perasaan ini akan
membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.
- Didorong oleh hasrat
untuk membebaskan negara daripada kuasa penjajahan
- Merupakan gerakan
membebaskan tanah air daripada cengkaman ekonomi penjajah
- Pembebasan daripada
pengaruh budaya asing
b.
Latar belakang nasionalisme sebelum Perang Dunia Kedua
- Gerakan nasionalisme
merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan
atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar
- Penentangan
bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah
- Gerakan ini
merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan
mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
- Antara pemimpin
penentangan ialah Penghulu Dol Said, Dato Maharaja Lela, Rentap dan Mat
Salleh
- Penduduk tempatan
tidak patah semangat dan terus menentang
- Perjuangan menunjukkan
semangat setia negara yang tinggi serta sanggup berkorban untuk bangsa.
SOALAN 2 : ( 15 MARKAH)
a. FAKTOR / SEBAB-SEBAB KEBANGKITAN PEMIMPIN
SETEMPAT MENENTANG BRITISH
- Dasar penaklukan British
- Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan
politiknya
- Penguatkuasaannya menjadi luas dan kawasan
itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
- Misalnya, apabila British mendapat Melaka
daripada Belanda.
- Naning dipaksa menjadi jajahan takluk
British dan membayar ufti
- Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
- Pihak British ditentang kerana hasrat untuk
menguasai ekonomi tempatan
- Untuk kepentingan mereka.
- Melalui perjanjian dengan pemimpin
tempatan, saudagar Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan
perlombongan dan perdagangan bijih timah.
- Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk
tempatan.
- Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap
Masyarakat Tempatan
- British telah memaksa sistem pentadbiran
Barat kepada penduduk tempatan.
- British telah memperkenalkan sistem cukai,
undang-undang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
- Contohnya di Terengganu, British telah
menetapkan penduduk tempatan perlu mendapat keizinan dan dikenakan cukai
tanah.
- Peraturan ini bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan.
- Mereka membuka tanah mengikut keperluan dan
tanpa membayar cukai.
- Campur tangan British dalam adat resam
tempatan
- Penentangan berlaku kerana campur tangan
British dalam adat resam tempatan.
- British memaksa mereka menerrima
nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
- Misalnya di Perak, JWW Birch campur tangan
dalam adat resam masyarakat Melayu.
- Iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
- Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan
masyarakat tempatan.
- Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh
- Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa
- Hilang pengaruh terhadap kawasan dan anak
buah mereka
- Apabila British menjajah kawasan mereka.
- Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh
sultan atau masyarakat untuk mentadbir kawasan tersebut.
- Dengan perlantikan itu, mereka berkuasa
untuk menjaga hal ehwal daerah.
- Contohnya pentadbiran, perundangan, ekonomi
dan sosial.
- Penjajahan British terhadap daerah mereka
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan
mendorong mereka menentang British.
- Kesulitan penduduk tempatan
- Penentangan pemimpin tempatan ini mendapat
sokongan anak buah mereka.
- Penduduk tempatan tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British.
- Keadaan ini menyulitkan kehidupan mereka.
- Kesetiaan anak buah kepada pembesar
tempatan sebagai ketua
- Mendorong mereka memberi kerjasama untuk
menentang British.
b. KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG
BRITISH ADALAH WAJAR.
BERI
HUJAH ANDA.
WAJAR
- Dasar penaklukan British
- Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan
politiknya
- Penguatkuasaannya menjadi luas dan kawasan
itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
- Misalnya, apabila British mendapat Melaka
daripada Belanda.
- Naning dipaksa menjadi jajahan takluk
British dan membayar ufti
- Penghulu Dol Said menentang kehendak
British menyebabkan berlakunya peperangan
- Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
- Pihak British ditentang kerana hasrat untuk
menguasai ekonomi tempatan
- Untuk kepentingan mereka.
- Melalui perjanjian dengan pemimpin
tempatan, saudagar Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan
perlombongan dan perdagangan bijih timah.
- Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk
tempatan.
- Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap
Masyarakat Tempatan
- British telah memaksa sistem pentadbiran
Barat kepada penduduk tempatan.
- British telah memperkenalkan sistem cukai,
undang-undang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
- Contohnya di Terengganu, British telah
menetapkan penduduk tempatan perlu mendapat keizinan dan dikenakan cukai
tanah.
- Peraturan ini bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan.
- Mereka membuka tanah mengikut keperluan dan
tanpa membayar cukai.
- Campur tangan British dalam adat resam
tempatan
- Penentangan berlaku kerana campur tangan
British dalam adat resam tempatan.
- British memaksa mereka menerrima
nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan.
- Misalnya di Perak, JWW Birch campur tangan
dalam adat resam masyarakat Melayu.
- Iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
- Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan
masyarakat tempatan.
- Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh
- Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa
- Hilang pengaruh terhadap kawasan dan anak
buah mereka
- Apabila British menjajah kawasan mereka.
- Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh
sultan atau masyarakat untuk mentadbir kawasan tersebut.
- Dengan perlantikan itu, mereka berkuasa
untuk menjaga hal ehwal daerah.
- Contohnya pentadbiran, perundangan, ekonomi
dan sosial.
- Penjajahan British terhadap daerah mereka
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan
mendorong mereka menentang British.
- Kesulitan penduduk tempatan
- Penentangan pemimpin tempatan ini mendapat
sokongan anak buah mereka.
- Penduduk tempatan tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British.
- Keadaan ini menyulitkan kehidupan mereka.
- Kesetiaan anak buah kepada pembesar
tempatan sebagai ketua
- Mendorong mereka memberi kerjasama untuk
menentang British.
SOALAN 3 : ( 30 MARKAH)
a. PERISTIWA PERJUANGAN / KEBANGKITAN TOKOH
TEMPATAN / PEMIMPIN
TEMPATAN
i)
DOL
SAID ( NANING )
·
Penentangan Dol Said di
Naning antara tahun 1831-1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di
Tanah Melayu
·
Sebab penentangan ialah
beliau tidak setuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebahagian
daripada Wilayah Jajahan British
·
Tidak bersetuju dengan
arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka sebagai ufti
·
Akibatnya, British telah
menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831 dan pasukan British
telah ditentang oleh Dol Said
·
Dol Said mendapat bantuan
ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai, dan
Rechat, Dato’ kelana Sungai Ujong.
·
Mereka telah Berjaya
mengalahkan 150 orang tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wyllie
·
Yang berusaha untuk
menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning
·
Pada akhir tahun 1832,
British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning
·
Pada kali ini Dol Said
dan pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa
·
Pasukan British Berjaya
mengalahkan tentera Dol Said
·
Penghulu Dol Said
menyerah diri
·
Dan di bawa ke Melaka
ii)
DATO
MAHARAJA LELA ( PERAK )
·
Nama sebenarnya Pandak
Limo Bin Machang Lela Tok Mahmud
·
Dato Maharaja Lela ialah
pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana
Putra
·
Di Perak, penentangan
diketuai oleh Dato Maharaja Lela.
·
Penentangan ini berlaku
secara bersatu oleh semua pembesar dan Sultan
·
Penentangan penduduk
tempatan di Perak terhadap British adalah kerana Residen J.W.W Birch memungkiri
fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor
1874
·
Para pembesar menolak
sistem cukai yang menghapuskan hak mereka
·
Para pembesar menolak
campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
·
Pada 21 Julai 1875 Dato
Maharaja Lela telah mengadakan mesyuarat dengan pembesar-pembesar Melayu di
Durian Sebatang menentang undang-undang British
·
Dato Maharaja Lela
bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W birch selepas bermesyuarat
dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja.
·
2 November 1875,
pembunuhan J.W.W Birch olehSeputum, Pandak Lam dan lain-lain atas arahan Dato
Maharaja Lela di Sungai Perak Pasir Salak
·
Pada 13 November 1876,
pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir
Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat
·
Dato Maharaja Lela dan
Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama
·
Pada 20 November 1877
perbicaraan diadakan Dato Maharaja Lela bersama-sama Dato Sagor , Pandak Lam,
Seputum dan Pandak Induk dijatuhkan hukuman gantung, dengan ini Perak dikuasai
oleh British
iii)
YAM
TUAN ANTAH ( NEGERI SEMBILAN )
·
Di Negeri Sembilan penentangan
telah dibuat oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti.
·
Dan Dato Syahbandar
Sungai Ujong iaitu Abdullah Tunggal
·
Beliau telah menentang
kemasukkan British di Sungai Ujong
·
British menyokong Dato
Kelana menduduki Terachi danParoi
·
Mereka berebut kawasan
sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari negeri-negeri
Selat
·
British menawan Bukit
Putus, Jempol, danTerachi
·
Dengan kerjasama British
Dato Kelana Berjaya mengalahkan Dato Syahbandar untuk menguasai Sungai Ujong
·
Dato syah Bandar terpaksa
berundur ke Selangor
·
Bagaimanapun Dato Syah
Bandar kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan
British pada 10 November 1874
·
Dato syah Bandar
bersetuju meletakkan jawatan
·
Dan berhijrah ke
Singapura
iv)
DATO’
BAHAMAN (PAHANG)
·
Dato’ Bahaman dan
rakan-rakan seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British
selama lima tahun.
·
Siri penentangan Dato’
Bahaman ialah pada tahun 1890 menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua,
kawasan pengaruhnya.
