kredit kepada Cikgu Mahendran ( GC Sejarah dari Maktab Tentera Di Raja)
BAB 7 : TEMA UMUM
SELEPAS PEMBENTUKAN
MALAYSIA PADA TAHUN 1963, JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA TELAH
DIPERKEMAS BERASASKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
TAJUK / SOALAN
|
M/S
|
Soalan 1 hingga 4
1.Latar
belakang demokrasi berparlimen
|
3
|
2.Maksud
demokrasi berparlimen
|
3
|
3.Senaraikan
ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
4
|
4.PERLEMBAGAAN
-Maksud perlembagaan
-Keluhuran Perlembagaan
-Kepentingan Perlembagaan
-Pindaan Perlembagaan
|
4
5
5
6
|
5.Raja
Berperlembagaan
|
7
|
6.KUASA
PEMERINTAHAN
-Badan Perundangan
-Badan Pelaksana
-Badan Kehakiman
|
8
9
10
|
7.Pilihanraya
|
11
|
8.Parti-Parti
Politik
|
12
|
9.Pengagihan
Kuasa Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri
|
14
|
SOALAN
BERBENTUK KBKK
|
|
Soalan 5:
Mengapakah
Malaysia memilih sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
15
|
Keistimewaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
15
|
Peranan
warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen
|
15
|
Usaha-usaha
memantapkan lagi pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
16
|
Soalan 6
Buktikan
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
|
16
|
Sumbangan
/ kepentingan / kejayaan / manfaat pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen
|
17
|
Soalan 7
Cabaran
dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita
Langkah-langkah
mengatasi cabaran tersebut
|
18
18
|
Soalan 8
Nilai-nilai
murni dan iktibar dalam pelaksanaan system pemerintahan demokrasi berparlimen
|
18
|
Soalan 9
Kesimpulan
keseluruhan isu yang dibincangkan:
(a)
Pengetahuan yang diperoleh
(b)
Iktibar kepada diri, bangsa dan
negara
(c)
Harapan menjadikan bangsa dan
negara Malaysia cemerlang dan terbilang
|
19
|
PENGENALAN
Opsyen
(a)
Latar belakang demokrasi
berparlimen
Kelahiran negara demokrasi adalah
daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.Terdapat dua corak
pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dam sistem
Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
negara dan negeri.Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri.
Sistem
Republik
pula menolak institusi beraja.Kerajaan Republik diketuai oleh presiden yang
dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Opsyen (b)
Maksud
demokrasi berparlimen
Demokrasi berparlimen bermaksud
rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja
Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Dalam sistem demokrasi
berparlimen rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.Rakyat berhak
menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan
raya.
SOALAN-SOALAN NO 2,3 DAN 4 KEMUNGKINAN BERDASARKAN ASPEK-ASPEK BERIKUT:
ASPEK 1
Senaraikan
ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
Ciri pertama ialah perlembagaan.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan
untuk mentadbir negara.
Ciri kedua ialah Raja
Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang DiPertuan Agong (YDPA)
adalah ketua utama negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan
nasihat Perdana Menteri
Ciri ketiga ialah Parlimen.
Parlimen ialah badan perundangan yang menggubal undang-undang di negara kita.
Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Ciri keempat ialah pilihan raya.
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di
peringkat persekutuan atau negeri. Terdapat pilihan raya umum dan kecil.
Pilihan raya dikenadalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Ciri kelima ialah kuasa
pemerintahan yang terdiri daripada Badan Perundangan , Badan Pelaksana dan
Badan Kehakiman. Pembahagian kuasa ini bertujuan untuk mengelak pembolotan
kuasa.
Ciri keenam ialah parti-parti
politik. Ideologi politik dan sikap perkauman menjadi asas pembentukan parti
politik negara kita. Parti-parti politik ditubuhkan dengan matlamat untuk
menyatukan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing
Ciri ketujuh ialah mengamalkan
kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan
menganggotai mana-mana parti politik.
ASPEK 2
Perlembagaan
(i)
Maksud Perlembagaan
Perlembagaan merupakan
undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukkan sesebuah
kerajaan. Perlembagaan juga adalah dokumen
rasmi yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.
Parti politik yang memerintah akan mengetahui pentadbiran negara dan
menjamin kerajaan menunaikan tanggngungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang
terkandung dalam perlembagaan.
Perlembagaan Malaysia
diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mengandungi 183 perkara.Perlembagaan
ini mengandungi peruntukan seperti Senarai Kerajaan
Persekutuan dan Senarai Kerajaan
Nnegeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong , Parlimen,Jemaah Menteri dan
Badan Kehakiman. Oleh kerana Malaysia
merupakan sebuah negara persekutuan Perlembaggan
Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri.Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan dalam
persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senerai
Persekutuan,Senerai Negeri dan Senerai Bersama.
