Followers

Wednesday 28 October 2015

JAWAPAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

TERIMA KASIH KEPADA JPWPKL

SOALAN 1 ( 5 M )
MAKSUD NASIONALISME
·         Bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa
·         Perasaan tersebut membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dari kuasa penjajah
·         Juga melibatkan pembebasan cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing
·         Juga merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan   
·         Penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19
·         Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20

ATAU

LATAR BELAKANG PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

·         Bermula pada abad ke-19
·         Berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia
·         Merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada
dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar
·         Antara pemimpin penentangan itu ialah Dol Said di Naning , Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato
·         Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan
·         Rentap dan Syarif Masahor di Sarawak
·         Mat Salleh di Sabah

SOALAN 2  ( 15 MARKAH )

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Dasar penaklukan British
·         Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
·         Dengan ini penguatkuasaan politiknya menjadi lebih luas
·         Kawasan taklukan terikat dengan perintah dan peraturannya
·         Naning dipaksa jadikan jajahan takluk British dan membayar ufti. Penghulu Dol said menentang.

Eksploitasi ekonomi tempatan
·         British menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka
·         Hal ini dilakukan dengan membuat perjanjian dengan pemimpin tempatan
·         Menerusi perjanjian ini saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan
dan perdagangan bijih timah

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
·         British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah
·         Contohnya di Terengganu pembukaan tanah perlu ada keizinan British dan dikenakan cukai tanah
·         Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan

Campur tangan British dalam adat resam tempatan
·         Memaksa menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan amalan budaya  tempatan
·         Di Perak J.W.W Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu
·         Iaitu amalan menggunakan orang suruhan

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
·         Terhadap kawasan dan anak buah mereka
·         Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh Sultan atau masyarakat untuk mentadbir kawasan
·         Mereka diberi kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan

Kesulitan penduduk tempatan
·         Pelaksanaan undang-undang British menyulitkan kehidupan anak buah pemimpin tempatan
·         Dengan ini mereka memberi sokongan kepada pemimpin tempatan
·         Hal ini juga kerana kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua mereka
·         Dengan ini mereka memberi kerjasama untuk menentang British.

ATAU

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme sebelum perang dunia kedua

Pengenalan sistem politik Barat
·         Sistem ini telah memusnahkan sistem  politik tradisional  tempatan.
·         Residen  British telah mengambil pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
·         Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
·         Perubahan ini telah mencabar  amalan tradisi meraka dan juga menjatuhkan maruah mereka.
·         Hal ini membangkitkan kebencian penduduk terhadap British
.
Perkembangan  sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu
·         Pendidikan ini melahirkan golongan intelek Melayu  yang mampu berfikir  tentang  kemajuan bangsanya.
·         Mereka memberikan sumbangan tenaga dan fikiran untuk menyedarkan  bangsa Melayu.
·         Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

Dasar British
·         Menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga,bekerja dan menetap di Tanah Melayu 
·         Ini telah meningkatkan  jumlah imigran di Tanah Melayu
·         Menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
·         Mereka telah menguasai bidang perlombongan bijih timah,perladangan getah dan perniagaan.
·         Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
·         British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan.
·         Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik,telefon, sekolah,hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup bandar.

Pendudukan Jepun
·         Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah  telah menekankan kebebasan megara-negara Asia telah menentukan kemajuan masing-masing serta persaudaraan kalangan negara Asia
·         Dengan konsep ini Jepun menggalakkan kerjasama  dan menjanjikan kemerdekaan  negara,.
·         Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan kuasa Barat atau Timur.




Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
·         selama 14 hari pada tahun pada tahun 1945.
·         Pada masa itu PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
·         Mereka membunuh dan dan menangkap sesiapa yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
·         Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu telah dibunuh dan rumah mereka dibakar oleh oleh anggota PKM.
·         Serangan ini dibalas oleh orang Melayu di Perak,Johor,Negeri Sembilan dan Pahang.

Kemunculan msein cetak
·         Juga memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
·         Perkara ini berlaku kerana melalui buku,akhbar,majalah, kitab agama dan lain-lain,idea menentang penjajah dapat disebarkan.

Gerakan Pan-Islamisme sedunia
·         Gerakan ini membangkitkan intelektual Islam seluruh dunia untuk menentang penjajahan Barat keatas negara-negara Islam.
·         Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam seluruh dunia.
·         Gerakan reformis Islam yang didokong oleh Syeikh Muhammad Abduh,pensyarah di Universiti al-Azhar,Mesir telah tersebar luas.
·         Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
·         Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar.

Kesedaran  politik serantau
·         Berlaku di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.
·         Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari geografi dan budaya mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
·         Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan intelektual.
·         Penulisan mereka dan kemasukan orang Indonesia juga banyak mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. 