·
Pada tahun 1891 menyerang
British kerana menangkap anak buahnya.
·
Pada tahun 1892,
menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.
·
Pada tahun 1894,
menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
·
Pada tahun 1895, akibat
tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.
·
Dato’ Bahaman dan
rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan
Kelantan.
·
Dato’ Bahaman menetap di
Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
·
Pada tahun 1896, Dato’
Bahaman berpindah ke Bangkok.
·
Dato’ Bahaman mendapat
perlindungan politik daripada Raja Chulalongkorn.
·
Dato’ Bahaman menetap di
Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia
di sana
v)
TOK
JANGGUT (KELANTAN)
·
Di Kelantan, penentangan
terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila sistem Penasihat
British diperkenalkan pada tahun 1910.
·
Tok Janggut membantah
pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai.
·
Bantahan Tok Janggut
tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
·
Pihak polis diarahkan
untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal.
·
Pada tahun 1915, Engku
Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat
tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.
·
Sebuah kerajaan telah
dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana
Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
·
Dengan menggunakan nama
Sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat
dengan kapal perang H.M.S. Cadmus yang mendarat di Tumpat.
·
Mereka memulakan serangan
pada bulan Mei 1915 di Saring.
·
Serangan British yang
tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan
Tok Janggut.
·
Tok Janggut telah
terkorban dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di
pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.
vi)
HAJI
ABDUL RAHMAN LIMBONG (TERENGGANU)
·
Di Terengganu, Haji Abdul
Rahman Limbong merupakan seorang ulama menentang British kerana tidak berpuas
hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British.
·
Pada bulan Julai dan Ogos
1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah
di Kuala Telemong tanpa menghiraukan Peraturan Tanah British.
·
Pada bulan Mei 1925,
seramai 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik
Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III tetapi dapat disuraikan.
·
Kemarahan penduduk
tempatan menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928.
·
Kumpulan yang menyerang
bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya.
·
Kumpulan di Kuala
Telemong bersiap sedia menunggu arahan menentang British.
·
Dengan menggunakan kuasa
dan nama Sultan Terengganu, British hantar tiga orang pembesar yang membawa
perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang.
·
Cara ini memudahkan
British kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.
·
Seramai 25 orang anggota
polis telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan
penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang.
·
Haji Abdul Rahman Limbong
telah diserang oleh 50 orang anggota polis yang dibawa dari Singapura. Beliau
ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.
PENENTANGAN
DI SABAH DAN SARAWAK
i)
RENTAP
(SARAWAK )
·
Rentap bermaksud
penggoncang dunia
·
Nama sebenar beliau ialah
Libau
·
Beliau berasal dari Hulu
Skrang
·
Bergelar Raja Darat atau
Raja Ulu
·
Yang dianggap sebagai
lanun
·
Penentangan di Sarawak
sama dengan penentangan di Naning
·
James Brooke yang digelar
Raja Putih Sarawak pada tahun 1842 berusaha menguasai beberapa buah daerah
pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan
·
Rentap pemimpin Iban
menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban
di Sungai Skrang
·
Beliau telah menyerang
pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James
Brooke
·
Rentap dan pengikutnya
Berjaya mengusir James Brooke
·
Tetapi tentera James
Brooke telah bertindak dengan membakar kampong mereka
·
Rentap dan pengikutnya
berundur ke Bukit Sadok
·
Sekali lagi mereka di
serang
·
Tentera James Brooke
Berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861
·
Rentap terpaksa berundur
ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah
ii)
LINGGIR
(SARAWAK )
·
Linggir iaitu pemimpin
kaum Iban di Saribas
·
Menentang penaklukan
James Brooke pada tahun 1849
·
Dengan menyerang kapal Nemesis
dekat Batang Lupar
·
Serangan ini merupakan
tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang
pelayaran mereka di Sungai Saribas
·
Bagaimanapun Linggir dan
pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut
iii)
SYARIF
MASAHOR DAN DATU PATINGGI GAPUR ( SARAWAK )
·
Penentangan orang Melayu
dibawah pimpinan Syarif Masahor dan Dato Patinggi Abdul Gapor berlaku kerana
menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka
·
Iaitu di Sungai Rajang
pada tahun 1857
·
Hal in idisebabkan mereka
kehilangan kuasa memungut cukai
·
Dan pengaruh terhadap
penduduk tempatan
·
Pada tahun 1858 James
Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit
·
Syarif Masahor telah
menyerang kubu tersebut
·
Beliau dan Dato Patinggi
Abdul Gapor menyerang James Brooke di Kuching
·
Tentangan mereka gagal
·
Sharif Masahor melarikan
diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British
di Singapura
·
Dato Patinggi Abdul Gapor
melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya di tahan oleh Belanda dan
diserahkan kepada James Brooke
iv)
MAT
SALLEH ( SABAH )
·
Nama sebenar beliau ialah
Mohammad Salleh Bin Datu Balu
·
Beliau keturunan suku
sulu Paitan
·
Penentangan terbesar
telah dilakukan oleh Mat Salleh di Sabah
·
Beliau ialah pemerintah
daerah Tambunan dan Sungai Sugut
·
Namun pihak SBUB tidak menghiraukan
kedudukan Mat Salleh
·
Bukan sahaja mereka
menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem
cukai kepala dan surat perahu.
·
Pegawai-pegawai syarikat
juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan
·
Mat Salleh telah ke Sandakan
untuk berbincang SBUB pada tahun 1895
·
Tetapi tidak dilayan
·
Sebaliknya Gabenor
Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya
·
Mat Salleh terpaksa
melarikan diri
·
Pada tahun 1897 beliau
dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di
Pualau Gaya
·
Ekoran itu, SBUB telah
menawarkan plan damai kepada Mat Salleh
·
Iaitu menyerahkanTambunan
kepadanya
·
Namun SBUB mungkir janji
dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB
·
Serangan ini dibalas oleh
pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Sallh
·
Beliau akhirnya tewas dan
meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
SOALAN
4: (10 MARKAH)
- TINDAK
BALAS BRITISH TERHADAP KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN
- Menggunakan tentera untuk menentang
kebangkitan pemberontakan pemimpin tempatanan
Ø
Contoh: Dol Said ,
Rentap, Mat Salleh
- Penangkapan pemimpin
tempatan
Ø
Contoh: Datu Patinggi
Abdul Ghapur
- Menjatuhkan hukuman
gantung kepada pemimpin tempatan yang terlibat dalam penentangan
Ø
Contoh : Dato Maharaja Lela, Dato’ Sagor,
Pandak Lam, Sepuntum, Pandak Indut, Tok Janggut
- Memaksa pemimpin
tempatan menandatangai perjanjian dengan British
Ø
Contoh: Dato’ Syahbandar
Abdullah Tunggal
- Serangan British
yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden untuk melumpuhkan
perjuangan pemimpin tempatan
Ø
Contoh : Tok Janggut
- Menggunakan kuasa
dan nama Sultan untuk menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalang
British
Ø
Contoh : Tok Janggut,
Haji Abdul Rahman Limbong,
- Ditahan dan dibuang
negeri
Ø
Contoh : Haji Abdul
Rahman Limbong dibuang negeri ke Mekah
Sultan Ismail dibuang negeri ke
Johor
Sultan Abdullah dan Menteri Ngah Ibrahim dibuang negri ke
Pulau
Seychelles
- CARA / STRATEGI
PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH
- Membunuh/ menikam
Residen British melalui serang hendap
Ø
Contoh: Dato’ Maharaja Lela mendapat sokongan Sultan
Abdullah dan pembesar Melayu Perak untuk membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak.
- Strategi menawan
lokasi penting British
Ø
Contoh : Penentangan Tok
Janggut di Kelantan – membantah dan enggan membayar cukai, menyerang Pasir
Putih dan menawannya serta mengistiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri
- Menggunakkan taktik serangan gerila
Ø
Contoh : Rentap menyerang
pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James
Brooke di situ.
- Mendapatkan bantuan
daripada pembesar daerah lain
Ø
Contoh : Dol Said di
Naning mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed
Syahban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujong serta Penghulu
Gemencheh untuk menentang British.
- Mendapatkan
perlindungan politik dari negara luar
Ø
Contoh : Dato’ Bahaman
berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn
dan menetap di Chieng Mai
- Menyerang kapal
British
Ø
Contoh : Linggir
menyerang kapal Nemesis kepunyaan James Brooke dekat Batang Lupar
- Menandatangani
perjanjian dengan British
Ø
Contoh :Pada tahun 188
Yamtuan Antah di Seri Menanti menandatangani perjanjian dengan British.
- SUMBANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN DALAM MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA.
