BAB 6 –
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA
MALAYSIA
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
1961 – Tunku
Abd Rahman menyetujui gagasan Malaysia
1959 – Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku
Abd Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
1956 – Dato Onn Jaafar mencadangkan agar
Persekutuan Tanah Melayu yang
mereka dinamai Malaysia.
1955 – Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan penggabungan.
1948 – Sir Malcolm MacDonald mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. FAKTOR POLITIK
● Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana
pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura.
● Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti
pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party
(PAP).
● Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan
kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
● Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor
pembentukan Malaysia.
● Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang
lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
● Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang
diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya
menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
● Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam
Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.
● Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan
Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan
masih belum mampu berkerajaan sendiri.
● Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British
terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
● British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang
penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.
2. FAKTOR EKONOMI
● Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang
lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
● Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat
memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
● Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah,
Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.
REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA
(A) REAKSI DLM NEGERI
1. Reaksi Persekutuan Tanah Melayu
● Kebanyakan parti politik menyokong idea ini.
● Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis
meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu.
● UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei
tanpa memasukkan Singapura.
2. Reaksi Singapura
● Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang
pengaruh parti berhaluan kiri.
● Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan
pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
● Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan
David Marshall.
● Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut
menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
● Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.
● Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia
mengikut cadangan kerajaan Singapura.
●
3. Reaksi Sarawak dan Sabah
● Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia.
● Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British.
● Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan
sendiri.
● Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm
pemerintahan amat terhad.
● SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh
Tanah Melayu.
● PESAKA, SNAP, dan UNKO bimbang org bukan Melayu dan
peribumi kehilangan identiti dan dikuasai oleh org Melayu.
● Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai
oleh kerajaan pusat.
● Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali
BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
● PANAS, BERJASA dan USNO membangkitkan kemajuan ekonomi
dan sosial.
1. Reaksi Sarawak
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
SUPP
|
Ong Kee Hui
|
Majoriti org Cina dan sebilangan Melayu.
|
PANAS
|
Dato’ Bandar Abang Hj Mustapha
|
Majoriti Melayu
|
SNAP
|
Stephen Kalong Ningkan
|
Org Iban
|
BERJASA
|
Abd Rahman Yaakub & Abd taib Mahmud
|
Majoriti Melayu & Melanau
|
PESAKA
|
Temenggung Jugah Anak Barieng
|
Org Cina
|
SCA
|
William Tan
|
Org Cina
|
● Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia.
● SUPP terus menentang.
● Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA,
PESAKA DAN SCA bergabung membentuk
Perikatan Sarawak.
● Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai
Malaysia.
● Mereka juga bersaha menyekat pengaruh SUPP.
5. Reaksi Sabah
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
UNKO
|
Donald Stephen
|
Majoriti Kadazan
|
USNO
|
Datu Mustapha Datu Harun
|
Org Islam Sabah
|
Pasok Momugon
|
G.S Sundang
|
Dusun/Kadazan
|
Parti Bersatu
|
Khoo Siak Chew
|
Org Cina
|
Parti Demokratik
|
Peter Chin
|
Org Cina
|
● UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti
Demokratik membentuk Perikatan Sabah.
● Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
● Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang
mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Malaysia.
● Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.
● Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan
tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.
● Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan
Malaysia yang baru.
● Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk
sarawak dan Sabah.
● Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah
dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu.
● Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.
● Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :-
●
Ketua Negeri
●
Bahasa Kebangsaan
●
Agama Islam
●
Kedudukan
istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
●
Kerakyatan
●
Peruntukan
Kewangan
●
Pelajaran.
6. Reaksi Brunei
● Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
● Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari
menentang.
● Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu
Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
● PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme.
● A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan
Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
● A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan
sokongan Indonesia dan Filipina.
● Melancarkan pemberontakan pada 1962.
● Dapat dipatahkan oleh tentera British.
● A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.
● Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di
Indonesia.
(B) REAKSI NEGARA LUAR
1. Reaksi
Indonesia
● Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.
●Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat
pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme.
● Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia
(PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno.
● Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang
Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963.
● Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan
pembentukan Malaysia
● Antara tindakan Indonesia:-
●
menghantar
pengintip
●
serangan terhadap
kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
●
Menceroboh ruang
udara
●
Serangan terhadap
Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
●
Menekan Tanah
Melayu dari segi ekonomi.
●
Memburuk-burukkan
nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
● Tindakbalas Malaysia.
●
mendapatkan
bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan
Kanada.
● Tunku Abd Rahman
membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan
Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
● Tun Ab Razak
mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan
Inonesia.
●
Ancaman dari segi
ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
● Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku
pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno.
● Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik
bagi memulihkan hubungan.
● Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok
pada tahun 1966.
2. Reaksi Filipina
● Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut
hak terhadap Sabah.
● Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian
daripada milik Kesultanan Sulu.
● Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari
1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
● Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred
Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja
daripada British.
● Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai
Syarikat British Utara Borneo (SBUB).
● Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan
Jepun.
● Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah
kepada British.
● Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris
Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22 Januari 1958.
● Pd Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui
MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
● JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh
Donald Stephens.
● Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari
( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Mustapa
Datu harun ( Sabah).
● Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan
Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah
pembentukan Malaysia.
● Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan
memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
● Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan
dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang
baru.
(b) Suruhanjaya Cobbold
● Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord
Cobbold, Sir Anthony Abbel dan Sir David
Watherston.
● Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri
Ghazali Shafie.
● Tujuan :-
●
meninjau pendapat
rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
●
Membuat penilaian
dan cadangan kepada British.
●
Menerima
memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.
● Laporan Suruhanjaya Cobbold:-
●
1/3 penduduk
Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
●
1/3 menyokong dgn
syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
●
1/3 ingin
kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.
● Antara cadangan Suruhanjaya ini.
●
perlembagaan
Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
●
Sarawak dan Sabah
diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
●
Bahasa Melayu dijadikan
bahasa kebangsaan.
●
Jaminan terhadap
hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
●
Pemberian nama
Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
●
Penentuan tarikh
penubuhan Malaysia.
(c) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
(JAK)
● Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
● Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi
menerangkan penubuhan Malaysia.
● JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan
Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
● Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan
Sabah.
(d) MAPHILINDO
● Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak
melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
● Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden
Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos
1963.
● Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.
● Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963
● Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab
kerajaan Persekutuan.
● Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak
dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
● Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi
Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
● Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa
Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
● Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal
imigresen dan perkhidmatan awam.
● Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura
15 kerusi bagi kawasan parlimen.
● Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama
dengan orang Melayu.
mana wong pau ni!! Tan Sri Ghazalie!!!
ReplyDeleteYo pretty ladies around the world
ReplyDeleteIts make me easy to study..do more note =)
ReplyDeleteDo easy to get point please make more like this sir��
ReplyDelete