SILA DOWNLOAD
https://docs.google.com/document/d/1j9I5_YmYrp67ropbWXjf03yZ0S9R73VNCpLm84aqqmU/edit?usp=sharing
SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015)
Sekalung Penghargaan Terima Kasih dan Kredit Kepada :
GURU-GURU SEJARAH PPD SANDAKAN, SABAH
TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA
PERANG DUNIA KEDUA
Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga
Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan
penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan
pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:
- 1
Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)
- 2
Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)
PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUK
Format
|
Aspek/Konstruk
|
Markah
|
Masa
|
|
1. Pengenalan
|
1. Memahami
|
5 Markah
|
10 minit
|
|
2. ISI Dan HURAIAN
|
2. Memahami
|
30 Markah
|
50 minit
|
|
3.
|
Menganalisis
|
15 Markah
|
20 minit
|
|
4.
|
Mengaplikasi
|
10 Markah
|
15 minit
|
|
5.
|
Menilai
|
10 Markah
|
15 minit
|
|
6.
|
Mencipta
|
10 Markah
|
15 minit
|
|
7.
|
Menjana Idea
|
10 Markah
|
15 minit
|
|
8.
|
Nilai / Iktibar / Patriotisme
|
5 Markah
|
10 minit
|
|
3. Kesimpulan
|
9. Merumus
|
5 Markah
|
10 minit
|
|
Jumlah Keseluruhan
|
100 Markah
|
2 jam 40 minit
|
||
Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini
supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 20 minit lagi
untuk menyemak jawapan anda.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3
- Pastikan
anda membawa buku teks dan bahan ilmiah serta bahan bercetak yang
berkaitan dengan tajuk.
- Pastikan
anda menulis nombor soalan.
- Jawapan
mesti ditulis dengan ayat yang lengkap. Jawapan dalam bentuk poin dilarang
sama sekali.
- Mulakan
jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan.
Contoh soalan. Jelaskan latar belakang
gerakan nasionalisme.
Contoh jawapan. Latar belakangan gerakan nasionalisme
merupakan usaha masyarakat….
5.
Jawapan perlu ditulis dalam
struktur ayat lengkap.
6.
Sebaiknya satu isi
merangkumi fakta, huraian dan contoh.
7.
Mengaikan isi denga isi
berikutnya menggunakan penanda wacana.
8.
Jawpan KBAT perlu ada
penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis.
9.
Tidak perlu ayat yang
panjang dan meleret-leret.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK
Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]
(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan
negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air
daripada belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan
menentang apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong
oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan
terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka
daripada oleh penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan
oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap
dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal
abad ke-20.
Soalan 2: Memahami [15 markah]
Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan
- Huraikan
sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap
British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap
British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan
British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu,
Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini,
penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan
perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British
kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa
menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi
sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu.
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi
tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian
yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini,
saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan
dan perdagangan bijih timah .
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan
terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap
masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan
peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan
British juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya,
tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.
British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan
bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat
kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut
membawa kepada penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk
tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya
masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam
adat resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan
Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh. Ini kerana British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka.
Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan
untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka
untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan
sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan
tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan
mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan
memberikan kerjasama dalam menentang British.
Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan /
pencetus semangat nasionalisme
(i) Huraikan faktor-faktor
pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme
ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah memperkenalkansistem politik barat. Ini
telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan
seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar
tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh
pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan
tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan
kebencian penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris
dan vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah
melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan
bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan
diri dan menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir
Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur,
berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing
telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang
berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada
penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang
perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula
kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai
pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung
dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan
prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan
lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan
lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan
penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup
orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka
menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin
terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep
kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk
menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang
tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta
kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu
membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua
penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang
penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM
telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh
dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini
telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah
mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang
Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan
kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan
lain-lain idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan
Islamisme yang telah membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah
Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia
untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk
menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong
oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan
oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah
tersebar luas. Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam
ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping
mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan
dalam majalah al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi
juga mendesak matlamat sama.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik
serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia
turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat
rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai
golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British.
Soalan 3: Memahami [30 markah]
Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan
menentang Pentadbiran British
- Tanah
Melayu
- Penghulu
Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa
bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British
menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa
membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning.
Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan
jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British
menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning
pada tahun 1828.
Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila
beliau menolak dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah
British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan Naning
didalam wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British
kepada Melaka.
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan
Penghulu Dol Said yang menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah
menyebabkan British menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada
tahun 1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang
membawa seramai 150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha
mereka menawan Taboh.
Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini
kerana Naning telah mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu
Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun
1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk
menawan Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana
Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh
sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol Said
terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833.
1.2 Tok Janggut di Kelantan
Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok
Janggut berlaku apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British di
Kelantan. Selain itu, pihak British telah memaksa penduduk tempatan untuk
menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula
apabila beliau telah membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British.
Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai
yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan
oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak
polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram,
Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah
membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan
daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh.
Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan
nama sultan bagi menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk
pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus
yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka
pada Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata
yang moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan
oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat
tempatan supaya jangan berani menentang British.
1.3 Dato Maharajalela di Perak
Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan
dibantu oleh semua pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen
J.W. W Birch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung
dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang
menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak pengguasaan British terhadap
kawasan mereka Sebab yang ketiga para pembesar menolak campur tangan British
dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba.
J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak pandai
berbahasa Melayu.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela
bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-
undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak
Anduk, Seputum telah membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak,
Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkana serangan
terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota
Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam,
Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri
Ngah Ibrahim , syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau
Seychelles.
1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong
membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah
British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk kampong telah berkumpul dan
membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan
ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik
Maimunah, mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei
1928, iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di
Kuala Berang. Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.
Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong
bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa
dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala
Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.Ini
memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan
menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang
Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan
membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan
dan telah dibuang negeri ke Makkah.
1.5 Dato Bahaman di Pahang
Pada tahun 1888, Dato’ Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang
yang lain bangkit menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P.
Rodgers. Dato’ Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British yang
bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti system
kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis
luar.
Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato
Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan
rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang British
selama lima tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu
menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana
menangkap anak buahnya, pada 1892- menyerang dan menawan semula Lubuk Terua,
1894- Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali
pada 1895- Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada
penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan Dato’ Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan.
Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896,
Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja
Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup
sebanyak 1000 baht. Dato’ Bahaman kemudiannya meninggal di sana.
1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan
Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan
British telah dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah
Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah
Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British
pada 21 April 1874. Dato’ Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong,
iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam
pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan
untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat.
Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan
Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato’ Syahbandar
Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau
kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British
pada 10 November 1874. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan
berhijrah ke Singapura. Dengan itu, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dapat
menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
- Sarawak
- Rentap
Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853
kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai
lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi
menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi
tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.
Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka
diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap
pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya
semakin lemah.
2.2 Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan
James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapalNemesis dekat
Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke
dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2.3 Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor
dan Datuk Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James
Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini
disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap
penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di
Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datuk
Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching. Bagaimanapun,
tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau
telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi
Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda
dan diserahkan kepada James Brooke.
- Sabah
- Mat
Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin
tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun,
penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah
daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan
kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat
Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada
tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang
dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897,
beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu
SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat
Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal
ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas
oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya
tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
Soalan 4a: Menganalisis [10 markah]
(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British
pada abad ke 19.
Penghulu Dol Said
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning
menghantar 1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said Berjaya
mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie.
Dato’ Maharaja Lela
Sultan Abdullah dan Dato’ Maharaja Lela serta pembesar Perak
telah melakukan bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato’
Maharajalela juga berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan
lain yang lebih besar ialah berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W.
Birch.
Dato’ Bahaman
Dato’ Bahaman menyerang British kerana menangkap anak
buahnya. Dato’Bahaman menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau
juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika
menentang British di Pasir Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan
daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram
telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak
sebagai Pegawai Daerah.
Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan
tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga
bersama penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928.
Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.
Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di
Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.
Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di
Sabah,yang melakukan serangan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini
menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan
menyerahkan Tambunan kepadanya.
- Jelaskan
keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad
ke-19.
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish
pada abad ke-19 ialah kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam
peristiwa ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang British. Dalam
peristiwa ini Sepuntum berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes
menyebabkan British terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong
dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga
dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa
serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan
bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat
mengalahkan tentera British seramai 150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan
mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan
damai kepada Mat Salleh dan berjanji akan menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut
juga berjaya mencabar British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti
apabila pihak polis yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya.
Malah beberapa pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka
Berjaya mendudukinya.
Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong
juga memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat
Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh
British. Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan
1925.
Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan
keberkesanannya kerana berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua
yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang
penjajahan British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan
ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan
Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh telah berjaya
mengalahkan 150 orang tentera British.
Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang
Kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James
Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama
dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan
tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah
melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Dato’ Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur
tangan British dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di
Sungai Perak, Pasir Salak.
Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.
Kemudian menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar
Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan
menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di
Kuala Telemong dan tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III.
Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah
berjaya mendudukinya.
(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin
tempatan
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah,
di Naning British telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun
1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai
1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning dan
berjaya mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang
tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat.