- Membuka mata British
bahawa orang tempatan tidak menerima campur tangan mereka dalam
pentadbiran
- Memelihara warisan
dan budaya tempatan
- Mempertahankan maruah
dan kuasa sebagai penguasa
- Mengekalkan pengaruh
yang diamanahkan kepada mereka
- Mengelakkan daripada
adat resam dicabuli oleh orang luar
- Menghapuskan campur
tangan British dalam pentadbiran
- Memastikan budaya
Barat tidak meresap dalam kehidupan masyarakat tempatan
- Mendapatkan semula
hak pribumi kepada masyarakat tempatan
- Memartabatkan
undang-undang adat tempatan
- Menjaga kebajikan
masyarakat tempatan
- KESAN SEKIRANYA TIDAK BERLAKU KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN/ GERAKAN
NASIONALISME SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
·
Penjajahan British akan
lebih mantap terutamanya dari segi politik
·
Institusi beraja akan
dihapuskan
·
Dan digantikan dengan
sistem pentadbiran British iaitu birokrasi British
·
Mungkin Negara Malaysia
akan diketuai oleh Residen
·
Dan mengikuti sistem
republik
·
Dari aspek ekonomi, akan
dieksploitasi
·
Keuntungan akan dihantar
ke Britain
·
Penduduk tempatan akan
ditindas dari segi perkhidmatan awam
·
Dari segi pendidikan
Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Negara
·
Hak keistimewaan orang
Melayu akan hilang
- SUMBANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN DALAM MENYEMARAKKAN GERAKAN ANTI
PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
- Bersemangat
patriotisme dalam diri.
- Sanggup berkorban
masa dan tenaga demi mempertahankan negara.
- Memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat
- Menunjukkan teladan
yang baik
- Mewujudkan kerjasama
dalam kalangan penduduk
- Menjaga keamanan
negara
- Menguasai ilmu
pengetahuan demi masa depan negara
- Mengukuhkan jati
diri
- Memberi kesetiaan
kepada negara
- Menjaga kedaulatan
negara
- Semangat tidak putus
asa / menghadapi cabaran
- PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN MENENTANG BRITISH MENGGUGAT KEDUDUKAN
BRITISH DI TANAH MELAYU. BUKTIKAN.
- Dol Said berjaya
mengalahkan British dalam serangan pertama
- Penggunaan taktik
serangan gerila melemahkan pertahanan British
- Mendapat kerjasama
pemimpin tempatan. Contohnya Dato’ Bahaman dibantu oleh Tok Gajah dan Imam
Rasul.
- Kesetiaan penduduk
tempatan terhadap pemimpin contohnya pembunuhan JWW Birch oleh Dato’
Maharajalela dan rakan-rakannya.
- Menyebabkan British
tidak campur tangan dalam adat resam masyarakat tempatan
- British menanggung
kerugian dalam aspek perbelanjaan perang
- Rentap berjaya
mengusir James Brooke di Nanga Skrang.
- Syarif Masahor
berjaya menyerang Mukah
- Mat Salleh berjaya
menawan kubu SBUB di Pulau Gaya
- SBUB terpaksa berdamai
dengan Mat Salleh
- British terpaksa
meminta bantuan India dan Hong Kong untuk menghadapi serangan pemimpin
tempatan.
- Pemimpin tempatan
berjaya menguasai Pasir Puteh dan Tok Janggut Perdana Menteri sehingga
British membawa masuk tentera dari Negeri-Negeri Selat
- BRITISH MEMPUNYAI MUSLIHAT DENGAN MENGAMBIL TINDAKAN KEKERASAN
TERHADAP TOKOH-TOKOH PERJUANGAN TEMPATAN. BUKTIKAN PENYATAAN TERSEBUT
·
Pada pendapat saya tokoh
yang mengalami tindakan yang keras ialah Dato Maharaja Lela di Pasir Salak
Perak danTok Janggut di Kelantan.
·
Muslihat British di sini
ialah apabila hukuman gantung diberi rakyat tempatan akan takut menentang
·
Mereka dapat mentadbir
Tanah Melayu dengan menggunakan undang-undang Barat
·
Biro-biro akan diketuai
oleh British dan bukan pembesar Melayu
·
British dapat
mengeksploitasi ekonomi dengan menindas orang tempatan
·
Memonopoli pemungutan
cukai dan mengambil keuntungannya
·
Memasukkan budaya Barat
agar kebudayaan masyarakat Melayu terhapus dan memudahkan penjajahan.
·
Hukuman bunuh dan
pembuangan negeri juga menghapuskan pemimpin tempatan yang berani bersuara dan
bertindak kerana mereka merupakan ancaman.
·
Menggunakan nama sultan
agar rakyat tidak menderhaka dan ini menyenangkan penangkapan tokoh-tokoh
tempatan.
SOALAN 5 : (15 MARKAH)
a. CARA ANDA MENUNJUKKAN / MENZAHIRKAN
SEMANGAT NASIONALISME TERHADAP NEGARA.
·
Saya hendaklah menghayati dan mengamalkan
semua prinsip yang ada dalam Rukun Negara.
·
Kita perlulah mengibarkan Jalur Gemilang
semasa upacara rasmi seperti Perhimpunan
Rasmi.
·
Saya hendaklah menyanyikan lagu Negaraku
dengan penuh semangat patriotik.
·
Kita mestilah berusaha untuk mengekalkan
semangat perpaduan kaum dalam semua aktiviti yang dijalankan, contohnya acara
sambutan Hari Kemerdekaan disertai oleh pelbagai kaum.
·
Kita hendaklah menghormati lambang negara
seperti Jata Negara, Jalur Gemilang dan sebagainya.
·
Kita hendaklah sentiasa menjaga kedaulatan
negara agar sentiasa terpelihara daripada ancaman musuh.
·
Kita perlulah sentiasa menghayati nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian contohnya bersikap tolak ansur dan hormat
menghormati.
·
Kita perlulah menghayati perjuangan
tokoh-tokoh tempatan dalam mengekalkan kedaulatan negara, contohnya perjuangan
Tok Janggut mempertahankan Pasir Puteh hingga ke titisan darah yang
terakhir.
·
Saya hendaklah mempelajari Sejarah pembentukan
negara bangsa agar dapat memacu kemajuan negara dalam bidang ekonomi dan
teknologi.
·
Kita perlulah mendalami ilmu pembinaan negara bangsa Malaysia agar wujud semangat
jati diri yang utuh.
·
Saya perlulah berusaha menjaga khazanah negara
agar warisan bangsa dapat dikekalkan.
·
Kita hendaklah menghormati pemimpin negara
yang berjuang untuk kemakmuran negara seperti Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak
dengan menghasilkan buku autobiografi beliau.
·
Kita mestilah menyanjung Yang DiPertuan Agong
sebagai Ketua Negara serta menghormati institusi Raja Berperlembagaan.
·
Kita janganlah memperlekehkan perlembagaan
negara sebagai undang-undang tertinggi negara.
·
Saya hendaklah MEMATUHI undang-undang negara
dalam kehidupan seharian.
·
Kita janganlah membocorkan maklumat/rahsia
negara kepada pihak/negara luar
yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
·
Kita perlulah sanggup berkorban demi
mengekalkan kedaulatan negara bangsa.
·
Kita janganlah mudah terpengaruh dengan
agenda/anasir luar yang cuba menggugatkan keamanan negara.
·
Kita hendaklah berbangga menjadi warganegara
Malaysia.
B. PERANAN ANDA BAGI MENGELAKKAN
PENJAJAHAN SEMULA BERLAKU DI NEGARA KITA.
·
Saya akan menyertai pasukan keselamatan secara
sukarela untuk memantapkan lagi sistem pertahanan negara.
·
Saya akan mengikuti Program Latihan Khidmat
Negara sebagai persediaan untuk mengukuhkan jati diri.
·
Sekiranya saya seorang pemimpin atau wakil
negara, saya akan menjalin hubungan baik dengan negara luar supaya keselamatan
negara dan bangsa terjamin.
·
Kita hendaklah mengukuhkan ekonomi setanding
dengan negara maju dengan menjayakan segala dasar pembangunan dalam Rancangan
Ekonomi Ke Sebelas (2016 – 2020) .
·
Kita perlulah mengukuhkan sistem pentadbiran
negara untuk mengelakkan campurtangan kuasa asing hal ehwal negara.
·
Kita perlulah memastikan kedaulatan
undang-undang negara tidak dicabuli oleh anasir luar yang cuba menjatuhkan
negara.
·
Kita hendaklah menambah bilangan anggota dan
aset ketenteraan negara agar kedaulatan negara terpelihara.
·
Kita hendaklah mempelajari sejarah negara
untuk membentuk jati diri dalam setiap warga negara.
·
Kita hendaklah mengamalkan sikap saling
menghormati antara satu sama lain demi mengukuhkan perpaduan kaum.
·
Kita perlulah sanggup berkorban demi
mengekalkan kedaulatan negara bangsa.
·
Setiap warganegara perlulah mempunyai semangat
juang yang kental demi mengekalkan kedaulatan negara daripada serangan musuh.
·
Kita hendaklah memantapkan sistem pemerintahan
raja berperlembagaan demi menjamin
kestabilan politik dan sistem Demokrasi Berparlimen.
·
Kita perlulah sanggup mengenepikan kepentingan
diri dengan mengutamakan kepentingan
negara demi kemakmuran bangsa.
·
Kita perlulah menyokong setiap dasar dan
bersatu dengan pemimpin untuk menjayakan Wawasan 2020.
·
Kita perlulah mempunyai mempunyai sikap berani
dan berjiwa kental demi mempertahankan kedaulatan negara.
c. SEMANGAT NASIONALISME MERUPAKAN PRASYARAT
BAGI MENJAMIN KEDAULATAN NEGARA DARIPADA PENJAJAHAN. BERIKAN ULASAN ANDA.