SOALAN 3
PERISTIWA PENENTANGAN PERJUANGAN PEMIPIN TEMPATAN ( 30 MARKAH )
Tanah Melayu
(i) Penghulu Dol Said di Naning

     Faktor Penentangan
·         Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah mereka.
·         Oleh itu, British menganggap Naning berada di bawah kekuasaan mereka.
·         Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka sebanyak 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning.
·         Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.


     Tindakan Pemimpin
·         Dol Said menolak dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British.
·         Beliau juga menolak tindakan British yang meletakkan Naning di bawah wilayah British dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut oleh British.
·         Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai 150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.
·         Kejayaan Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning mendapat bantuan daripada
            Yamtuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencah.

      
Reaksi British
·         British menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun 1831 tetapi tewas.
·         Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning.
·         British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa.

      Kesan Penentangan
·         Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Februari 1833 dan dibawa ke Melaka.

(ii) Tok Janggut di Kelantan

      Faktor penentangan
·         Penentangan Tok Janggut bermula apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan.
·         Selain itu, pihak British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka

     
Tindakan Pemimpin
·         Tok Janggut membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British.
·         Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilyan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
·         Pada tahun 1915, Tok Jangut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tun Ahmad, Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menentang Pasir Puteh.
·         Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh.
·         Seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh.
·         Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Reaksi British

·         Tindakan Brirish yang telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut menemui kegagalan.
·         Bagi menawan semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menetang Tok Janggut.
·         Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-negeri Selat dengan kapal perang H.M.S. Cadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan.
·         British memulakan serangan mereka pada bulan Mei 1915 di Saring.
·         Serangan British yang tersususn dan penggunaan senjata moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.

Kesan Penentangan
·         Tok Janggut telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh British.
·         Mayat beliau telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan berani menawan menentang Brish.

(iii) Dato Maharaja Lela di Perak

       Faktor penentangan

·         Residen J.W.W Birch memungkiri  fungsinya  sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874.
·         Para pembesar telah menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
·         Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
·         Selain itu, para pembesar juga menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contohnya , larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch juga tidak menghormati sistem sosial dan tidak pandai berbahasa Melayu.

     Tindakan Pemimpin

·         Dato Mahara Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British pada 21 Julai 1875.
·         Dato Maharaja Lela, Dato Sagor , Pandak Anduk, Sepuntum telah membunuh J.W.W Birch pada 2 November 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak.

      Reaksi British

·         Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak.
·         Menguasai seluruh Perak

     Kesan Penentangan

·         Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama.
·         Pada 20 November 1877 Dato Maharaja Lela , Dato Sagor, Pandak Lam, Sepuntum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung.
·         Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim, syahbandar dan laksamana teklah dibuang negeri ke Pulau Seychelles.


(iv) Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

       Faktor penentangan

·         Haji Abdul Rahman menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan kepada orang tempatan.

      
Tindakan Pemimpin

·         Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.
·         Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III.
·         Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan.
·         Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan  bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang.
·         Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.
·         Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.

      
Reaksi British

·         Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.
·         Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.
·         Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh sebelas orang.

      
Kesan Penentangan

·         Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.
·         Beliau berjaya ditahan dan telah dibuang negeri ke Makkah.


(v) Dato Bahaman di Pahang

      Faktor Penentangan

·         Dato Bahaman menentang pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar.
·         Undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

     
Tindakan Pemimpin

·         Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.
·         Dato’ Bahaman menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua , kawasan pengaruhnya pada tahun 1890.
·         Pada tahun 1891, Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya.
·         Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua pada tahun 1892.
·         Dato’ Bahaman menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

     
  Kesan Penentangan

·         Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.
·         Dato ‘ Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar tempatan Terengganu dan Kelantan.
·         Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
·         Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn seterusnya beliau menetap di Chiengmai dan diberikan wang saraan 1000 Baht

(vi) Yamtuan Antah di Negeri Sembilan

       Faktor Penentangan

·         Penentangan telah dilakukan oleh Yamtuan Antah Seri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong , iaitu Abdullah Tunggal.
·         Mereka menentang kemasukan British ke Sungai Ujong.
·         Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian British pada 21 April 1874

    
  Tindakan Pemimpin

·         Dato’ Syahbandar Sungai Ujong menentang Dato’ Kelana, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka.
·         Kedua-dua pemimpin ini berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-negeri Selat.

    
  Reaksi British

·         Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong.

     
Kesan Penentangan

·         Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke Selangor.
·         Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.
·         Beliau bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.
·         Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai  Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.