(ii) Keluhuran Perlembagaan Malaysia
Keluhuran Perlembagaan merupakan
prinsip Rukun Negara yang ketiga.Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan
ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu. Keluhuran Perlembagaan
Malaysia mengatasai Yang di-Pertuan Agong(YDPA) , Parlimen, Jemaah Menteri dan
Mahkamah. Dengan itu semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
Undang-undang negeri pula
mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Perkara 75 menyatakan
undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah
terbatal dengan tersendirinya.Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa
kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa
Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa
menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan
ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
(iii) Kepentingan Perlembagaan
dalam menjaga keharmonian negara
Perlembagaan berperanan untuk
menjamin kestabilan sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk
pentadbirannya.Perlembagaan membantu menjamin kecekapan,kejujuran,keadilan,
ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Setiap pemimpin memerlukan panduan untuk memerintah supaya menepati kehendak
perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia
rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyatnya memegang matlamat yang
sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan
Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraanya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya
supaya rakyat dapat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk
mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin
hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak
asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan
ini rakyat mengetahui had kebebasan
mereka disisi undang-undang.
Perlembagaan Malaysia dalam
perkara 153 memperuntukkan peranan YDPA dalam menjaga dan memelihara hak
istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak
istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa,kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.
Walau bagaimanapun,perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut
dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaanya tidak mengabaikan
kaum-kaum lain.
Perlembagaan Malaysia menjamin
kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem
pemerintahan negara dapat diselaraskan
tanpa sebarang perbalahan. Perlembagaan ini menjelaskan Perlembagaan Negeri
pula tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin
kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak
dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia
sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan
menggunakan senerai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk
membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.
Kesannya berlaku pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan dan kesihatan
serta perkhidmatan pos, telekom dan polis.
(iv) Pindaan Perlembagaan
(a) Tujuan Pindaan Perlembagaan
Pindaaan Perlembagaan
berlaku beberapa kali sejak tahun 1957
bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,menjaga keselamatan negara dan
melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa
relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan
perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi
oleh rakyat dengan rela hati.
Perlembagaan juga telah dipinda
bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara
sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuk pemerintahan
beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
Parlimen telah meluluskan pindaan
Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya
sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.
Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat
berbilang kaum. Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan
imuniti (kekebalan) bagi YDPA dan Raja yang memerintah negeri daripada
kesalahan jenayah.
(b) Kaedah Pindaan Perlembagaan
Terdapat empat kaedah dalam pindaan perlembagaan Malaysia.
Kaedah pertama ialah dengan persetujuan majoriti lebih oleh suara dua pertiga
Dewan Parlimen dan persetujuan Majilis Raja-Raja. Antara perkara yang dipinda
ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-raja Melayu,kewarganegaraan, keutamaan YDPA,
Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri,Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sarawak dan Sabah, perubahan sempadan negeri.
Kaedah kedua dengan persetujuan
majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang
Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.
Perkara yang dipinda ialah keanggotaan
dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, Hak dan kuasa Kerajaan
Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah
(Akta Imigeren 1961), Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,agama,
bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Kaedah ketiga ialah dengan persetujuan lebih
suara dua pertiga Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda ialah
perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.
Kaedah keempat dengan persetujuan
lebih suara Dewan Parlimen. Antara perkara
yang terkandung ialah pindaan Jadual 2,6 dan 7 ,Bahagian III tentang
kewarganegaraan, bentuk sumpah,pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta
persempadanan pilihan raya.Pindaan Perkara 74 dan 76 dalam Perlembagaan. Dalam
perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara
yang disebut dalam senerai Persekutuan dan Senerai Bersama.Hal yang sama juga
boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negei bagi perkara yang berhubung dengan
Senerai Negeri atau Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Dalam Perkara 76,Parlimen boleh
membuat undang –undang dalam Senarai Negeri.
ASPEK 3
Raja
Berperlembagaan
(i)
Maksud Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong bertindak
berdasarkan perlembagaan Malaysia dan Perdana Menteri.Baginda tidak boleh
bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara
baginda untuk membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan 9 orang Raja
Melayu secara bergilir-gilir.Pemilihan baginda dibuat mengikut peruntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia.
Jawatan ini diwujudkan sejak 1957
(ii)
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
sebagai ketua negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan
Badan Kehakiman.
YDPA juga merupakan satu daripada
tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.
YDPA juga Ketua Tertinggi
Angkatan Bersenjata yang boleh mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman
terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
YDPA juga bertanggungjawab
menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda juga
boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan kedudukan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
YDPA juga adalah ketua agama
Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan
Wilayah Persekutuan.