·
Semangat nasionalisme merupakan tunjang setiap
bangsa Malaysia dalam mengukuhkan jati diri demi menjamin kedaulatan negara
daripada penjajahan luar.
·
Semangat nasionalisme dapat memperkasakan perpaduan
bangsa demi keamanan/kemakmuran negara.
·
Semangat nasionalisme merupakan prasyarat
untuk mengelakkan rakyat terpengaruh dengan anasir luar yang cuba menggugat
kedaulatan/keselamatan negara.
·
Semangat nasionalisme dapat memantapkan
ekonomi negara setanding dengan negara maju yang lain.
·
Semangat nasionalisme dapat mewujudkan
semangat setia negara yang tinggi dalam kalangan generasi muda.
·
Semangat nasionalisme juga boleh mewujudkan
semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
·
Semangat nasionalisme boleh menghindari budaya
negatif seperti budaya ‘punk’, ‘Arab Springs’/demonstrasi jalanan dan budaya
kuning dalam kalangan rakyat.
·
Semangat nasionalisme dapat menguatkan sistem
pertahanan dan keselamatan negara daripada penjajahan kuasa luar.
·
Semangat nasionalisme boleh melahirkan
masyarakat yang berani dan berjiwa kental untuk mempertahankan negara.
·
Semangat nasionalisme dapat memantapkan sistem
perundangan negara dengan melaksanakan undang-undang yang adil kepada semua.
·
Semangat nasionalisme dapat mengukuhkan keamanan dan keharmonian negara
dalam usaha mengekalkan kemerdekaan sedia ada.
·
Semangat nasionalisme dapat mengelakkan rakyat
daripada tidak menghormati pemimpin negara.
·
Semangat nasionalisme merupakan pemangkin
kemajuan negara, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara.
·
Semangat nasionalisme dapat menyekat/mengekang
pengaruh globalisasi barat dalam sistem ekonomi negara.
·
Semangat nasionalisme juga dapat mengelakkan
kekacauan seperti yang berlaku di negara luar contohnya Rohingya, Afghanistan
dan Filipina.
d. ANDA DILANTIK SEBAGAI PEMIMPIN UNTUK
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DARIPADA PENJAJAHAN. BAGAIMANAKAH ANDA
MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERSEBUT?
·
Sebagai seorang pemimpin, saya akan
memantapkan pelaksanaan undang-undang negara demi mengelakkan pencerobohan
kuasa luar.
·
Saya sebagai seorang pemimpin perlulah
berusaha untuk mewujudkan iklim/suasana politik yang stabil untuk mendapatkan
sokongan padu masyarakat.
·
Saya sebagai seorang pemimpin hendaklah
sentiasa berpegang teguh dan mengamalkan setiap perkara yang diajar oleh agama.
·
Sebagai seorang pemimpin, saya akan sentiasa
peka dengan perkembangan ekonomi semasa agar negara tidak ketinggalan
berbanding negara maju / negara luar.
·
Saya akan memastikan setiap dasar dilaksanakan
dengan adil untuk mengelakkan penindasan terhadap rakyat.
·
Saya akan berusaha untuk memantapkan sistem
pentadbiran negara agar kedaulatan negara terjamin.
·
Sebagai pemimpin saya akan berlaku adil kepada
semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
·
Saya akan mewujudkan kestabilan dalam bidang
sosial dengan meningkatkan taraf hidup rakyat.
·
Sebagai seorang pemimpin, saya akan membendung
gejala negatif yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja masa kini.
·
Saya sebagai seorang pemimpin, saya akan
mengekalkan kerjasama antara rakyat dengan pemimpin demi menjamin kestabilan
politik negara.
·
Sebagai seorang pemimpin, saya akan mewujudkan
kehidupan yang sistematik dengan mematuhi undang-undang negara.
·
Sebagai seorang pemimpin, saya perlu
menunjukkan kewibawaan dalam kepimpinan yang menyebabkan negara luar hormat
kepada negara kita. Contohnya, pengiktirafan oleh George Bush terhadap kemajuan
negara di bawah pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad.
·
Sebagai seorang pemimpin, saya akan memberi
tumpuan kepada proses penjanaan minda generasi muda sebagai pemimpin masa
depan.Contohnya meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam usaha
melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotism demi menjaga kedaulatan
negara.
·
Sebagai seorang pemimpin, saya perlu
memastikan negara bebas daripada kongkongan luar dengan memerintah atas paksi
sendiri.
·
Sebagai seorang pemimpin, saya perlu mengawal
hal ehwal dalam negera dan hubungan
serantau atau luar melalui dasar luar agar kedaulatan negara terjamin.
e. SEMANGAT NASIONALISME WARGA MALAYSIA MAMPU
MEMPERTAHANKAN NEGARA DARIPADA DIJAJAH SEMULA. BERI ALASAN ANDA.
·
Kita hendaklah berani meneroka bidang baru
seperti teknologi komunikasi, aeroangkasa dan sebagainya.
·
Kita hendaklah menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran untuk memajukan negara dan bangsa.
·
Kita hendaklah mengekal dan memperkukuhkan perpaduan
antara kaum agar kesejahteraan dapat diwujudkan.
·
Kita hendaklah bersikap terbuka dan sedia
menerima perubahan agar kestabilan politik dan ekonomi terpelihara.
·
Kita hendaklah mewujudkan pentadbiran yang
sistematik supaya negara dapat ditadbir dengan cekap dan berkesan.
·
Kita hendaklah memantapkan dasar-dasar
kerajaan agar ekonomi dapat diagih secara adil.
·
Kita hendaklah berusaha untuk kecemerlangan
diri agar dapat membangunkan negara menjadi sebuah negara yang maju.
·
Kita hendaklah melahirkan rakyat yang mampu
bersaing dengan negara luar agar imej negara meningkat di persada dunia.
·
Kita hendaklah melahirkan pemimpin negara yang
bijak dan berpandangan jauh agar negara kita dapat ditadbir dengan berkesan
mengikut acuan sendiri.
·
Kita hendaklah mengamalkan hidup yang
berakhlak dan berdisiplin agar rakyat dapat hidup dengan harmoni.
·
Kita hendaklah melaksanakan pembaharuan dalam
pentadbiran agar kecekapan dalam pentadbiran dapat dipertingkatkan.
·
Kita hendaklah berpegang kepada ajaran agama
supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan sentosa.
·
Kita hendaklah menyokong usaha kerajaan membangunkan negara agar
negara akan stabil dari politik dan ekonomi.
·
Kita hendaklah mematuhi dan menghormati
undang-undang negara supaya wujud keamanan negara terjamin.
·
Kita hendaklah memelihara kepentingan semua
kaum agar wujud masyarakat yang bertoleransi dan bekerjasama.
f. MASYARAKAT MALAYSIA MEMPUNYAI SEMANGAT
NASIONALISME YANG TINGGI. BUKTIKAN.
·
Masyarakat Malaysia sentiasa mematuhi
peraturan dan undang-undang negara yang telah ditetapkan agar keamanan negara
dapat dikekalkan.
·
Masyarakat Malaysia hendaklah menghayati dan
mengamalkan semua prinsip Rukun Negara agar dapat menjadi warganegara yang
setia.
·
Masyarakat Malaysia harus berbangga sebagai
rakyat Malaysia dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang semasa bulan
Kemerdekaan.
·
Masyarakat Malaysia haruslah berpegang kepada
nilai sejagat dengan cara menghormati nilai-nilai hak asasi manusia.
·
Masyarakat Malaysia harus berbangga terhadap
kejayaan Malaysia di peringkat global seperti Datuk Nicol Ann David,pemain
profesional wanita dalam sukan skuasy.
·
Masyarakat Malaysia harus berbangga dengan
kepelbagaian bahasa, budaya dan agama rakyat Malaysia melalui pembentukan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
·
Masyarakat Malaysia haruslah bangga dengan
keunikan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik,agama dan adat resam.
·
Masyarakat Malaysia haruslah menjaga warisan
dan tempat bersejarah seperti memelihara bangunan bersejarah seperti Bangunan
Sultan Abdul Samad.
·
Masyarakat Malaysia haruslah mengambil iktibar
dari peristiwa lalu agar kesilapan yang lalu tidak diulangi lagi seperti
kejatuhan kerajaan Melaka.
·
Masyarakat Malaysia haruslah berani berjuang
dan mempertahankan negara dari penjajah seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh
pejuang terdahulu.
·
Masyarakat Malaysia haruslah berbangga dengan
aset negara seperti aset keselamatan
contoh kapal selam dan jet pejuang.
·
Masyarakat Malaysia haruslah menyokong setiap
dasar-dasar kerajaan supaya pentadbiran negara berjalan lancar.
·
Masyarakat Malaysia haruslah berani mencipta
teknologi terbaru seperti dalam bidang pertanian,industri dan sebagainya
·
Masyarakat Malaysia hendaklah meningkatkan
ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar generasi berkemahiran tinggi dapat
dilahirkan
·
Masyarakat Malaysia haruslah berganding bahu
untuk menjayakan rancangan kerajaan.
g. CIRI-CIRI WARGANEGARA MALAYSIA YANG
TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME YANG TINGGI.
·
Warganegara Malaysia yang tidak menghormati
lagu Negaraku seperti bercakap-cakap semasa lagu kebangsaan berkumandang.