 Sarawak

(i) Rentap

     Faktor Penentangan

·         James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
·         Rentap dianggap sebagai lanun
·         Kezaliman James Brooke

      Tindakan pemimpin

·         Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
·         Berjaya mengusir James Brooke

      Reaksi British

·         Tentera James Brooke membakar kampung Rentap
·         James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok

     Kesan Penentangan

·         Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok
·         Selepas tewas di Bukit Sadok terpaksa berundur ke ulu Entabai
·         Serangannya menjadi semakin lemah

(ii) Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur

       Faktor penentangan
·         Menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka iaitu Sungai Rajang
·         Kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan

      Tindakan Pemimpin
·         Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke di Kanowit
·         Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang James Brooke di Kuching tetapi gagal

      Reaksi British
·         James Brooke membina kubu di Kanowit
·         Menewaskan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur di Kuching

     Kesan Penentangan
·         Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura
·         Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan
             diserahkan kepada James Brooke

(iii) Linggir

       Faktor Penentangan
·         James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran di Sungai Saribas

      Tindakan
·         Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar

      Reaksi British
·         Menewaskan Linggir

 Sabah

(i) Mat Salleh

       Faktor Penentangan
·         Syarikat Berpiagam Borneo Utara( SBUB) tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
·         SBUB juga mengenakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
·         Pegawai-pegawai SBUB juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

     
Tindakan Pemimpin
·         Mat Salleh  telah ke Sandakan  berbincang SBUB pada tahun 1895 tetapi tidak dilayan.
·         Sebaliknya gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya.
·         Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun1897
·         Mat Salleh dan para pengikutnya melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

      
Reaksi SBUB
·         SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh
·         Iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
·         Namun SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali menyerang kubu SBUB.
·         Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh

     
Kesan Penentangan
    
·         Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.



 SOALAN 4 ( 10 MARKAH )

1.SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TIDAK MENCAPAI KEJAYAAN

Tidak bersatu padu
-berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin dan pengikut
-penentangan tidak berkesan
-penentangan tidak menyeluruh

Penentangan bersifat setempat
-Tidak berlaku di seluruh negeri
-Contohnya penentangan di Perak hanya berlaku di Pasir Salak sahaja

Tidak mempunyai organisasi tersusun
-Tiada pertubuhan yang menyatukan pemimpin dan masyarakat
-Matlamat perjuangan yang tidak jelas

Strategi penentangan lemah
-Tiada kubu pertahanan
-Tiada perancangan rapi
-Gagal dapatkan bantuan Sultan dan pembesar
-Tiada ilmu peperangan dan penggunaan senjata
-Strategi British lebih berkesan

Kurang senjata moden
-Hanya gunakan senjata tradisional seperti keris, tombak, pedang
-British pula senjata moden seperti meriam dan kapal perang spt HMS Cadmus di Kelantan

Mudah terpedaya tipu muslihat
-terpengaruh dengan janji-janji manis
-terpengaruh dengan pampasan wang dan tawaran hadiah

ATAU

2.KEJAYAAN AWAL PEMIMPIN TEMPATAN

Penghulu Dol Said
-Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pada tahun 1931 di bawah Kapten Wyllie

Dato Maharaja Lela
-Membina kubu di Pasir Salak
-Berjaya membunuh orang suruhan British Mat Arshad
-Berjaya membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak

Tok Janggut
-Berjaya menawan daerah Pasir Putih
-Membentuk sebuah kerajaan di Pasir Putih
-Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
-Engku Besar Jeram Tuan Ahmad sebagai raja

Haji Abdul Rahman Limbong
-Bersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan British
-Melakukan penentangan bersenjata
-Berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang

Dato’ Bahaman
-Menyerang dan menawan semula Lubuk Trua
-Berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

Rentap
-Berjaya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
-Berjaya mengusir

Mat Salleh
-Menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya
-SBUB menawarkan pelan damai untuk menyerahkan Tambunan

ATAU
3. CARA PEMIMPIN TEMPATAN BERJUANG MENENTANG BRITISH

Dapatkan Bantuan
-daripada pembesar lain
-Contoh Dol said mendapatkan bantuan tentera daripada Yamtuan Ali dari Rembau

Menguasai daerah di pedalaman
-Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong Berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang
-Selain itu Tok Janggut pula Berjaya menduduki Pasir Puteh

Menyerang British
-Linggir menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar
-Selain itu Rentap pula menyerang pasukan James Brooke di Nanga Skrang

Mengadakan rundingan dengan British
-Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1893

Menolak pelaksanaan undang-undang British
-Haji Abdul Rahman Limbong tidak menghiraukan peraturan tanah British di Terengganu
-Dato Bahaman menolak undang-undang British di Pahang

Merancang strategi untuk menentang British
-Dato Maharaja Lela bersama pembesar bermesyurat di Durian Sebatang untuk menolah undang-undang
 British
-Seterusnya bermesyuarat di Belanja untuk membunuh Birch

Menarik sokongan rakyat tempatan untuk menentang British
-contohnya Haji Abdul Rahman Limbong membawa 300 orang untuk membuka tanah Tengku Nik Maimunah di Kuala Telemong

ATAU

4.TINDAKAN BALAS BRITISH TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN

Membakar kampung
-Contoh tindakan James Brooke terhadap Rentap

Membunuh  pemimpin
-SBUB membunuh Mat Salleh di Sabah
-Tok Janggut dibunuh dan mengantungkan mayatnya kepala ke bawah dan kakinya ke atas

Membuang negeri
-Contohnya di Perak Sultan Abdullah di buang ke Pulau Sychelles
-Haji Abdul Rahman Limbong dbuang ke Makkah

Campur tangan dalam adat resam tempatan
-Contoh J.W.W Birch cuba mengapuskan amalan orang suruhan di Perak

Tidak mengiktiraf kedudukan pemimpin tempatan
-Contohnya kedudukan Mat Salleh sebagai pemimpin di Tambunan
-Rentap di Sarawak dianggap sebagai lanun

5.TINDAKAN KEKERASAN TERSEBUT ADALAH TIDAK WAJAR. MENGAPA?