Mereka yang terlibat seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam,
Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang
negeri ke Johor dan Sultan Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.
Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan
Kelantan bagi membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal
Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan
Mei 1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan
Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke
atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan yang menentang British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British
menggunakan kuasa dan nama sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar
untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja
yang menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang
polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang
penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah
bertindak membakar kampung Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap
berundur ke Bukit Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar
kampung Mat Salleh apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang
kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah
menamatkan penentangan terhadap British di Sabah.
Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]
- Jelaskan
keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat
nasionalisme di negara ini.
Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme
di negara ini dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn
sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh
sebuah kawasan penempatan khas bagi orang melayu di Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di
tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan
menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi
memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan
di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya
menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu
dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu.
Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan
bangsa. Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran
agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui
penubuhanKesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim
Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan di
kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama
dengan Jepun menghalau British, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta
Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader
yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan
pertubuhan ini membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan
layanan pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan
menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan
politik mereka yang lemah dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi
perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
- Terangkan
kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang Melayu
dalam persatuan.
Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif
dalam penyatuan orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan
yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang
dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan
ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan
bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan
persaudaraan dikalangan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan
(1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini adalah
untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang
Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah
mewujudkan sebuah persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan
Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya
untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung
dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak (1939) telah ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang
Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu,
menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan
ajaran agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak
menonjol tetapi masih terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di
Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya
mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri
daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]
- Bagaimanakah
kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke 19 dalam
memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan
dalam memupuk semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin
tempatan yang sanggup berjuang untuk kedaulatan negara.
Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan
dalam memupuk semangat nasioanilsme dengan menghidupkan semula watak-watak
mereka melalui filem dan drama agar menjadi tatatpan rakyat Malaysia hari ini.
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan
melalui pameran yang menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk
menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin tempatan
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei
bertemakan perjuangan pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan
sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai
lapisan masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk
memupuk semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam
silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat
mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.
Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan
mengenali pejuang-pejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka
dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai
jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan
generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk
dengan memelihara keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan
legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap
perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak walaupun
mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah
putus asa kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa
pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan
dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita
dapat memupuk semangat cintakan negara.
(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu
mempertahankan kedaulatan negara. Berikan alasan anda.
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia
sememangnya mampu mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat
nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong
kepada semangat setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban untuk
negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak
mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada
perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan
orang.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk
semangat sifat bekerjasama antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan
antara kaum. Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan
kemajuan yang dirancang akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat
nasionalisme akan patuh kepada ajaran agama masing masing. Masyarakat yang
patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat
nasionalisme akan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna
dan menguasai pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi.
Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.
Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]
- Berdasarkan
pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai oleh negara
melalui media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara
mengekalkan kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar
kerajaan kepada umum dengan lebih cepat.Malahan maklumat berkaitan dengan dasar
baru kerajaan dapat di peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada melalui
media sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan
hebahan umum.
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat
dengan tepat kepada umum. Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui media
massa adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat
Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk
mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat melalui
penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya
disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke
arah perpaduan kaum di negara ini.
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan
medium penting dalam mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita
yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat
keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui program-program
radio atau siaran rancangan televisyen.
(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai
semangat nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental.
Perasaan sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara.
Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat
perkauman dan kenegerian.
Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak
berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan
kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta
dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh
dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai
agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat
Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam
sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar
negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk
mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing.
Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum
untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga
sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
melambangkan penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai
cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya
mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam
pembangunan ekonomi negara.
Soalan 6 : Menilai [10 Markah]
(i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin
tempatan tidak berjaya. Berikan hujah anda.
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari
segi perjuangan menentang penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan
ekoran penentangan tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat
tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan Dato’
Maharajalela, Pandak Lam, Pandak Indut, Dato, Sagor dan Seputum sehingga titisan darah
terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang
mendalam kerana sanggup berkorban untuk bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya
kemerdekaan mampu kita perolehi pada 31 Ogos 1957
Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong
antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang penjajahan British telah
menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said
menentang British pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali,
Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu
Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan Malaysia negara yang aman dan
makmur walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap
tidak mudah putus asa. Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah yang
terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh
dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu.
Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai
atlet sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela
Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.
Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau
sebenarnya mencetuskan kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui
kehebatan para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi
hari ini yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang
akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional yang boleh dipasarkan di luar
negara.
Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah
memberi inspirasi dan mampu melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu
bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa
seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela
nasib mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak
jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk
membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut
dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia
pada hari ini?