·
Warganegara Malaysia yang dengan sengaja
memijak bendera Malaysia.
·
Warganegara Malaysia yang tidak menghormati
pemimpin negara dengan memburukkan pemimpin di laman sosial.
·
Warganegara Malaysia yang menyalahgunakan
kuasa dan amanah dengan menerima amalan rasuah semasa bertugas.
·
Warganegara Malaysia yang tidak mematuhi
undang-undang negara.
·
Warganegara Malaysia yang tidak menyokong
dasar-dasar pembangunan kerajaan hingga menyebabkan suasana politik negara
tidak stabil.
·
Warganegara Malaysia yang menyalahgunakan
kemudahan internet dengan memuat turun berita-berita palsu yang akhirnya
menggugatkan keamanan negara.
·
Warganegara Malaysia yang gemar mengkritik
pemimpin dalam media sosial.
·
Pemimpin yang menyalahgunakan kuasa juga
merupakan salah satu ciri-ciri
warganegara Malaysia yang tidak mempunyai semangat patriotisme yang
tinggi.
·
Warganegara Malaysia yang sentiasa cuba untuk
meruntuhkan perpaduan kaum dengan menyebarkan isu sensitif.
·
Pemimpin yang tidak berlaku adil terhadap
masyarakat juga merupakan salah satu ciri-ciri masyarakat Malaysia yang tidak
mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.
·
Warganegara Malaysia yang tidak mempedulikan
sambutan Hari Kebangsaan lantaran sibuk mencari mengumpul kekayaan dan wang
ringgit.
·
Warganegara Malaysia yang tidak menghormati
Yang DiPertuan Agong sebagai ketua negara seperti pemilik akaun Facebook yang
menggunakan nama ‘Melissa Goo’ telah menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim
pada 7 Jun 2013.
·
Warganegara Malaysia yang tidak bangga dengan
tanah air yang satu-satunya kita ada dan tidak ada perasaan berbesar hati
dengan kejayaan negara.
SOALAN 6 : (10 MARKAH)
a. KEBANGKITAN PEMIMPIN
TEMPATAN MENENTANG BRITISH TIDAK BERJAYA. BERIKAN HUJAH ANDA.
TIDAK SETUJU
Naning
- Dol said berjaya dalam serangan British
yang pertama1831
- Mendapat bantuan ketenteraan Yam Tuan
Ali, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rencat
- Berjaya mengalahkan 150 tentera British
- Berjaya menawan Tabuh
Sabah
- 1897 Mat Salleh dan pengikutnya
mengadakan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya
- SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat
Salleh
- Menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh
- SBUB mungkir janji
- Mat Salleh menyerang semula kubu SBUB
Perak
- Dato Maharajalela bersatu dengan semua
pembesar dan rakyat Perak untuk menentang pentadbiran British
- Sultan Abdullah dan Sultan Ismail juga
telah bekerjasama untuk menjalankan penentangan terhadap British
- Mesyuarat antara Dato Maharajalela dengan
pembesar Melayu di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875
- Mereka
bermuafakat untuk membunuh J.W.W Birch
- Penduduk tempatan berjaya membunuh Mat
Arshad, orang suruhan British semasa menampal poster cukai di Pasir Salak
Sarawak
- Kejayaan Linggir menyerang kapal Nemesis
di Batang Lupar
- Rentap Berjaya menyerang pasukan James
Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman james Brooke
- Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir
James Brooke
Pahang
- Pemimpin tempatan telah bersatu menawan penguasaan British
pada 1888
- Dato Bahaman dan rakan rakan bersatu
menetang British selama 5 tahun
SETUJU
Naning
- British Berjaya mengalahkan Dol Said
- Dol said terpaksa menyerah diri dan
dibawa ke Melaka
Linggir
- Linggir dan pengikutnya tewas dengan
pertempuran James Brooke
Rentap
- Tentera James Brooke menyerang Rentap dan
pengikutnya di Bukit Sadok
- 1861 Rentap dikalahkan
- Rentap berundur ke ulu Sungai Entabai
Syarif Masahor
- Penentangan gagal dan beliau melarikan
diri ke Brunei
- Beliau diserahkan kepada British di
Singapura oleh Sultan Brunei
Mat Salleh
- SBUB menyerang kubu Mat Salleh
- Mat Salleh tewas dan meninggal dunia 31
Januari 1900
Perak
- British dan 500 tentera menyerang Pasir
Salak
- Dato Maharajalela dan Dato Sagor
melarikan diri ke Kota Lama
- Dato Maharajalela, Dato Sagor, Pandak
Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung
- Sultan Ismail dIbuang negeri ke Johor
- Sultan Abdullah Menetri Ngah Ibrahim,
Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Seychellas
- Perak dikuasai sepenuhnya oleh British
Kelantan
- Perjuangan Tok Janggut gagal kerana
serangan British tersusun
- Penggunaan senjata moden oleh British
- Britih menggunakan nama Sultan Kelantan
untuk membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat
- Tok Janggut terkorban
- Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota
Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki di
atas
Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong diserang oleh
50 orang polis Singapura
- Beliau ditahan oleh British dan dibuang
negeri ke Makah
b. MAMPUKAH PEMIMPIN
TEMPATAN MENENTANG PENJAJAH BRITISH. BERIKAN
ALASAN ANDA
MAMPU
- Semanagat setia negara yang tinggi
- Sanggup berkorban untuk bangsa
- Sifat bekerjasama
- Tolong menolong antara pemimpin dengan
rakyat
- Sikap berdisiplin
- Gigih berusaha
- Berani menghadapi cabaran
- Berani berjuang demi bangsa dan agama
- Semangat jati diri yang tinggi
- Tidak mudah berputus asa
- Sanggup mempertahankan kedaulatan negara
- Sanggup mengenepikan kepentingan diri
- Setia kepada raja dan Negara
TIDAK MAMPU
- Tiada senjata moden
- Tiada perancangan yang strategik
- Tiada ilmu pengetahuan
- Bersifat kenegerian
- Mudah berpaling tadah
- Perjuangan tidak berorganisasi
- Penentangan bersifat setempat
- Mudah tertipu dengan helah British
- Tentera yang terlatih dari segi taktik
peperangan moden
- Mementingkan kepentingan masing-masing
- Tidak peka dengan perubahan semasa
c. CABARAN PEMIMPIN
TEMPATAN KETIKA BERJUANG MENENTANG BRITISH
- Bilangan tentera tempatan yang sedikit
dan tidak terlatih
- Perjuangan bersifat setempat
- Tiada kerjasama dikalangan pembesar
daerah/wilayah
- British sering mendapat bantuan pihak
luar
- British menggunakan tipu muslihat
memperdayakan sultan dan pembesar
- Penggunaan senjata moden oleh tentera
British
- Perjuangan tempatan tidak terancang
- Tiada organisasi yang tersusun
- Tentera tempatan menggunakan sejata
traditional
- Strategi perjuangan British yang lebih
terancang
d. KEJAYAAN BRITISH
MENGHAPUSKAN /MENGATASI KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN. BUKTIKAN
- Di Naning British berjaya mengatasi
penentangan Dol Said dengan bantuan 1200 orang tentera
- Di Sarawak James Brook menggunakan
strategi penentangan yang berkesan dan menewaskan Linggir, Rentap dah
Syarif Masahor
- British mendapat bantuan dari negara lain
seperti membawa masuk bantuan ketenteraan dari Negeri Selat untuk
melumpuhkan serangan Tok janggut
- Teknologi persenjataan yang moden dan
canggih oleh tentera British seperti meriam dan senapang
- Sultan dan pembesar diperdaya oleh British
melalui perjanjian seperti Perjanjian Pangkor 1874 di Perak
- British menggunakan nama sultan misalnya
British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk membawa masuk tentera luar
dan mendarat di Tumpat bagi mengalahkan Tok Janggut
- British mengenakan hukuman gantung
terhadap penentang tempatan seperti Tok Janggut di Kelantan dan Dato
Maharajalela di Perak
- British menghantar tiga orang pegawai
bagi menamatkan pembukaan tanah oleh rakyat tempatan di Kuala Berang
Terengganu
e. TINDAKAN KEKERASAN
BRITISH MENGHAPUSKAN KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN ADALAH TIDAK WAJAR. BERIKAN
ALASAN ANDA.
TIDAK WAJAR
- Mengakibatkan pertumpahan darah
- Banyak nyawa terkorban
- Kemusnahan harta benda
- Menjejaskan keamanan negara
- Keharmonian negara tergugat
- Kedaulatan negara terjejas
- Menjatuhkan maruah pemimpin
- Taraf hidup rakyat terjejas
- Rakyat kehilangan hak dan maruah bangsa
- Aktiviti harian rakyat terganggu
- Menjatuhkan imej sultan dan pembesar
tempatan
f. MERASIONALKAN CARA
PERJUANGAN/GERAKAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN MENENTANG BRITISH
i. SENJATA/PEPERANGAN
Tidak
wajar kerana:
Ø Berlaku
pertumpahan darah
Ø Menyebabkan
rakyat terkorban
Ø Tentera British
lebih ramai berbanding tokoh tempatan
Ø Alat perang
tentera British lebih moden
Ø Kubu pertahanan
Britis lebih kukuh
Ø Tokoh tempatan
menggunakan senjata tradisonal
ii.