Menentang untuk mempertahankan kedudukan
-Naning dijadikan jajahan takluk dan diletakkan di bawah Melaka
-Paksa hantar 1/10 hasilnya sebagai ufti

Mempertahankan hak mereka
-sebagai pemimpin tempatan yang di beri kuasa oleh Sultan
-seperti kuasa perundangan, pungut cukai.

Pembelaan kezaliman terhadap penduduk tempatan
-Tok Janggut membela cukai yang membebankan rakyat
-Haji Abdul Rahman Limbong menentang peraturan tanah yang tidak adil

Mempertahankan maruah bangsa
-Contohnya orang Iban dianggap sebagai lanun

Untuk mempertahankan adat resam
-Seperti amalan orang suruhan di Perak

ATAU

6.PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN WAJAR DICONTHI. MENGAPA?

Memiliki semangat patriotik
-dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh kuasa luar
-Memiliki semangat nasionalisme yang tinggi

Sanggup berkorban nyawa
-untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara

Memiliki sifat keberanian
-Mencabar kuasa British
-Berani mempertahankan hak
-Berani berjuang menegakkan keadilan

Gigih berusaha memperjuangkan matlamat
-membela nasib bangsa yang dizalimi oleh penjajah

Memiliki jati diri yang kuat
-Kepentingan negara diutamakan
-Tidak  tunduk kepada kehendak kuasa asing
-Tidak menggadaikan negara dalam apa jua keadaan

 ATAU

7.KESAN SEKIRANYA TIDAK BERLAKU KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN

Kesan Politik
-negara kita akan kekal dijajah oleh British
-institusi kesultanan boneka British selama-lamanya
-kedudukan dan kuasa politik British semakin kukuh
-negeri-negeri Melayu terus terikat dengan perintah dan peraturan British
-pentadbiran Barat menyebabkan pembesar Melayu kehilangan kuasa memungut cukai
-berlakunya ketidakstabilan politik dan tergugatnya keamanan negara akibat penentangan berterusan
-campur tangan kuasa asing menyebabkan maruah bangsa dan negara tergadai

Kesan ekonomi
-British terus mengeksploitasi ekonomi tempatan
-hak memungut cukai dimonopoli oleh British
-kehidupan masyarakat tempatan menderita dan terus ditindas akibat pengenalan cukai-cukai baru
-tersekatnya ekonomi penduduk tempatan kerana undang-undang British seperti peraturan tanah di      
 Terengganu
-orang Melayu terus kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional dan terus mundur

Kesan Sosial
-campur tangan British dalam adat resam orang Melayu seperti J.W.W Birch di Perak menghapuskan amalan
 orang suruhan
-rakyat tempatan terpaksa menerima nilai-nilai Barat
-warisan bangsa Melayu terhapus seperti nilai-nilai hidup
-penghapusan bangsa seperti orang Iban di Sarawak kerana dianggap sebagai lanun
-keharmonian hidup orang Melayu terancam akibat tekanan British


SOALAN 5 ( 10 MARKAH )

1.CIRI WARGANEGARA YANG MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME

Mematuhi undang-undang negara
-agar dapat mewujudkan masyarakat yang berdisplin
-dapat mengekalkan keamanan dan kaharmonian hidup

Menghormati lambang-lambang negara
-seperti berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negara Ku dan tidak mengubah lirik lagu Kebangsaan
-mengelak memijak dan membakar Bendera Kebangsaan

Menghayati prinsip Rukun Negara
-berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
-menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara
-mencintai perpaduan

Menjaga nama baik negara
-mengelak terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama dan imej  negara
-seperti melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan
-terlibat aktiviti pergerakan keganasan seperti IS

Menyokong dasar-dasar kerajaan
-agar berganding bahu dengan pemimpin dalam membangunkan negara
-sebarang ketidakpuasan tentang dasar-dasar kerajaan disuarakan melalui saluran yang betul


ATAU

2.BUKTI MASYARAKAT MALAYSIA MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME YANG
   TINGGI

Berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum
-semua kaum hidup kerjasama dan secara harmoni
-tiada insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 mei 1969.