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh
penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini
ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya
rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang
menggalakkan kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai
aktviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum
di negara ini.
Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan
khas untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini
bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik
sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah
antara pelbagai kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan
isu-isu sensitif yang boleh menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis boleh
membantu mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa. Contohnya, memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum seperti yang
termaktub dalam perlembagaan 152.
Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan
perasaan cinta akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda.
Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa
penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini
penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan
politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.
(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar,
majalah atau novel pada hari ini, apakah tema penulisan yang akan anda pilih
untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat? Berikan alasan
anda.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau
novel pada hari ini, tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai
kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan
yang ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum yang menyambut
perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara bersama dengan
rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat
nasionalisme kalangan rakyat.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan
slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan
ciptaan terulung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa Malaysia
adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik
semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah
berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua
orang pendaki negara iaitu Mohandas dan Magendran yang berjaya sampai ke puncak
Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus
menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema
ini, saya akan memaparkan keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian
etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan
Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan
dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat
Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.
Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia.
Semua kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam
‘Malaysia Boof Of Record’ untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari
ini. Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama
negara dan Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan
Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi muda
untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme
kalangan rakyat.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini
mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan setiap kali sambutan
ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan,
Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah
diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup
dalam suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan negara. Untuk itu,
semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi setiap masa demi
kedaulatan negara tercinta.
Soalan 7: Menjana Idea [10 markah]
7a. Cabaran dan langkah
7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam
usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. [5 markah ]
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat
nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduandi
Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan
kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih
tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri,
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga
menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja.
Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan
sejarah negara.
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak
berwajib dalam mengadakan program-program yang berunsur patriotisme
menyebabkan semanagat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti
memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar
untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.
7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
di atas. (5 Markah)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan
perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang
dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan.
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media
haruslah menapis pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga
haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi
supaya anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini
penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan
nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada
pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan
nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh
menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan
bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.
7b. Sebab dan kesan
7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin
luntur dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi
muda hari ini adalah disebabkan generasi muda kinitidak mempunyai semangat
cinta akan tanah air . Mereka juga tidak memahami maksud
sebenarpatriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun
internet.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan
hiburan yang menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut terpengaruh
dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita.
Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga
menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga
antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga
semakin luntur kerana generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun
Negara.
Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan
tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmupengetahuan turut
menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.
7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap
ini tidak dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung
ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga
akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yangmementingkan
diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati
diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajahdan
terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi
muda turut meningkat dan sukar dibendung.
Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak
akan wujud. Generasi muda juga tidak akanmenghormati Rukun
Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan
2020 turut tidak akan tercapai.
Soalan 8 : Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]
Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh
berdasarkan tajuk yang dikaji.
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa
menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain
itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu
berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan
negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi
cabaran. Disamping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati
dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa
menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang
dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling
hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu
menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga
sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita
perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah
kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan
negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan
kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan
negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah
Soalan 9 : Kesimpulan [5 Markah]
Pengetahuan
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha
masyarakat tempatan penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh
hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20
mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan
bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan
pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah
meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat
juang yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan
kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh. Disamping itu,
memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar.
Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara
yang tinggi. Akhirnya kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan
mengetepikan kepentingan diri.
Unsur Patriotik
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri
ialah cinta akan negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan
Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi
mewujudkan keharmonian negara.
Harapan dan masa depan
Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat
nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada
campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara.
Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain
untuk mewujudkan keamanan.
tq so much
ReplyDeleteTerima kasih kepada cikgu kerana memberi panduan yang sangat berguna kepada saya untuk menjawab soalan sejarah kertas 3.
ReplyDeletetq for this essay..
ReplyDeleteUsefull information for Students Shortcut keys for Ms Office
ReplyDeleteTop 10 Google Tricks
Seo Tips and Tricks
There is a list of top life and health insurance companies if you want insurance according to your budget must see Life Insurance
Top Life Insurance companies with contact details and website links Life Insurance
There are lots of Stock Market Tips if you are planning to enter into Stock market you must know these basics things Tips of Stock Market
Reverse Takeover is a amazing topic now a days many big companies takeover by small listed companies its a great idea to listed your business for more investment.
tak leh download need access already request please approved
ReplyDeleteterima kasihh cikgu
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletemantap la bosskite
ReplyDeletetq :)
ReplyDeletefk
ReplyDeletethank u
ReplyDeleteSoaln no 1 until 4 xde dlm download la cm mn ye nk buad
ReplyDeletePlease reply my comment
ReplyDeleteThx☺️
ReplyDelete