Baginda juga ada kuasa untuk
melantik Perdana Menteri, jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah
mendapat nasihat Perdana Menteri.Baginda juga melantik Pengerusi dan 3 orang
ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan
mentauliahkan duta-duta negara kita.
Baginda juga boleh
mengyistiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam.
ASPEK 4
Kuasa
Pemerintahan
Kuasa
Pemerintahan
di Malaysia adalah berasaskan kepada sistem demokrasi berparlimen yang
mengamalkan konsep pengasing kuasa. Konsep pengasingan kuasa pemerintahan
dibahagikan kepada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan
kehakiman. Pengasingan kuasa ini perlu
untuk mengelak sebarang pemusatan kuasa pada satu-satu pihak yang cenderung
mengakibatkan salah laku dan pembolotan kuasa.
(i)
Badan Perundangan
Ia diwakili oleh institusi
Parlimen yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan bagi menggubal
undang-undang di Malaysia. Parlimen terdiri daripada Yang Dipertuan Agung,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan
Negara
atau Senat adalah dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan
Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator dan
dilantik tanpa melalui proses pilihanraya. Setiap negeri diperuntukkan kerusi
Senator dan kuasa senator adalah untuk tempoh 3 tahun sahaja.
Seseorang calon bagi jawatan
senator hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Senator boleh dilantik
menjadi anggota Jemaah Menteri atas budi bicara Perdana Menteri dan taraf
mereka adalah sama dengan Ahli Parlimen.
Keanggotaan Dewan Negara dilantik
oleh Yang Dipertuan Agong. Mereka yang dilantik ini biasanya merupakan individu
yang telah banyak berjasa atau telah menyumbang kepada kecemerlangan satu-satu
bidang tertentu seperti perniagaan, kebajikan dan sebagainya.
Dewan
Rakyat
pula adalah dewan terpenting di mana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan
raya umum. Anggota Dewan Rakyat disebut sebagai Ahli Parlimen dan mempunyai
mandat untuk tempoh 5 tahun. Terdapat 219 Ahli Parlimen
Tugas utama Dewan Rakyat adalah
menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat di
Parlimen dikenali sebagai Akta, sementara pada peringkat Dewan Undangan Negeri
di Semenanjung Malaysia disebut Enakmen manakala di Sabah dan Sarawak, ianya
dinamakan Ordinan.
Proses
Meluluskan Undang-undang di Parlimen
Proses tersebut akan melalui
beberapa peringkat sebelum ianya diwartakan menjadi undang-undang.
Kementerian akan mengemukakan cadangan undang-undang dan ianya
kemudian melalui proses penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam
Negara.
Pembacaan
Pertama
di Dewan Rakyat yang dikenali sebagai pembacaan tajuk rang undang-undang. Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan
kali ini ianya dibahaskan.
Langkah seterusnya melibatkan Perbincangan secara terperinci pada
peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Rang Undang-undang ini
kemudiannya disusuli dengan Pembacaan
Ketiga di Dewan Rakyat. Ianya dibahaskan bagi kali kedua dan kemudiannya
dikemukakan kepada Dewan Negara sebelum menjalani proses kelulusan.Pembentangan rang undang-undang di
Dewan Negara akan melalui proses yang sama diulangi seperti di Dewan Rakyat.
Rang Undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Negara kemudiannya melalui Penyerahan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong untuk diperkenankan dan
diturunkan cop Mohor Negara.
Akhirnya rang undang-undang
tersebut melalui proses Pewartaan
atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.
(ii) Badan
Pelaksana
Ini diwakili oleh Jemaah Menteri
atau Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Kabinet merupakan pembuat
dasar tertinggi dalam semua perkara di
Malaysia.
Kabinet terdiri daripada beberapa
buah kementerian yang diketuai oleh Menteri dan Timbalan Menteri, termasuklah
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai portfolio
masing-masing. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian
tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio dan beliau diberikan
tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Setiap kementerian
bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras
program pembangunan dalam bidang sosial dan ekonomi di negara kita. Terdapat 26
buah kementerian.
Di bawah Badan Pelaksana wujud
satu jentera pentadbiran yang menjadi teras kepada kuasa pemerintahan. Ianya
dinamakan perkhidmatan awam atau birokrasi kerajaan. Perkhidmatan Awam di
Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab
mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
Pada peringkat kementerian,
pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian. Beliau dibantu oleh
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam dan kesemua mereka bertanggungjawab
melaksanakan dasar dan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan.
Sesebuah kementerian biasanya
mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Setiap jabatan
lazimnya diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua
Pengarah.
Selain daripada kementerian dan
jabatan, badan pelaksana juga mempunyai badan berkanun. Badan berkanun ialah
badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun
akan mempunyai peruntukan kewangan yang tersendiri.