Sambutan hari kemerdekaan dengan meriah
-mengibarkan bendera kebangsaan
-menghadiri majlis sambutan hari kemerdekaan

Pengamalan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian
-masyarakat Malaysia berpegang teguh kepada nilai-nilai agama masing-masing
-sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan masih dikekalkan

Mematuhi undang-undang negara
-tidak mencabar undang-undang negara
-sentiasa menghormati Perlembagaan negara
-tidak melibatkan diri dalam aktiviti menggugat keselamatan negara

Menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan
-seperti ICT dan sains dan teknologi
-berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia
-serta kerja keras membangunkan ekonomi negara


ATAU

3.PERANAN ANDA UNTUK MEMPERKASA SEMANGAT NASIONALISME DALAM
  KALANGAN RAKAN

Mengikuti kurikulum yang berkesan
-Mempelajari sejarah dengan bersungguh-sungguh
-Menghayati nilai murni melalui sukatan pelajaran
-Seperti pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegraan

Mengikuti kegiatan kokurikulum
-Menyertai aktiviti melalui kelab dan persatuan seperti Kelab Sejarah
-memupuk semangat perpaduan seperti melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 1 Murid 1 Sukan

Lawatan sambil belajar
-Input dapat diperolehi semasa aktiviti lawatan tempat-tempat bersejarah
-seperti Galeri Sejarah dan Muzium
-Dapat menambahkan ilmu sejarah negara

Melaksanakan dan melibatkan diri dalam program-program berbentuk patriotik
-Dapat membentuk jati diri pelajar
-Contohnya pameran sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
-menyanyikan lagu Negara Ku dengan penuh semangat

Menyertai Program PLKN
-Dapat memupuk semangat nasionalisme
-Dapat memupuk semangat perpaduan dan kekitaan



ATAU

4. LANGKAH / PERANAN UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
-sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada ancaman luar
-seperti tidak memburuk-burukkan nama negara di luar

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
-mampu bersaing di peringkat antara bangsa
-tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan
-menguasai sains dan teknologi dan kemahiran ICT

Memperkasa jati diri
-tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar
-mewajibkan golongan muda menyertai PLKN

Memperkukuhkan sistem pertahanan negara
-bagi mengelakkan campur tangan kuasa asing
-meningkatkan keupayaan perisikan dan ketenteraan sebagai banteng melindungi ancaman pengganas

Mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara luar
-mewujudkan persefahaman di peringkat antara bangsa
-mematuhi resolusi-resolusi PBB bagi menjamin keamanan dunia

Memperkukuhkan perpaduan kaum
-melalui amalan saling menghormati antara kaum
-sentiasa bekerjasama dan tolak ansur
-tidak menyentuh perkara-perkara sensitif kaum lain seperti agama, kerakyatan, bahasa dan budaya

ATAU

5. PERANAN PEMIMPIN HARI INI DALAM MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Mempamirkan kepimpinan yang berkualiti
-seperti memiliki sifat keadilan, amanah dan jujur dalam menjalankan pentadbiran negara
-perlu mengelak rasuah dan diskriminasi dalam pentadbiram
-supaya pemimpin sentiasa dihormati oleh rakyat dan pemimpin negara lain

Kerjasama dengan negara luar
-mengadakan hubungan diplomatik
-menjalinkan hubungan berbaik-baik dengan negara luar
-mempraktikan dasar berkecuali dimana jangan campur tangan dalam hal-hal negara lain
-dengan ini dapat mengelak negara kita dijajah semula

Memperkukuhkan pertahanan negara
-membeli kelengkapan senjata moden
-memberikan latihan ketenteraan yang lebih tersusun
-kerjasama latihan ketenteraan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain

Memajukan ekonomi negara
-dengan merangka dasar ekonomi yang berkesan untuk menjamin kemakmuran negara
-dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
-mengawal kadar inflasi negara dan nilai mata wang di pasaran antarabangsa

Bersikap terbuka
-bersedia menerima teguran dan pandangan dari pelbagai pihak
-sentiasa bersedia membaiki kelemahan dalam pentadbirannya
-perlu berwawasan dan berpandangan jauh dalam memimpin negara kearah kecemerlangan

ATAU
6. MANFAAT DARIPADA KEMERDEKAAN NEGARA

Pengekalan kedaulatan negara
-hak maruah dan bangsa dapat dipelihara daripada terus dijajah
-rakyat mentadbir negara sendiri

Kestabilan politik terjamin
-rakyat hidup dalam keamanan
-tiada rusuhan kaum

Bebas menentukan hala tuju negara
-tidak bergantung penuh kepada kuasa asing
-dapat mengelak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal pentadbiran negara

Pemeliharaan warisan bangsa
-identiti budaya pelbagai kaum terus dapat dikekalkan
-wujud identiti kebudayaan kebangsaan

Melaksanakan dasar-dasar ekonomi
-seperti Dasar Ekonomi Baru yang dapat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
-dapat menikmati kekayaan dan kemakmuran negara
-peningkatan dalam taraf hidup rakyat dan berjaya mengurangkan kemiskinan

