BAB 2 -
NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Sebab-sebab penentangan penduduk tempatan
terhadap British
1. Dasar Penaklukan British
● Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di
Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
● Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politiknya.
● Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda,
Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.
● Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang
dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
● Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri
Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah.
3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap
masyarakat
tempatan.
● British telah memperkenalkan sistem cukai,
undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang
maksimum.
● Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan
amalan tradisi masyarakat tempatan.
4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan.
●British memaksa mereka menerima nilai-nilai British
yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
● Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat
resam masyarakat Melayu.
5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh.
● Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh
pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.
6. Kesulitan Penduduk Tempatan.
● Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak
buah mereka.
● Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang
British yg menyulitkan kehidupan mereka.
Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme di
Tanah Melayu.
1. Pengenalan Sistem Politik Barat
● British telah meletakkan seorang Residen yang
mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
● Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka
digantikan oleh pegawai British.
● Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi
mereka serta menjatuhkan maruah mereka.
2. Perkembangan Sistem Pendidikan.
● Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir
tentang kemajuan bangsanya.
● Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran
mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
3. Dasar British.
● British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk
melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
● Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran
di Tanah Melayu.
● Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk
tempatan.
● British juga membuka bandar baru sebagai pusat
pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan
serba kekurangan.
● Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara
orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar.
4. Pendudukan Jepun
● Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara
Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di
kalangan negara tersebut.
● Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya
dan berjanji akan memerdekakan mereka.
● Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran
Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa
Barat atau Timur.
5. Penguasaan Parti Komunis Malaya
● PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah
dengan kejam.
● Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang
dianggap sebagai penyokong Jepun.
● Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar
oleh anggota PKM.
6. Kemunculan Mesin Cetak
● Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
dan mendorong penentangan terhadap British.
● Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain
idea menentang penjajah dapat disebarkan.
7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
● Gerakan Pan-Islamisme – Gerakan intelektual Islam
seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam
untuk menentang penjajahan.
● Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam di seluruh
dunia.
● Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di
Universiti al-Azhar, Mesir.
● Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa
Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di
samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
● Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat
yang sama.
8. Kesedaran politik Serantau
● Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi
geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
● Hasil karya
penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat
di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.
● Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap
penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.
GERAKAN ISLAH
■ Gerakan Islah – Gerakan yang berusaha mendorong
masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
■ Tokoh pendorong gerakan ini – Sheikh Tahir Jalaludin,
Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
■ Golongan ini dikenali sbg Kaum Muda.
■ Akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Idaran
Zaman dan Pengasuh menjadi medium untuk menyalurkan maklumat gerakan ini.
MATLAMAT PERJUANGAN GERAKAN ISLAH.
■ Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut
kemajuan dunia.
■ Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik
dan sosial orang Melayu.
■ Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran
orang Islam.
■ Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak
berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.
PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH
■ Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri
daripada golongan alim ulama.
■ Gerakan Islah oleh kaum Muda bergerak dengan baik di
Negeri-Negeri Selat sahaja.
■ Di negeri-negeri Melayu terdapat Undang-Undang yang
menghalang pengaruh Kaum Muda.
■ Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan
dakwah tanpa kebenaran Sultan.
■ Undang-undang juga tidak membenarkan risalah dan buku
Kaum Muda di bawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu.
■ Gerakan kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah
madrasah.
■ Di Madrasah diajar Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab
dan Bahasa Inggeris.
■ Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk
mendapat pendidikan.
AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL : PENGERAK KESEDARAN
KEBANGSAAN.
1. Nama-nama Akhbar
● Warta Malaya
● Lembaga Malaya
● Majlis
● Utusan Melayu
● Warta Negara
● Fajar Sarawak
2. Persoalan tentang Sosial/Pendidikan, ekonomi dan
Politik yang di bangkitkan.
SOSIAL/PENDIDIKAN
● Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
● Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
● Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif
seperti memilih kerja.
● Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk
pendidikan anak-anak.
● Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
seperti pertukangan dan kerja tangan.
● Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan
orang Melayu.
● Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan
memberikannya nilai ekonomi.
● Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
pentadbiran British.
● Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan
pendidikan Islam.
● Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.
EKONOMI
● Menggalakkan syarikat kerjasama.
● Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana
mengancam ekonomi tempatan.
● Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang melayu.
● Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka.
● Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.
● Meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di
Kuala Lumpur.
POLITIK
● Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja
Melayu.
● Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana
tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya.
● Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.
● Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S)
utk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
● Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan
kebangsaan.
● Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik
tempatan.
3. Nama-Nama Majalah
Majalah
|
Pengarang
|
● Majalah Guru
|
Muhammad Dato’ Muda
Linggi.
Yusuf Ahmad
Mohd. Sidin Rashid
|
● Pengasuh
|
Dato’ Nik Mohamad
|
● Bulan Melayu
|
Zainon Sulaiman
|
4. Persoalan yang dibangkitkan.
● MAJALAH GURU
● Pendidikan anak-anak Melayu.
● Perpaduan di kalangan org Melayu.
● Semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
● Membaiki taraf hidup orang Melayu.
● Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
● Perpaduan dikalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
● PENGASUH
● Membincangkan soal pentafsiran Islam yg progresif bagi
kemajuan ummah.
● Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
● Memperluas ilmu dalam semua bidang.
● Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.
● Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sikap
buruk.
● BULAN MELAYU
● Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan
Melayu Johor.
● Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.
● Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai
Islam dan budaya Timur.
● Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan
bangsa.
5. Nama-Nama Novel
Novel
|
Pengarang
|
● Keris Melaka
|
Ahmad Bakhtiar
|
● Anak Mat Lela Gila
|
Ishak Haji Muhammad
|
● Putera Gunung Tahan
|
Ishak haji Muhammad
|
● Melor Kuala Lumpur
|
Harun Aminurrashid
|
6. Persoalan yang dibangkitkan.
● Keris Melaka
● Semangat perjuangan menentang penjajah Barat spt
Portugis.
● Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu
Melaka spt Hang Tuah.
● Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman
untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda.
● Anak Mat Lela Gila
● Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
● Menghargai warisan bangsa sendiri.
● Mencintai tanah air.
● Menolak kesenangan demi maruah bangsa.
● Putera Gunung Tahan
● Semangar wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah
bangsa.
● Mencintai tanah air.
● Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
● Seorang gadis tempatan yg menolak cinta pegawai
penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa.
● Melor Kuala Lumpur
● Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala
tuju kehidupannya.
● Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk
kebaikan dirinya.
● Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang
kemajuan bangsa.
1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
■ Pengasas – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali
dan Embok Suloh.
■ Didokong oleh golongan berpendidikan Inggeris.
■ Tujuan – menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk
Melayu Singapura.
■ Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam
pentadbiran British.
■ Kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan
penenpatan khas bagi org Melayu di Singapura.
■ Keberkesanan perjuangan KMS mendorong penubuhan
cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yg lain.
2. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
■ Dpimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang spt. S.M
Zainal Abidin B.A.
■ Tujuan – menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan
bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
■ Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan
orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
3. Persatuan Negeri
■ Ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti
di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
■ Objektif – mengabungkan tenaga intelektual Melayu bagi
membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan
perkhidmatan kerajaan.
■ Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.
4. Persatuan di Sarawak
■ Persatuan Melayu Miri (1936) dan Persatuan Melayu
Sarawak (1939).
■ Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939). Diketuai oleh
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
■ Tujuan – mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan
pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama
Islam.
5. Persatuan di Sabah
■ Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena di Jesselton
( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
■ Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai
kerajaan dan guru sekolah Melayu.
6. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
■ Ditubuhkan pada 1939.
■ Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan
akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
■ Objektif – menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda
Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
■ Tujuan penubuhan KMM sebenarnya lebih bersifat
politik.
PERKEMBANGAN KMM
■ KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British
dari Tanah Melayu.
■ Menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya
untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
■ Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
■ Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak
menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yg dikenali sebagai
tentera semut untuk menentang British.
■ Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih
kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada 1941 dan mereka di
penjarakan di Changi Singapura.
7. Kongres Melayu 1939 dan 1940.
■ Membincang kemunduran orang Melayu dalam Pendidikan
dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri.
■ Disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar
Melayu.
■ Resolusi kongres – mengambarkan perpaduan Melayu untuk
mengatasi permasalahan sosio ekonomi dan politik mereka yg lemah.
■ Akhirnya org Melayu dapat mengatasi perasaan
kenegerian yg memisahkan mereka selama ini.
GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN
■ Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan.
■ Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.
■ Hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yg
menyokongnya.
Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
■ Mengharamkan penerbitan semua akhbar.
■ Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun. Cth
Malai Shimbun untuk Utusan Melayu.
■ Semua Sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa
pengantar.
■ Nilai budaya Jepun diperkenalkan.
Pertubuhan-Pertubuhan yg Muncul semasa Pendudukan
Jepun Di Tanah Melayu
1. Barisan Pemuda di Perak
■ Ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam
■ Menyatukan pemuda-pemuda Melayu
■ Mereka dilatih sebagai tentera sukarela Jepun.
2. Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
■ Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) utk
menentang Jepun.
■ Disokong oleh British dengan memberi bantuan senjata.
■ Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya
terdiri daripada org Melayu, Cina dan India.
3. Force 136
■ Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yg
bekerjasama dengan British.
■ Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah,
Johor dan Pahang.
4. Pasukan Wataniah Pahang
■ Pasukan sukarela menentang Jepun
■ Terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan org
kampung.
5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
■ Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberi kemerdekaan
kepada Tanah melayu bersama-sama Indonesia.
■ Sesuai dgn matlamat asal KMM utk menubuhkan Melayu
Raya atau Indonesia Raya.
■ KRIS ditubuhkan sebagai badan utk melaksanakan tugas
tersebut. Kongres pemuda KRIS di Kuala Lumpur diadakan bagi membincangkan
kemerdekaan dengan Indonesia.
■ Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos
1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yg mendadak menyebabkan Presiden Soekarno
telah mengisytiharkan kemerdekannya lebih awal pada 15 Ogos 1945.
■ Dengan itu kemerdekaan di bawah Indonesia dalam
gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya telah gagal.
■ British kembali menguasai Tanah Melayu pada September
1945.
Sgt berguna..thanks��
ReplyDeleteTerima kasihh
ReplyDeleteSangat sangat bagus.....terima kasih banyak banyak...keep on doing more notes...it will be really helpful
ReplyDeleteBoleh buat kertas 3 tiru bulat2 x
DeleteBoleh buat kertas 3 tiru bulat2 x
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekyahhhh thank you!!!
ReplyDeleteTerima kasih,nota ni sngat mmbantu saya siapkan nita as keje rumah sayaaaaa
ReplyDelete*nota , sorry
DeleteButoh giler
ReplyDeletewhy tho..
DeleteTerima kasih banyak banyak..nota ni sangat membantu saya siapkan kerja sekolah dengan mudah
ReplyDeleteterima kasih for the notes
ReplyDeleteAq buat lagi cantik . Murah punya blog
ReplyDeleteTQVM... semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteMy nigga u help i mean is u ok with people copying shit from yours,my nigga please send more of this shit
ReplyDeleteLengkap, ringkas dan padat. Sangat membantu saya menyiapkan nota sej
ReplyDeleteok thx
ReplyDeletenice notes
ReplyDelete