Badan berkanun ini ditadbir oleh
sesebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Badan-badan ini berperanan mempercepat dan menyumbang kepada urusan pentadbiran
dan program pembangunan kerajaan yang biasanya digariskan di bawah setiap rancangan
lima tahun.
Suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan
urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan
perkhidmatan awam. Di antara suruhanjaya tersebut ialah Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis
Angkatan Tentera.
(ii) Badan
Kehakiman
Ia diwakili oleh institusi
mahkamah. Mahkamah diketuai oleh penjawat awam yang dinamakan hakim. Semua
hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Badan kehakiman mempunyai kuasa
mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan
dengan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula
melibatkan kanun keseksaan.
Badan Kehakiman boleh menentukan
kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan
pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan
oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan urusan dan tugas kehakiman di
negara ini.
Mahkamah mempunyai kuasa
mentafsirkan undang-undang termasuk perlembagaan negara, mengisytiharkan
undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai
kuasa mengisytiharkan sama ada sesuatu tindakan kerajaan itu sah atau tidak sah
di sisi undang-undang.
Mahkamah tidak boleh meminda
undang-undang kerana perkara itu di bawah bidang kuasa badan perundangan atau
Parlimen.
Sistem Mahkamah di Malaysia mempunyai
tahap-tahap mengikut susunan hierarki di mana kes-kes yang dikendalikan dan
diputuskan di satu-satu peringkat mahkamah boleh dirujuk atau dirayu di
peringkat mahkamah yang lebih tinggi lagi.
Mengikut sususan hierarki badan
perundangan, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen merupakan Mahkamah Rendah
manakala Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah
Tinggi Sarawak dan Sabah diikuti dengan Mahkamah Rayuan dengan Mahkamah
Persekutuan menduduki tempat yang tertinggi sekali dalam hierarki tersebut.
Dalam soal urusan perlantikan,
kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan di kalangan hakim-hakim di negara ini
adalah terletak di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan
sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Dari segi prinsipnya, hakim tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Ini untuk memastikan keadilan dan
kesaksamaan undang-undang tidak dikompromi oleh pengaruh politik serta menjamin
integriti sistem kehakiman dan perundangan itu sendiri.
Peguam Negara ialah penasihat
undang-undang kerajaan dan juga menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi
pihak kerajaan. Beliau dibantu oleh pegawai dan kakitangan di bawah
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
ASPEK 5
Pilihan
Raya
Pilihan raya ialah proses memilih
wakil rakyat untuk memerintah sama ada peringkat negeri atau persekutuan
(i)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
SPR akan menjalankan pilihan raya
di negara kita. Keanggotaannya dilantik oleh YDPA selepas berunding Majlis
Raja-Raja Melayu.
SPR ditubuhkan untuk menjamin
pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau
pembangkang. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian
pilihan raya. SPR juga menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan sama
ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.
(ii)
Calon
Seseorang yang ingin menjadi
calon dalam pilihan raya mesti warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu
kesalahan oleh mahkamah.
Calon-calon dalam sesuatu pilihan
raya boleh bertanding atas nama parti atau nama individu sebagai calon bebas.
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
(iii)
Pengundi
Seseorang pengundi boleh mengundi
jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119
Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun,
bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal dimana-mana kawasan pilihan raya
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi.
Seseorang pengundi hanya boleh
mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Seseorang yang layak menjadi
pengundi pos adalah anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas di luar negaar. Syaratnya nama mereka terdaftar
sebagai pengundi
(iv) Proses
pilihan raya di negara kita
Penetapan tarikh penamaan calon
dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Penamaan calon akan
dijalankan.
Parti-parti yang bertanding akan
menyediakan manifestonya. Pelancaran kempen pilihan raya akan dijalankan.
SPR akan mengumumkan tempat
pengundian dan tempat pengiraan undi. Pemberian kertas undi yang mengandungi
lambang parti calon kepada pengundi di tempat pengundi.
Seterusnya pengundi akan
memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke
dalam peti undi.
Seterusnya pengiraan undi akan
dijalankan dan pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.
ASPEK 6
Parti-Parti
Politik
(i)
Parti politik di Tanah Melayu
Malayan Democratic Union (MDU)
ditubuhkan oleh golongan profesional Cina pada bulan Disember 1945. Parti ini
menentang Malayan Union yang dianggap tidak demokratik.
Penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946
untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union. Bertujuan menjaga
kepentingan orang Melayu serta mencapai kemerdekaan.UMNO kemudian bekerjasama
dengan MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan.
Penubuhan MIC pada Ogos 1946 oleh
John Thivy untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Penubuhan AMCJA pada bulan
September 1946 oleh persatuan bukan Melayu. Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock.
Pertubuhan ini menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan ingin
menyatukan Tanah melayu dengan Singapura.