ATAU

7.CARA MENZAHIRKAN SEMANGAT NASIONALISME

Mempelajari sejarah bersungguh-sungguh
-dengan ini dapat memahami dan menghayati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara

Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah
-seperti ke Muzium negara dan Kota A Farmosa
-dapat memberi gambaran jelas tentang peristiwa sebenar mengenai sejarah negara

Mengibarkan bendera Jalur Gemiliang
-semasa sambutan bulan kemerdekaan
-dapat menimbulkan rasa cinta terhadap tanh air

Menghayati Rukun Negara
-supaya menjadi warganegara yang patuh dan taat kepada raja dan negara
-supaya tidak mencabar dan mengatasi undang-undang negara
-sentiasa hidup bersatupadu bagi menjamin keamanan negara

Menyertai pertubuhan-pertubuhan sukarela
-seperti RELA dan Rukun Tetangga
-supaya dapat melibatkan diri dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat



SOALAN 6 ( 10 MARKAH )

1.KESAN SEKIRANYA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME

Rakyat tidak bersatu padu
-Keamanan dan keharmonian negara tergugat
-Melahirkan sifat benci-membenci dan mementingkan diri

Menggugat kedaulatan negara
-Mendorong campur tangan kuasa asing
-Mudah terpengaruh dakyah-dakyah kuasa luar

Ketidakstabilan politik
-Pentadbiran kucar-kacir
-Pentadbiran negara menjadi lemah

Kemerosotan ekonomi
-Kemakmuran negara tergugat dan pembangunan negara terbantut
-Kejatuhan nilai mata wang

Masyarakat kehilangan jati diri
-Tidak bersemangat patriotik
-Mudah terpengaruh dengan muslihat kuasa asing

ATAU
2.BUKTI SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR

Mempertikaikan kandungan Perlembagaan Malaysia
-mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu
-mempersoalakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Mempersoalkan kemuliaan dan ketertinggian Raja-raja Melayu
-sebagai ketua negara
-menghina raja-raja Melayu dalam media sosial

Mencemari lambang-lambang negara
-mengubah lirik lagu Negara Ku
-Memijak dan membakar Bendera Kebangsaan
-Ingin menggantikan bendera Jalur Gemilang

Semangat perkauman yang menebal
-mencetuskan isu perkauman melalui media social
-menganjurkan perhimpunan perkauman seperti HINDRAF dan Baju Merah
-peristiwa Plaza Low Yat

Menggugat keamanan dan keharmonian negara
-melibatkan diri dalam pergerakan keganasan seperti IS
-melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan


ATAU
3.KESAN JIKA RAKYAT TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME

Politik tidak stabil
-pentadbiran negara kucar-kacir
-negara tidak aman
-kedaulatan negara tergugat

Rakyat tidak menghormati pemimpin
-imej pemimpin dan negara akan terjejas
-memperlekeh pemimpin negara

Rakyat tidak menyokong dasar-dasar kerajaan
-seperti dasar GST, menstrukturkan semula kadar cukai
-segala dasar kerajaan dipandang perspektif negatif

Kemerosotan ekonomi negara
-pertumbuhan ekonomi terjejas
-pembangunan negara terbantut
-sukar mencapai Wawasan 2020

Rakyat hidup berpecah belah
-mementingkan kaum masing-masing
-membudayakan sikap benci- membenci antara kaum

ATAU

4.KEJAYAAN MALAYSIA HASIL PENGAMALAN SEMANGAT NASIONALISME

Mengharumkan nama negara
-contohnya Dato’ Azhar mansor berjaya mengelilingi dunia
-contohnya Dato’Abdul Malik berjaya menyeberangi Selat Inggeris
-contohnya Dato’Magendran mendaki Gunung Everest

Kejayaan dalam bidang sukan
-Dato’ Nicol David dan Dato Lee Chong Wei muncul sebagai pemain Skuasy dan badminton no 1 di dunia

Penghormatan kepada pemimpin negara peringkat antarabangsa
-Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN, Persidangan NAM. Persidangan OIC

Kestabilan Politik
-Perpaduan antara kaum dapat dikekalkan
-Rakyat berbilang kaum diberi kebebasan untuk memberi pandangan melalui saluran yang betul
-Negara aman dan kebajikan rakyat terpelihara

Imej negara dapat dipertingkatkan
-masyarakat pelbagai kaum dapat hidup bersama secara harmoni
-contohnya budaya kunjung mengunjungi semasa sambutan perayaan

Kemajuan ekonomi
-seperti dalam sector perindustrian, pelancongan dan perkhidmatan
-berlaku peningkatan taraf hidup rakyat
Kejayaan dalam seni bina bangunan
-Pembinaan KLCC dan KL Tower
-Bangunan Putrajaya dan Masjid Putrajaya dan pembinaan Terowong Smart