MELALUI MEDIA CETAK
Wajar kerana:
Ø Mereka dapat
menyatakan pendapat yang bernas dalam
penulisan
Ø Rakyat memahami
maklumat perjuangan tokoh tempatan
Ø Mereka boleh
mengkritik British dalam penulisan kerana menggunakan Bahasa Melayu.
Ø Penulisan dalam
media cetak boleh menyedarkan dan memajukan bangsa.
Ø Akhbar dan
majalah adalah media masa semasa yang popular digunakan pada masa itu untuk
menyampaikan mesej.
Ø Akhbar pada
masa itu murah, senang didapati, bahan rujukan utama pada ketika itu.
iii.
PERSATUAN
Ø Melalui
persatuan, tindakan secara kolektif dapat diambil
Ø Sesuatu perkara
mendapat persetujuan ramai,
Ø Tindakan lebih
tersusun kerana berorganisasi
Ø Rakyat
mengenali tokoh nasionalisme
f. RASIONAL PEMIMPIN
TEMPATAN MENGGUNAKAN SENJATA/PEPERANGAN DALAM PENENTANGAN MENENTANG BRITISH
i. SENJATA/PEPERANGAN
NANING
- Tindakan British meletakkan Naning
sebahagian daripada Wilayah British tanpa memaklumkan kepada pembesar
tempatan seperti penentangan di Naning oleh Dol Said
SABAH
- Tindakan James Brooke menyatakan bahawa
Orang Iban sebagai lanun
- Sikap SBUB tidak menghiraukan kedudukan
Mat Salleh sebagai pembesar
- Penentangan secara peperangan berlaku
kerana pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan
- Hasrat Mat Salleh untuk berbincang dengan
SBUB tidak dilayan.
- Sebaliknya tindakan Gabenor Beaufort yang
telah menyerang dan membakar kampong mereka.
- Sikap SBUB yang mungkir janji menyebabkan
berlaku penentangan oleh Mat Salleh
PERAK
- Penentangan berlaku apabila Residen
memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam
Perjanjian Pangkor 1874.
- Menolak campur tangan British dalam adat
resam dan hal ehwal tempatan.
- J.W.W Birch tidak menghormati sistem
sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu
KELANTAN
- Sikap British yang tidak mengendahkan
bantahan pemimpin tempatan seperti Tok Janggut.
- Tindakan British yang mengarahkan polis
menangkap Tok Janggut.
TERENGGANU
- Penentangan bersenjata berlaku di
Terengganu berlaku apabila penduduk tempatan marah terhadap dasar British
– Sistem percukaian
g. TERDAPAT SEGELINTIR
PIHAK YANG MEMPERTIKAIKAN SUMBANGAN TOKOH PERJUANGAN TEMPATAN
- Mengapakan keadaan ini berlaku?
Ø Tidak memahami
sejarah perjuangan tokoh terdahulu.
Ø Tidak yakin
dengan perjuangan tokoh tempatan
Ø Tidak
berfikiran terbuka
Ø Beranggapan
bahawa pemimpin Negara tidak bijaksana
Ø Mengagungkan
penjajah British
Ø Kurang
mempunyai semangat patriotik
Ø Melihat
perjuangan tokoh terdahulu dari satu sudut pandangan sahaja.
Ø Terpengaruh
dengan pandangan sejarawan barat dari segi penggunaan istilah
perjuangan dan penentangan.
Ø Tidak merujuk
kepada sumber pertama dalam pembacaan/rujukan.
Ø Sikap
masyarakat yang tidak merujuk kepada bahan ilmiah tetapi lebih gemar
mendapatkan bacaan yang tidak sahih seperti di
media sosial.
Ø Golongan
pelajar tidak mengenali tokoh perjuang dahulu dengan mendalam.
Ø Pihak Barat
menipulasi tokoh perjuang kita dengan menpesong fakta sejarah.
Ø Peranan media
massa yang tidak bertanggung jawab
Ø Membangkitkan
isu yang membingungkan rakyat
Ø Senario politik
semasa berlaku akibat mainan politik golongan tertentu yang mementingkan hal
peribadi / kumpulan tertentu
Ø Sikap prejudis
di kalangan masyarakat menyebabkan wujudnya sentimen perkauman
- Bagaimanakah
cara untuk mengelakkan keadaan tersebut berlaku?
Ø Semangat
kerjasama dan tolong menolong yang kukuh
Ø Melengkapkan
diri dengan segala ilmu pengetahuan
Ø Merujuk kepada
sumber rujukan dan penulisan ilmiah.
- Kepelbagaian
bahan rujukan seperti sumber pertama, sekunder dll
- Menjadikan novel sejarah
sebagai bahan kajian seperti Novel Bukit Kepong
Ø Membuat kajian
terperinci terlebih dahulu
Ø Menganalisis
sesuatu persoalan dengan mendalam sebelum membuat kesimpulan.
Ø Peranan
guru/kerajaan/masyarakat/pihak media/Arkib untuk menyampaikan maklumat yang
tepat berdasarkan bukti sahih
- Tayangan filem,
dokumentari, menemu bual tokoh-tokoh sejarawan tempatan seperti Prof Khoo Kay
Kim, Ramlah Adam dll
Ø Tidak
terpengaruh dengan propanganda barat
tentang pejuang tanah air kita
- SEMANGAT
NASIONALISME MASYARAKAT MALAYSIA SEMAKIN LUNTUR/TERHAKIS. BUKTIKAN
·
Sikap segelintir masyarakat yang
mempersendakan lagu Negaraku-contohnya kes
Alvin
Tan.
·
Bendera Jalur Gemilang tidak dikibarkan semasa
sambutan hari kemerdekaan/kebangsaan
·
Sikap segelintir masyarakat yang menghina
Institusi Kesultanan di laman sosial
·
Terdapat pihak yang tidak mematuhi
perlembagaan dan undang-undang negara-contoh mengadakan demontrasi jalanan.
·
Kurang pengetahuan tentang kenegaraan.
·
Menjadikan artis barat sebagai idola.
·
Kurang menghayati / memahami sejarah penubuhan
Malaysia.
·
Kurang perasaan cinta pada negara.
·
Mengagungkan negara Barat.
·
Pengaruh daripada ledakan maklumat / ICT
·
Penyebaran budaya negatif dari luar
·
Tidak menghormati institusi beraja
·
Menyebarkan maklumat Negara ke Negara luar
·
Suka memberontak
·
Mewujudkan perhimpunan haram
·
Mencetus rusuhan kaum
·
Suka menentang pemimpin
·
Pemimpin tidak bersatu dan sering bertelingkah
·
Pemimpin yang menerima rasuah
i. KESAN SEKIRANYA RAKYAT MALAYSIA TIDAK
MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME. BERIKAN
HUJAH ANDA.
·
Rakyat berpecah belah kerana tidak mempunyai jati
diri.
- Keamanan dan
keharmonian negara terancam akibat masyarakat yang tidak mematuhi/menghormati
undang-undang negara.
- Lahirnya
individu yang pentingkan diri sendiri kerana tidak menghayati dan menghormati
perjuangan pemimpin terdahulu.
-
·
Ekonomi tidak berkembang kerana kurang rasa
kebertanggungjawaban terhadap negara seperti pembayaran cukai/pembayaran balik
pinjaman PTPTN dll.
- Kemakmuran/keamanan
negara tergugat kerana sikap segelintir individu yang mencetuskan huru-hara
dalam negara seperti berlakunya demonstrasi jalanan yang berleluasa.
- Pertumbuhan
ekonomi tergendala kerana sikap memilh perkerjaan dikalangan masyarakat yang
menyebabkan kadar kemiskinan tinggi dan kemasukan buruh asing yang tinggi
menyebabkan pembangunan negara terbantut.
·
Kedaulatan negara akan terancam akibat
daripada campur tangan kuasa asing.
- Imej negara
akan terjejas ekoran pelabur asing menarik balik pelaburan mereka
·
Politik tidak stabil
- Pentadbiran
akan kucar kacir kerana rakyat tidak menghormati sistem pemerintahan dan pentadbiran
negara
- Demonstrasi
jalanan berlaku
- Rakyat tidak
menghormati pemimpin negara kerana salah faham terhadap keperibadian
pemimpin-pemimpin Negara
- BERJAYAKAH
USAHA KERAJAAN MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN RAKYAT.
BERIKAN ULASAN ANDA.
BERJAYA
- Melaksanakan konsep 1 Malaysia
- Mengadakan Forum Belia Tegas
- Mengadakan kempen Cintai Negara yang dimainkan oleh agensi
kerajaan seperti FINAS
- Menganjurkan pertandingan melukis poster
anjuran Balai Seni Lukis Negara
- Mengadakan Pertandingan Mendeklamasi Sajak yang
dianjurkan oleh agensi kerajaan atau
pihak sekolah.
- Keamanan dan kemakmuran negara masih
dinikmati oleh rakyat
- rakyat hidup
bersatu padu, mempunyai peluang pekerjaan dll
·
Pelaksanaan Program PLKN/ konsep 1Malaysia
yang berjaya mewujudkan perpaduan dikalangan belia hari ini.
·
Sambutan hari Kebangsaan yang disertai oleh
semua lapisan kaum tanpa mengira ideologi.