Penubuhan Hizbul Muslimin pula
ingin menubuhkan kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka.Ianya diasaskan
oleh Haji Abu Bakar al-Baqir.Perjuangan parti ini kemudian disambung oleh PAS.
Penubuhan MCA pada tahun 1949
oleh Tan Cheng Lock untuk menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah
Melayu.Parti ini juga menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.
Penubuhan IMP oleh Dato Onn Jaafar
pada bulan September 1951 menuntut pilihan raya diadakan pada tahun 1955 dan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961.
Penubuhan PAS pula pada November
1951, ingin menubuhkan sebuah negara Islam dan Islam agama rasmi negara.
Parti Negara pula ditubuhkan oleh
Dato Onn Jaafar pada bulan Februari 1954 ingin mendapatkan kemerdekaan Tanah
melayu dalam tempoh 5 tahun serta memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
(ii)
Parti politik di Sarawak
PKMS ditubuhkan oleh Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan di kalangan
semua kaum.
SUPP pula ditubuhkan oleh Ong Kee
Hui dan Stephen Yong untuk menyatukan kaum-kaum di Sarawak serta melahirkan
perasaan taat setia juga untuk mendapatkan kemerdekaan Sarawak.
SNAP pula ditubuhkan oleh Stephen
Kalong Ningkan untuk mendapatkan kemerdekaan Sarawak.
BERJASA pula ditubuhkan untuk
membantu orang Dayak mencapai perpaduan serta meningkatkan taraf hidup rakyat
di Sarawak
PESAKA pula ditubuhkan oleh
Temenggung Jugah Anak Barieng bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan orang
Dayak di Sarawak.
PANAS pula ditubuhkan oleh Datu
Bandar Abang Haji Mustapha untuk melindungi kaum bumiputera.
(ii)
Parti politik di Sabah
UNKO yang diasaskan oleh Donald
Stephens untuk menyatukan hubungan antara Kadazan Dusun.
USNO pula ditubuhkan oleh Tun
Datu Mustapha pada Disember 1961 untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi.Juga menukarkan nama
Borneo Utara kepada Sabah
Parti Pasok Momugun ditubuhkan
pada 1962 oleh G.S Sundang bertujuan untuk melindungi hak kaum bumiputera di
pedalaman
Sabah Chinese Association (SCA)
pula yang diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin untuk memelihara kepentingan
masyarakat Cina di Sabah.
ASPEK 7
Pengagihan
Kuasa Antara Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri
Persekutuan ialah penyatuan
beberapa buah negeri..Persekutuan mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta
beberapa buah Kerajaan Negeri. Kerajaan-kerajaan tersebut menjalankan tugas
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan ialah
kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negara sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.Badan Pelaksana bagi Kerajaan
Persekutuan terletak pada Yang DiPertuan Agong(YDPA). Jemaah Menteri
menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA. Jemaah Menteri diketuai
oleh Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri ialah kerajaan
yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negeri mengikut Perlembagaan Negeri.
Badan Pelaksana Negeri terletak pada Sultan atau Yang DiPertua Negeri. Majlis
Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang DiPertua
Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua
Menteri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutun
mengikut Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia ialah hal ehwal luar
negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kerakyatan negara, kewangan,
pelajaran dan kesihatan.
Bidang kuasa Kerajaan Negeri pula
mengikut Senarai Negeri dalam Perlembagaan Malaysia ialah undang-undang Islam,
tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, kerajaan negeri, hari cuti
negeri dan undang-undang negeri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama dalam Perlembagaan Malaysia ialah
kebajikan sosial, biasiswa, taman negara, perancangan bandar dan wilayah,
penjagaan haiwan, kesihatan dan kebersihan awam.
Pembahagian kuasa bertujuan
memelihara hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat
ini dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan membantu mengurangkan perbalahan
antara etnik.