ATAU

5.BUKTIKAN PEMIMPIN TEMPATAN ADALAH NASIONALIS

Mempertahankan hak dan maruah bangsa
-daripada ditindas dan diceroboh oleh kuasa asing
-menghalang campurtangan dalam adat istiadat tempatan oleh kuasa luar

Membela kebajikan dan kepentingan rakyat jelata
-menentang pengenalan cukai yang membebankan
-menentang peraturan tanah yang tidak adil seperti Haji Abdul Rahman Limbong di terengganu

Tidak berkompromi dengan penjajah
-tidak tunduk dan menggadaikan maruah bangsa
-tidak mementingkan diri atau kelompok tertentu

Memliliki semangat berkorban demi bangsa dan negara
-seperti Tok Janggut di Kelantan sanggup mati
-hal ini menunjukkan tidak mementingkan diri sendiri

ATAU
6.SEMANGAT NASIONALISME MAMPU MEMAJUKAN NEGARA KITA

Kepimpinan yang jujur
-tiada amalan rasuah dan pilih kasih
-pentadbiran yang adil dan telus

Dapat mewujudkan kestabilan politik negara
-maka rakyat dapat hidup secara aman
-tiada rusuhan kaum

Rakyat hidup bersatu padu
-dapat mewujudkan semangat toleransi
-dapat mewujudkan semangat kerja sama dan bantu membantu tanpa mengira kaum

Kemajuan ekonomi negara
-dalam sektor pertanian , perindustrian dan perkhidmatan
-ini dapat meningkatkan sumber pendapatan negara
-dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
-dapat merapatkan jurang pendapatan antara kaum

Kewujudan semangat cinta akan negara
-menggalakkan sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia
-contohnya Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain badminton nombor 1 di dunia
-seseorang itu sanggup berkorban untuk negara dan bangsa



 SOALAN 7 ( 10 MARKAH )

1.CADANGAN UNTUK MENJAYAKAN PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Mempelbagaikan strategi penentangan
-spt penentangan secara terbuka seperti mengadakan domonstrasi dan rapat umum
-penentangan secara gerila dan serangan mengejut
-penentangan secara serentak di semua tempat untuk menyukarkan British mengagihkan tentera

Penggunaan senjata moden
-seperti belajar untuk menghasilkan senjata moden seperti senapang
-belajar dilatih untuk mengendalikan senjata moden

Mengukuhkan perpaduan
-antara pembesar dan rakyat
-dapat mewujudkan semangat kekitaan dan kerjasama

Meningkatkan kekuatan tentera
-Menambahkan bilangan tentera
-Menghasilkan tentera yang terlatih , berdisplin serta akidah kukuh

Mendapatkan sokongan istana
-Menjalinkan hubungan baik dengan Sultan dan pembesar
-Supaya Sultan tidak berpihak kepada British


2.CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA DALAM USAHA MENYEMAI SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN RAKYAT.

Perbezaan ideologi dan fahaman politik
-Mengurangkan kerjasama antara kaum
-Membawa kepada sikap tidak percaya pada kaum lain
-Mementingkan kaum sendiri

Selalu membangkitkan isu-isu sensitif
-Menyentuh isu agama dan budaya kaum lain
-Menyinggung perasaan kaum lain

Pengaruh budaya asing yang negatif
-seperti demonstrasi jalanan
-Selalu mementingkan kebebasan yang bertentangan dengan undang-undang negara
-Sikap individualistik
-Terlibat dalam gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah

3.LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN TERSEBUT.

Menghayati prinsip Rukun Negara
-dapat melahirkan masyarakat yang berjiwa kenegaraan
-Taat dan setia kepada raja dan negara

Memupuk kesedaran kepentingan pengamalan undang-undang
-melalui pendidikan di sekolah
-melalui kempen oleh pihak berkuasa dan media massA
Mengetatkan undang-undang
-Hukuman yang berat terhadap individu yang berniat mengancam negara
-Suruhanjaya Komunikasi Malaysia haruslah menapis unsur-unsur negatif dalam media elektronik

ATAU

4.CADANGAN KEPADA GENERASI MUDA SUPAYA MENJADI WARGANEGARA YANG
   BERUPAYA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

Mengukuhkan perpaduan negara
-melalui kerjasama antara kaum
-mewujudkan persefahaman dan toleransi antara kaum

Menghayati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
-bagi meningkatkan kesedaran rasa bersyukur dan cinta akan negara
-dapat menanam semangar berkorban untuk negara dan bangsa
-melalui belajar mata pelajaran sejarah

Menguasai ilmu pengetahuan
-seperti iimu sains dan teknologi
-dapat bersaing dengan negara maju

Mematuhi Perlembagaan Negara
-memahami dan mengayati kandungan perlembagaan
-contohnya tidak mempersoalkan perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang melayu

ATAU

5.SEBAB-SEBAB SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR

Kurang semangat cinta akan tanah air
-tidak memahami maksud sebenar patriotisme
-terpengaruh dengan anasir-anasir negatif dari internet