·
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah
·
Penubuhan sekolah wawasan sebagai jalan
terbaik menyelesaikan dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal
·
Sambutan perayaan bagi setiap kaum sebagai
wahana intergrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat nasionalisme-Hari
Gawai, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya.
TIDAK BERJAYA
·
Peningkatan kadar jenayah masih lagi berlaku
di kalangan masyarakat hari ini.
·
Terdapat segelintir masyarakat yang tidak
menghormati pemimpin tempatan dengan memburuk-burukkan imej pemimpin di media
massa dalam dan luar negara.
·
Terdapat generasi muda masa kini yang mempertikaikan
isi kandungan perlembagaan negara kita.
·
Tidak semua rakyat dapat menguasai Bahasa
Melayu dengan baik
·
Masyarakat tidak bersatu padu untuk
mempertahankan kedaulatan negara seperti peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.
·
Masyarakat masih terpengaruh dengan anasir
luar yang boleh menganggu gugat keamanan negara seperti fahaman IS, ajaran
sesat dll.
SOALAN 7: MENJANA IDEA ( 10 MARKAH )
a.
SEBAB-SEBAB SEMANGAT NASIONALISME GENERASI
MUDA SEMAKIN
TERHAKIS
·
Tidak mempunyai semangat cinta akan negara
·
Sering mencetuskan huru-hara
·
Membangkitkan isu-isu sensitif di laman sosial
·
Tidak menghormati institusi beraja
·
Suka memberontak/mengadakan perhimpunan haram
·
Suka menentang pemimpin
·
Tidak menghormati perlembagaan
·
Tidak menyokong dasar- dasar kerajaan
·
Pengaruh media massa asing
·
Sikap mementingkan diri sendiri
·
Mempertikaikan tindakan kerajaan
·
Pengaruh luar yang negatif
·
Tidak menghayati sejarah pembentukan negara
·
Kurang kesedaran kenegaraan
·
Tidak menghayati perjuangan tokoh negara
·
Tidak menghormati lambang negara
·
Tidak menghormati lagu Negaraku
·
Mencabul hak dalam perlembagaan
·
Mempertikaikan peranan Yang Di Pertuan Agong
b.
CADANGAN UNTUK MEMPERKASA SEMANGAT
NASIONALISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA.
·
Memperkuatkan jati diri melalui aktiviti
kenegaraan melalui program seperti PLKN
·
Menghayati sejarah dan pembentukan bangsa dan
negara
·
Mengelakkan pertelingkahan antara kaum
·
Sanggup berkorban untuk negara
·
Mengutamakan kepentingan negara daripada diri
sendiri
·
Menghindari salah faham dan prasangka negatif
·
Mengutamakan semangat perpaduan/muhibah
·
Menjayakan konsep 1 Malaysia
·
Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·
Memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan
·
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
·
Menganjurkan lawatan ke tempat-tempat
bersejarah
·
Menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni
·
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN)
c.
CABARAN UNTUK MEMPERKASA SEMANGAT NASIONALISME
DALAM KALANGAN GENERASI MUDA
·
Gejala sosial iaitu keruntuhan akhlak kerana
pegangan agama yang longgar
·
Pengaruh laman sosial dengan membangkitkan
isu-isu sensitif melibatkan isu-isu
negara dan perkauman.
·
Penyalahgunaan bahasa dan istilah dengan mengenepikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan
·
Kurang
kesedaran kenegaraan dengan sering melakukan huru hara yang menggugat
ketenteraman dan kesejahteraan negara.
·
Melakukan vandalisme dengan merosakkan harta
benda awam dan tidak bersyukur dengan kemudahan
d.
PROGRAM 1 MALAYSIA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA
RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM BAGI MEMUPUK SEMANGAT SAYANGKAN NEGARA.
JELASKAN.
·
Mewujudkan sikap kerjasama antara satu sama
lain
·
Memupuk perpaduan antara kaum
·
Melahirkan sikap kerjasama dan
hormat-menghormati antara satu sama lain
·
Tidak bermusuhan antara satu sama lain
·
Mewujudkan 1 bangsa Malaysia
·
Menghormati agama dan budaya kaum lain
·
Menjalinkan semangat muhibbah dalam kalangan
rakyat
·
Dapat mengenali budaya kaum lain
·
Dapat mewujudkan keharmonian
·
Mengeratkan persefahaman antara kaum
e.
PERANAN ANDA MEMPERKASA SEMANGAT NASIONALISME
DALAM KALANGAN RAKAN-RAKAN
·
Mempelajari mata pelajaran Sejarah dengan
bersungguh-sungguh
·
Menghayati nilai-nilai murni melalui
Pendidikan Moral dan Sivik
·
Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan
·
Menyertai aktiviti Kelab dan Persatuan Sejarah
·
Menyertai badan beruniform yang menerapkan
unsur patriotism
·
Mengadakan lawatan ke Galeri Sejarah/Muzium
Sejarah
·
Mengadakan lawatan ke Memorial Tunku Abdul
Rahman
·
Mengadakan pameran sempena sambutan Bulan
Kemerdekaan
·
Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
·
Menubuhkan Galeri Sejarah yang memaparkan
perjuangan-perjuangan tokoh terdahulu
·
Mengibarkan Jalur Gemilang
·
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
1M1S
f.
CADANGKAN CIRI-CIRI WARGANEGARA / GENERASI
MUDA YANG BERUPAYA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA.
·
Bertanggungjawab menjaga keamanan negara
·
Sanggup berkorban untuk negara
·
Mematuhi undang-undang negara
·
Taat setia kepada negara
·
Semangat patriotik yang tinggi
·
Sentiasa peka kepada isu-isu semasa
·
Cinta akan keamanan dan keharmonian
·
Mengharumkan nama negara ke persada
antarabangsa
·
Sentiasa berbangga menjadi warganegara
Malaysia
·
Menghargai khazanah dan warisan Negara.
g.
SELEPAS NEGARA MERDEKA, SEMANGAT NASIONALISME
RAKYAT SANGAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA.
BERI HUJAH ANDA.
·
Kerana dapat mengekalkan kestabilan politik
·
Untuk
menjamin taat setia kepada pemimpin dan negara
·
Dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
pelbagai kaum
·
Dapat menjamin keamanan negara
·
Dapat mengelakkan pencerobohan kuasa-kuasa
luar
·
Dapat melahirkan rakyat yang cintakan negara
·
Dapat melahirkan rakyat yang sanggup berkorban
untuk negara
·
Dapat melahirkan rakyat yang mematuhi
perlembagaan dan undang-undang
·
Dapat mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
·
Bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa
·
Dapat mengelakkan diri daripada nilai-nilai
negatif
·
Supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir
-anasir luar
h. BEBERAPA SITUASI YANG
BERLAKU DALAM NEGARA KETIKA INI BOLEH MENGGUGAT/MENGANCAM KEDAULATAN
NEGARA. BERIKAN PANDANGAN ANDA.
·
Penyebaran fitnah melalui laman sosial
menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dan
percaya
·
Demonstrasi
jalanan boleh memecahbelahkan rakyat dan menjejaskan imej negara
·
Mempersoalkan isu-isu sensitif secara terbuka menggugat perpaduan kaum
·
Rusuhan kaum
menggugat kestabilan politik yang boleh menjejaskan industri pelancongan
Negara.
i. SEGELINTIR WARGANEGARA MALAYSIA TELAH MENGHINA
DAN MEMPERLEKEH
NEGARA
·
BERIKAN CADANGAN ANDA, TINDAKAN YANG PATUT
DIAMBIL TERHADAP WARGANEGARA TERSEBUT.
Ø Memberi khidmat
kaunseling untuk memberi kesedaran pada mereka
Ø Tindakan
undang-undang mengikut akta Hasutan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
Ø Melaksanakan aktiviti khidmat sosial seperti membersihkan
tempat-tempat awam sebagai memenuhi
syarat hukuman
Ø Menganjurkan
Kempen Sayangi Negara untuk memupuk kesedaran cintakan Negara
Ø Bagi golongan
pelajar yang terbabit, tindakan menarik balik biasiswa atau pinjaman perlu
dilakukan
·
KESAN JIKA SIKAP TERSEBUT
GAGAL DIBENDUNG
Ø Rakyat akan
berpecah belah
Ø keamanan dan
keharmonian terancam
Ø lahirnya
individu yang pentingkan diri sendiri
·
EKONOMI TIDAK AKAN BERKEMBANG
Ø pertumbuhan
ekonomi akan tergendala
Ø kemakmuran dan
pembangunan negara terbantut
·
KEDAULATAN NEGARA TERANCAM
Ø negara terdedah
dengan campur tangan kuasa asing
Ø imej negara
terjejas
·
POLITIK TIDAK STABIL
Ø pentadbiran
akan kucar-kacir
Ø demonstrasi
jalanan akan berleluasa
Ø rakyat tidak
menghormati pemimpin
Ø Masyarakat
hilang jati diri
Ø minda
masyarakat dijajah
Ø terpengaruh
dengan budaya asing
Ø budaya lepak
dan rempit berleluasa
j. CABARAN YANG DIHADAPI OLEH
NEGARA BAGI MEWUJUDKAN MASYARAKAT
YANG PATRIOTIK.