SOALAN-SOALAN
KBKK
Soalan 5
Opsyen
(a)
Mengapakah
Malaysia memilih sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
-Warisan
dari sistem pemerintahan British
-Pengamalan
negara-negara Komanwel
-Memberi
peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam pentadbiran
-Ada
perwakilan dari rakyat dalam pemerintahan
-Untuk
pentadbiran yang licin, cekap , telus dan adil
-Memberi
kebebasan kepada rakyat untuk memilih
pemimpin
-Untuk
mewujudkan pembahagian kuasa badan-badan pentadbiran
-Untuk
mengelak pembolotan kuasa
-Tidak
mahu pengamalan konsep kuasa mutlak yang bertentangan dengan Islam
-Prinsip
demokrasi yang memberi penekanan dari rakyat , oleh rakyat untuk rakyat
-Supaya
negara dapat mengamalkan ekonomi laissez-faire
/ ekonomi bebas
-Dapat
wujudkan kestabilan politik
-Supaya
dapat melahirkan pemimpin yang terbaik dan berwibawa
-Amalan
demokrasi terbukti kebaikannya dalam banyak negara di dunia
Opsyen (b)
Keistimewaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita
-Kebebasan
kepada rakyat untuk bersuara
-Mengutamakan
hak asasi manusia
-Memberikan
kebebasan beragama
-Melindungi
hak dan kepentingan masyarakat minoriti
-Menjamin
keadilan politik
-Rakyat
ada mandat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya
-Rakyat
ada kebebasan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka sukai
-Pemimpin
akan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat
-Kekayaan
negara dapat dikongsi bersama
-Tiada
berlaku penindasan kepada rakyat jelata
-Pengasingan
kuasa dapat diamalkan
-Dapat
mengelakkan monopoli kuasa oleh satu-satu pihak
-Wujud
perlembagaan yang menjadi panduan kepada pemerintahan negara
Opsyen (c)
Peranan warganegara dalam
menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
-Taat
dan setia kepada raja dan negara
-Rakyat
perlu menghayati Rukun Negara
-Rakyat
perlu menyokong dasar-dasar kerajaan
-Setiap
rakyat perlu memahami kandungan perlembagaan negara
-Semua
perlu menghormati sistem perundangan negara
-Rakyat
mengambil bahagian dalam pilihan raya
-Daftar
sebagai pengundi dan mengundi pada hari
pilihan raya
-Rakyat
perlu menganggotai parti-parti politik
-Semua
warganegara Malaysia jangan menyalahguna kebebasan bersuara
-Sebarang
kritikan perlu melalui saluran yang
betul
-Penukaran
kerajaan dengan cara yang betul iaitu melalui pilihan raya
-Menyokong
dan mengritik secara membina terhadap jentera pentadbiran
-Rakyat
menjadi penentu hala tuju kepada proses
pentadbiran kerajaan
-Rakyat
menjadi telinga dan mata dalam mewajarkan sesuatu dasar kerajaan
Opsyen
(d)
Usaha untuk mantapkan lagi pengamalan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita
-Perlu
menghapuskan amalan rasuah dalam politik
-Perlu
mengelak penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu seperti pemimpin dan
agensi penguat Skuasa
-Penerapan
nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
-Perkenalkan
budaya kerja cemerlang dan kod etika kerja
-Mantapkan
lagi Pelan Integriti Nasional (PNI)
-Mantapkan
lagi Piagam Pelanggan setiap bahagian jentera pentadbiran
-Pengenalan
sistem ISO 9009
-Mantapkan
lagi Akta Hasutan supaya keamanan sentiasa dijaga
-Mantapkan
lagi Biro Pengaduan Awam dan perluaskan lagi fungsinya
-Meminda
perlembagaan negara dari masa kesemasa untuk kepentingan rakyat dan negara
-Pemansuhan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
-Memantapkan
lagi sistem kehakiman negara dengan perkenalkan Kod Etika Kehakiman
-Memantapkan
lagi struktur dan organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
-Pengenalan
‘Blue Ocean Strategy’ dalam
perkhidmatan awam negara
-Perbahasan
di Parlimen disiarkan secara langsung kepada rakyat untuk membolehkan rakyat
mengetahui
perkembangan lebih terdekat
-Menghidupkan
semula penglibatan rakyat dalam jawatan kuasa diperingkat Pihak Berkuasa
Tempatan
Soalan 6
Opsyen
(a)
Malaysia berjaya mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sejak merdeka sehingga hari ini.
Buktikan pernyataan di atas.