Terlalu leka dengan hiburan yang menyeronakan
-mudah terpengaruh dengan budaya asing
-tenggelam dalam arus pemodenaN
Kurang didikan agama & kesedaran sivik
-mudah terjebat dalam gejala sosial

Sikap mementingkan diri sendiri
-keperluan ekonomi mengatasi keperluan negara

Tidak menghayati Rukun Negara
-tidak memahami kepentingan hidup satu padu
-tidak mempraktikan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan hariaN
Semangat perkauman yang masih menebal
-setiap kaum mementingkan perjuangan agama dan budaya masing-masing

6.CADANGAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME

Menerapkan nilai-nilai patriotik
-memberi kesedaran melalui kem jati diri
-mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
-memasang bendera Jalur Gemilang  di rumah dan kenderaaN
Menjayakan konsep 1 Malaysia
-meneruskan kursus Biro Tatanegara (BTN) kepada penjawat awam
-Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan dan dimantapkan lagi


Mengadakan kempen cintakan negara
-memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme
-seperti Filem Bukit Kepong dan Leftenan Adnan
-menganjurkan program atau forum berkaitan nasionalisme

Mengadakan majlis rumah terbuka
-meraikan bersama-sama sambutan perayaan pelbagai kaum
-rakyat beramah mesra dan mengeratkan hubungan silatulrahim

Peranan sekolah dalam memupuk semangat nasionalisme
-mengadakan sambutan bulan kemerdekaan dengan penuh meriah
-melibatkan pelbagai kaum
-melibatkan pelajar dalam program khidmat masyarakat
-menyerapkan dalam mata pelajaran sivik dan pendidikan moral

ATAU
7.CADANGAN TINDAKAN TERHADAP MEREKA YANG MENGHINA DAN MEMPERLEKEH NEGARA

Memberi bimbingan dan kaunseling
-untuk mengukuhkan jatidiri
-contohnya mengadakan program motivasi kenegaraan
-menyertai kursus biro tatanegara

Mengambil tindakan undang-undang
-memecat kerakyatan
-hukuman penjara atau denda yang berat
-untuk memberi kesedaran dan pengajaran supaya tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut

Mengadakan Dialog Nasional
-menyelesaikan sesuatu isu atau masalah negara secara musyawarah
-mengemukakan ketidakpuasan tentang isu negara melalui saluran yang betul

Mengawal kebebasan media sosial
-daripada memuatkan perkara-perkara sensitif yang mengancam keamanan negara
-supaya penghinaan kepada negara tidak menjadi viral
-contohnya menyekat laman sesawang


 SOALAN 8 ( 5 MARKAH )

1.IKTIBAR YANG DIPEROLEH BERDASRKAN TAJUK YANG DIKAJI

·         Sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaultan negara
·         Kita haruslah bekerjasama dan berganding bahu untuk membangunkan negara supaya setanding dengan negara maju
·         Perlu setia kepada pemimpin supaya dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara
·         Sedia berkorban untuk bangsa dan negara dalam mempertingkatkan ekonomi negara
·         Perlu tabah dan berani dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan masa kini
·         Kita juga perlu berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh negara dalam mengekalkan kemerdekaan

2.IKTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Semangat juang yang kental
-Tidak mudah berputus asa dalam sesuatu perjuangan
-Perlu gigih berjuang

Memiliki jati diri yang kuat
-agar tidak mudah terpengaruh dengan tipu muslihat orang laur
-supaya kedaulatan negara tetap dipelihara

Berani menegakkan kebenaran
-Mempertahankan hak kita sebagai penduduk tempatan
-agar kita tidak ditindas oleh orang lain

Sanggup berkorban untuk bangsa dan negara
-mempertahankan negara dari ancaman musuh
-seperti peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah

Perlu kerjasama
-antara rakyat dengan pemimpin supaya dapat mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan

SOALAN 9 ( 5 MARKAH )

Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:

(a) Pengetahuan yang diperoleh
·         Dapat memahami konsep gerakan nasionalisme
·         Dapat mengetahui usaha perjuangan masyarakat tempatan dalam menghadapi ancaman kuasa luar
·         Pemimpin tempatan bukanlah pemberontak

(b) Nilai murni
·         Memiliki semangat juang yang tinggi dalam menentang kuasa asing
·         Memiliki semangat setia negara yang tinggi supaya keamanan negara terpelihara
·         Berani mempertahankan kebenaran dan keadilan agar kedaulatan negara dikekalkan

(c) Unsur Patriotisme
·         Perlu memiliki semangat cinta akan negara dan sedia berkorban untuk negara
·         Perlu hidup bersatu padu bagi mengukuhkan konsep 1 Malaysia

(d) Harapan
·         Dapat mengekalkan kemerdekaan negara
·         Dapat majukan negara supaya dapat mencapai Wawasan 2020

·         Dapat melahirkan rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu dan saling menghormat

No comments:

Post a Comment