Ø Masyarakat
berbilang kaum yang berlainan bahasa
Ø Pengaruh media
elektronik dan media cetak yang memaparkan isu-isu sensitive
Ø Terpengaruh
dengan anasir-anasir luar terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini.
Ø Kurang didikan
agama
Ø Wujud pelbagai
fahaman politik dalam kalangan masyarakat
Ø Kurang
penghayatan tentang sejarah tanah air/ perjuangan tokoh-tokoh dahulu
Ø Tidak
menghayati lagu-lagu patriotik
Ø Kurang
kesedaran mengenai semangat cintakan negara
Ø Masyarakat yang
berlainan budaya/kepercayaan
k. NASIONALISME TONGGAK
KEKUATAN BANGSA DAN NEGARA. BERI ULASAN
ANDA.
Ø Perasan cinta
kepada bangsa dan negara akan melahirkan individu yang bertanggungjawab
memelihara kedaulatan negara
Ø Mewujudkan
semangat sanggup berkorban untuk negara
Ø Menguasai
pelbagai bidang ilmu pengetahuan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara
Ø Meningkatkan
kecekapan pentadbiran kerajaan
Ø Dapat menjamin
keamanan negara
Ø Dapat
mengukuhkan perpaduan kaum
Ø Melahirkan
masyarakat yang kreatif dan inovatif
Ø Menggalakkan
pertukaran teknologi dengan negara maju
SOALAN 8 : (5 MARKAH)
a. SEMANGAT NASIONALISME
PEMIMPIN TEMPATAN WAJAR DICONTOHI OLEH
GENERASI MUDA BAGI MENGEKALKAN KEMERDEKAAN / KEDAULATAN NEGARA. BERI
ULASAN ANDA.
- Pemimpin tempatan memiliki semangat juang
yang kental di mana mereka bersedia mempertahankan tanah air tercinta
daripada penjajahan.
- Pemimpin tempatan berjuang mempertahankan
kedaulatan negara kerana mereka
memiliki sikap berani menentang musuh
- Pemimpin tempatan memiliki jati diri yang
tinggi yang menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar
- Pemimpin tempatan tidak mudah berputus
asa di mana mereka berusaha gigih untuk memajukan negara
- Pemimpin tempatan memiliki semangat setia
negara yang tinggi yang tidak akan mencemarkan nama baik negara atau imej
negara di mata dunia
- Pemimpin tempatan sanggup berkorban demi
agama, bangsa dan negara yang mana mereka sanggup mengenepikan kepentingan
diri sendiri
b. UNSUR-UNSUR
PATRIOTISME/NASIONALISME YANG PERLU ADA DALAM DIRI
BAGI MENGEKALKAN
KEMAKMURAN NEGARA.
- Mengamal dan menghayati prinsip Rukun Negara yang tercinta agar menjadi warga yang patriotik.
- Mematuhi peraturan dan undang-undang
negara bagi mengelakkan negara berada dalam keadaan huru-hara.
- Mempunyai perasaan menghormati
pemimpin-pemimpin negara supaya negara tidak dipandang rendah..
- Mempelajari dan menghayati sejarah negara
kita supaya dapat merasai nikmat kemerdekaan dan keamanan yang telah
dicapai.
- Mempunyai ilmu pengetahuan bagi menjadikan rakyat Malaysia modal insan
kelas pertama .
- Meningkatkan semangat cintakan negara
agar tidak terpengaruh dengan anasir luar.
- Mewujudkan perpaduan antara kaum supaya
ikatan muhibbah antara kaum dapat diteruskan.
- Menghormati lambang-lambang/Jata negara
supaya dapat menambahkan rasa cinta
pada negara .
- Bersedia mempertahankan negara dengan
sepenuh jiwa raga daripada kuasa-kuasa asing.
- Mengekalkan keamanan negara agar kemakmuran dapat dikekalkan
dan diteruskan.
- Melibatkan diri dalam kem motivasi/jati
diri/PLKN/BTN bagi mengukuhkan jati diri.
c. Cara anda menghargai
perjuangan/pengorbanan pemimpin tempatan menentang
British.
- Kita boleh mengadakan Anugerah/Bintang
Kebesaran dan pingat sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan mereka.
- Pihak sekolah boleh menganjurkan sambutan
bulan kemerdekaan dengan membuat program seperti penceritaan tokoh, mengadakan pameran sejarah, kuiz sejarah dan pertandingan drama sejarah
- Penerbit tempatan boleh membuat filem
dan drama perjuangan tokoh-tokoh
sejarah tanah air kita seperti
filem Mat Salleh dan drama Rosli Dhobi.
- DBKL/PBT dapat mengabadikan nama
tokoh-tokoh pemimpin tempatan pada nama jalan seperti Jalan Maharaja Lela.
- Kemeterian Pendidikan boleh
menamakan sekolah dengan nama
pemimpin tempatan yang menentang British seperti SMK Tok Janggut, SMK
Dato’ Bahaman.
- Kerajaan negeri boleh membina
kompleks sejarah seperti Kompleks
Pasir Salak yang menceritakan perjuangan pemimpin tempatan di Perak
menentang British.
- Pihak media cetak boleh menerbitkan bahan
tulisan tentang tokoh-tokoh sejarah dalam majalah dan akhbar agar dapat di baca oleh warga Malaysia.
- Pakar IT dapat membina blog tokoh-tokoh
pemimpin tempatan dalam internet supaya dapat menjadi rujukan para
pelajar.
- Kerajaan pusat boleh menamakan nama
tokoh-tokoh pejuang tempatan pada bangunan kerajaan tertutama di pusat
pentadbiran Putrajaya
- Bank Negara Malaysia dapat mencetak
gambar/ wajah pejuang pada matawang
kenang-kenangan
- Pos Malaysia dapat melancarkan cetakan
setem wajah tokoh para pejuang negara dan perjuangan mereka.
- Perbadanan Muzium Negara dapat mendirikan
tugu peringatan yang menggambarkan perjuangan tokoh-tokoh pemimpin
tempatan.
- Kementerian Pertahanan dapat menamakan aset pertahanan negara seperti
kereta kebal, jet pejuang, kapal perang dan kapal selam dengan nama
pejuang-pejuang tempatan.
(Mana-mana jawapan
munasabah)
SOALAN 9: RUMUSAN (5
MARKAH )
- Pengetahuan
Ø Saya dapat
mengenali tokoh-tokoh pejuang tempatan iaitu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap,
Mat Salleh, Dato Maharaja Lela
Ø Saya dapat
mengetahui tentang kehebatan dan kesungguhan perjuangan pemimpin tempatan dalam
mempertahankan kedaulatan negara
Ø Saya dapat
mempelajari tentang tipu helah orang asing ketika menjajah di negara kita agar
dapat dijadikan iktibar kepada generasi akan datang
Ø Saya dapat
mengetahui sebab-sebab / faktor-faktor nasionalisme muncul di negara kita yang
boleh dijadikan sebagai teladan kepada kita semua
Ø Saya dapat
mengetahui cara-cara tokoh tempatan berjuang menentang penjajah agar dijadikan
sebagai pengajaran kepada saya
Ø Saya dapat
mempelajari kesan-kesan kebangkitan pejuang tempatan kepada negara kita agar
kedaulatan negara terus dipertahankan
- Nilai murni / Unsur patriotik yang sangat kental/Iktibar
Ø Kita mestilah
berani berjuang mempertahankan negara / tanah air dengan melihat contoh Rentap, Tok Janggut dll
Ø Kita mesti
sentiasa bersatu padu dalam mempertahankan hak kita sebagai penduduk di negara
ini
Ø Kita mesti
berani mempertahankan maruah serta warisan negara sebagaimana Dato Maharaja
Lela berjuang mempertahankan Pasir Salak dan negeri Perak
Ø Kita mesti
setia kepada raja. Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong mengarahkan penduduk
Terengganu tidak melawan perintah raja
Ø Kita mesti
mempertahankan hak dan kuasa yang ada, misalnya Rentap menentang penguasaan
Brooke ke atas kawasannya
Ø Kita mesti
memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi sebagaimana ditunjukkan oleh
Tok Janggut sehingga terkorban dalam mempertahankan negara
Ø Kita mesti
bersatu / memiliki semangat kekitaan agar masyarakat kita hidup dalam suasana
harmoni
Ø Kita mesti
menghargai perjuangan tokoh tempatan yang bersusah payah berjuang
mempertahankan negara kita
- Harapan dan masa depan
Ø Rakyat Malaysia
perlu mengukuhkan semangat nasionalisme / mempertahankan negara agar negara
yang dicintai ini akan terus makmur
Ø Rakyat Malaysia
perlu berusaha lebih gigih agar rakyat dapat mencapai cita-cita mereka
Ø Rakyat perlu
mempertahankan kedaulatan negara agar rakyat dapat mengecapi nikmat kemerdekaan
yang telah dicapai
Ø Pemimpin yang
berwibawa / mentadbir negara dengan cekap agar dapat setanding dengan negara
maju yang lain
Ø Rakyat Malaysia
mesti saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan dan
kemakmuran negara
SOALAN 9: JAWAPAN PERLU
MENYATAKAN
Ø PENGETAHUAN 2 + 2 + 1 ATAU 2 + 1 + 2 ATAU 1 + 2 + 2
Ø IKTIBAR
Ø HARAPAN