-Kerajaan
memerintah negara berdasarkan perlembagaan Malaysia
-Berjaya
mengamalkan doktrin pengasingan kuasa pemerintahan
-Pemerintahan
sistem raja berperlembagaan masih dikekalkan sehingga hari ini
-Pilihan
raya dijalankan setiap 5 tahun tanpa gagal secara bersih dan telus
-Hak
setiap kaum berjaya dilindungi mengikut perlembagaan Malaysia
-Badan
pelaksana tidak mencampuri urusan badan kehakiman
-Perlantikan
anggota badan kehakiman di bawah bidang kuasa Yang DiPertuan Agong (YDPA)
-Penubuhan
Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja yang bertanggungjawab terus kepada YDPA
-Keanggotaan
Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh YDPA
-Undang-undang
yang digubal oleh Parlimen tidak bertentangan dengan perlembagaan Malaysia
-Mengamalkan
pilihan raya yang bebas dari pengaruh mana-mana pihak
-Pengamalan
kebebasan bersuara , beragama, memiliki
harta dan berpersatuan
-Kebebasan
menubuhkan mana-mana parti politik
-Kebebasan
menubuhkan badan-badan bukan kerajaan
(NGO)
-Berjaya
memperkasakan fungsi Parlimen sebagai institusi yang penting dalam demokrasi
berparlimen
-Perbahasan
di Parlimen dapat dijalankan secara telus
dan matang
-Sebarang
dasar-dasar kerajaan diperbahaskan secara mendalam di Parlimen sebelum
dilaksanakan
Opsyen (b)
Sumbangan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen kepada negara kita
ATAU
Kepentingan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen kepada negara kita
ATAU
Kejayaan pelaksanaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen kepada negara kita
ATAU
Manfaat pelaksanaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen kepada negara kita
-Pembahagian
kuasa yang seimbang antara badan-badan pentadbiran
-Berjaya
mewujudkan politik yang stabil
-Rakyat
dapat hidup secara aman
-Pentadbiran
yang cekap , licin dan sistematik
-Dapat
menjana politik yang matang
-Dapat
memilih pemimpin yang berwibawa melalui pilihan raya
-Dapat
mengelak pemimpin yang berkuasa mutlak
-Menggalakkan
pembangunan ekonomi yang pesat seperti
pertanian, perindustrian dan perkhidmatan
-Menggalakkan
sektor pelancongan
-Menarik
pelaburan asing dari pelbagai negara
-Menggalakkan
pasaran bebas
-Rakyat
dapat meningkatkan taraf hidup secara
bebas
-Dapat
menggalakkan perpaduan kaum
-Kebebasan
untuk mengamalkan kepercayaan dan agama masing-masing
-Dapat
menjamin penggunaan bahasa masing-masing
-Dapat
melindungi hak istimewa peribumi dan bumiputera di Sarawak dan Sabah
-Rakyat
mengecapi kebebasan dan hak asasi
-Negara
dihormati dan sanjung tinggi di mata dunia
-Berjaya
mengekalkan kedaulatan negara sehingga hari ini
-Perkongsian
kuasa politik antara pelbagai kaum
-Pengamalan
politik inklusif (Keterangkuman)
-Pembelaan
ekonomi kepada semua lapisan masyarakat
tanpa mengira kaum
-Rakyat
bebas menyuarakan pandangan melalui saluran yang betul
-Berjaya
mengamalkan budaya bermuafakat dan tolak
ansur
-Membentuk
budaya yang matang dalam pemikiran dan tindak tanduk
Soalan 7
Cabaran yang dihadapi dalam
pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita dan
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
Cabaran
-Rakyat
tidak peka dengan kandungan perlembagaan Malaysia
-Tidak
menghormati kandungan perlembagaan Malaysia
-Mempersoalkan
hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah
-Membangkitan
isu-isu perkauman
-Ada
usaha membawa keluar Sarawak dan Sabah daripada Persekutuan Malaysia
-Tidak
menghormati institusi Raja-Raja Melayu
-Memperlekehkan
kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu melalui media sosial
-Tidak
taat dan setia kepada Raja-Raja Melayu
-Tidak
dapat mewujudkan pilihan raya yang bersih
-Amalan
politik wang yang berleluasa dalam pilihan raya / Gejala rasuah politik
-Isu-isu
perkauman sering dibangkitan dalam kempen pilihan raya sebagai modal untuk
meraih undi
-Pembentukan
parti-parti politik yang ekstrim
-Kemunculan
parti-parti politk yang gagal mematuhi syarat-syarat pendaftar pertubuhan(ROS)
-Matlamat
sebenar perjuangan parti adalah bertentangan dengan prinsip dan amalan
demokrasi
-Penyalahgunaan
hak dan kebebasan bersuara
-Menyalahgunakan
kebebasan melalui cara yang tidak betul : contohnya rasa tidak puas hati
terhadap
sesuatu isu ditunjukkan melalui demonstrasi
jalanan
Langkah Mengatasi
-Kempen
kesedaran memahami kandungan perlembagaan seperti ‘My Constitution’
-Menguatkuasakan
Akta Hasutan secara tegas tanpa mengira kedudukan seseorang itu
-Mengadakan
program mendekatkan institusi Raja dengan rakyat
-Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu mengambil tindakan tegas dalam membendung
amalan penyalahgunaan media sosial
-Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) perlu
menguatkuasakan undang-undang secara tegas
dalam membanteras gejala politk wang dalam
pilihan raya
-Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak sebagai sebuah badan yang berwibawa
-Memberikan
kursus kesedaran kepada pemimpin parti-parti politik
-Setiap
rakyat Malaysia perlu menghayati Rukun Negara dalam amalan kehidupan seharian.
-Setiap
perhimpunan dibenarkan dengan syarat mengikut ketetapan di bawah Akta
Perhimpunan
Soalan 8
Nilai-nilai
murni dan iktibar dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen
Antara nilai murni dan iktibarnya
ialah, rakyat perlu memelihara amalan kehidupan bersatu dan bermuafakat.
Seterusnya rakyat perlu mentaati undang-undang negara. Rakyat pelbagai kaum
perlu sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur .
Seterusnya kita perlu menghormati
hak asasi dan kebebasan setiap individu tanpa mengira agama dan bangsa.
Hubungan pemimpin dan rakyat perlu mesra.
Kita juga perlu menghayati
kandungan perlembagaan Malaysia. Jangan meungungit isu-isu sensitif yang
telahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Juga perlu menghormati pemimpin
negara yang telah dipilih melalui proses pilihan raya.
Setiap warganegara perlu
menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Rakyat perlu menyokong segala dasar-dasar
kerajaan
Soalan 9
Kesimpulan keseluruhan isi yang
dibincangkan:
(a)
Pengetahuan
yang diperoleh
(b)
Iktibar
kepada diri,bangsa dan negara
(c)
Harapan
menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang
Pengetahuan yang saya peroleh
ialah, negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.Saya juga dapat
mengetahui ciri-ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di
negara kita.Saya juga dapat melihat sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
merupakan sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat membuat
keputusan dalam pemilihan pemimpin melalui pilihan raya.
Iktibar kepada diri saya
ialah saya perlu mematuhi undang-undang negara yang berlandaskan Perlembagaan
Malaysia serta sentiasa taat dan setia kepada Raja dan Negara kita.
Iktibar kepada bangsa ialah kita
perlu hidup bersatu padu, tolak ansur dan sentiasa bermuafakat untuk
mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Iktibar kepada negara pula,
negara perlu mempunyai pemimpin yang bijak , adil dan berwibawa supaya sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Harapan saya ialah negara
kita akan terus kekal sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang boleh
dicontohi oleh negara-negara lain di persada dunia.Seterusnya kestabilan
politik dan kemakmuran ekonomi terus terjamin pada masa-masa akan datang
SOALAN-SOALAN TAMBAHAN KBKK
TAJUK : RAJA BERPERLEMBAGAAN
1. Mengapakah institusi beraja
perlu dikekalkan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita
-Raja
merupakan ketua negara
-Raja
merupakan ketua agama Islam
-Raja
merupakan simbol perpaduan rakyat Malaysia
-Raja
merupakan lambang kedaulatan negara kita
-Raja
merupakan lambang warisan bangsa Melayu
-Raja
/ YDPA melindungi keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah
-Sistem
ini merupakan keunikan pemerintahan negara kita
-Merupakan
warisan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
-Raja
terkecuali dari bidang politik
-Raja menjadi faktor penstabil apabila timbul
masalah-masalah politik
-Institusi
Raja berupaya memantau badan pemerintah
-Raja
ada kuasa mengisytiharkan darurat ketika keselamatan negara terancam
TAJUK : PENGASINGAN KUASA
2. Kepentingan pengasingan kuasa
dalam jentera pentadbiran negara
-Dapat
mengelakkan pembolotan kuasa
-Tidak
berlaku kuasa mutlak seperti zaman dulu
-Dapat
mengelak salah guna kuasa
-Supaya
badan kehakiman sentiasa bebas dan adil
-Dapat
mewujudkan keadilan dalam pentadbiran
-Dapat
mengelakkan berlakunya penindasan terhadap rakyat
-Supaya
kebajikan rakyat sentiasa dijamin dan dipelihara
-Dapat
mengekalkan peranan mengimbangi ‘Chek and
balance’
-Dapat mewujudkan kecekapan dalam
system pentadbiran negara
-Dapat
wujudkan pentadbiran yang sistematik
-Dapat
menjamin kestabilan politik
-Pembangunan
negara yang pantas
TAJUK : PILIHAN RAYA
3.Bukti ketelusan dan keadilan
pilihan raya di Malaysia
-Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) merupakan sebuah badan yang bebas
-Keanggotaan
SPR dilantik oleh YDPA
-Daftar
Pemilih boleh disemak oleh pihak-pihak tertentu
-Bebas
berkempen sebelum sesuatu pilihan raya
-Parti-parti
politik boleh mengemukakan manifesto masing-masing
-Wujudkan
Badan Pemantau Pilihan Raya
-Pengiraan
undi dilakukan dengan terbuka dan telus
-Calon
dibenarkan membuat petisyen pilihan raya
-Dibenarkan
lambang-lambang parti politik yang menggunakan simbol-simbol tertentu
-Diwujudkan
Mahkamah Pilihan Raya
-Pengiraan
semula kertas undi apabila ada bantahan dari calon yang bertanding
-Penggunaan
dakwat kekal dalam pengundian
No comments:
Post a Comment