Followers

Sunday 2 November 2014

JAWAPAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

Di sini ingin saya kongsikan jawapan kertas 3 bagi tahun 2014. Saya sangat berharap jawapan ini dapat membantu anak-anak semua.
Kredit kepada PPD Raub yang bertungkus lumus untuk menyediakan jawapan ini.

Raub set 1

T5B7 : DEMOKRASI BERPARLIMEN

INGATAN :  1.  Rujuk buku teks ms 160 – 187
                        2. Tidak perlu buat rangka jawapan
                        3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah.

Bil
Tajuk
ms
SOALAN 1  
Jelaskan Maksud / Konsep / Corak / Bentuk Negara Demokrasi
( Berparlimen )      (Btms 161 )


3
SOALAN 2
Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakang
Sistem pemerintahan Negara Malaysia( Bt ms 161- 162 )


3
SOALAN 3
Ciri –Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
( Btms 161)
4
SOALAN 4  
CATATAN: Sekiranya 30 markah

Ciri –Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
 ( 30 markah )                                       ( Btms 161)

5
SOALAN 5  
Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :

a) Kepentingan / Kebaikan / Keistimewaaan amalan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia

b) Implikasi / Kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
terhadap  kestabilan dan  kemakmuran negara

c) Pada pandangan anda mengapakah sistem Demokrasi
Berparlimen masih relevan dan penting kepada negara Malaysia.

6
SOALAN 6  
Manfaat Demokrasi Berparlimenuntuk kemanan dan kestabilan politik Negara

7
SOALAN 7  

Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :

a) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sistem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen

b) Cara-cara bagaimana sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
    dapat dikekalkan

c) Usaha-usaha yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen di Malaysia

7
SOALAN 8  
Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran negara dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat di Negara kita ?

8

SOALAN 9

Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia
8


SOALAN 10
Jawapan untuk 5 soalan di bawah adalah sama :

a) Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia berdasakan pemerintahan
    Demokrasi Berparlimen

b) Pada pendapat anda, bagaimanakah perlembagaan Malaysia menjadi kunci kejayaan Negara bagi mengekalkan kestabilan politik dan menjadi contoh pada negara Asia Tenggara

c) Kejayaan Negara melalui pengamalan sistem Demokrasi  Berparlimen.

d) Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah Negara
    yang stabil dalam aspek pentadbiran

e) Kejayaan Malaysia dalam mengurus pentadbiran negara dalam
pelbagai bidang telah menaikkan imejnegara di mata dunia.

9-10
SOALAN 11
Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai
sebuah negara Demokrasi Berparlimen

11
SOALAN 12
Cadangan bagi memantapkan perlaksanaan sistem Demokrasi 
Berparlimen di negara kita.

11
SOALAN 13
Kejayaan pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen yang               menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa/ dalam memakmurkan negara. Buktikan

12
SOALAN 14
Bukti sistem Demokrasi Berparlimen menjamin kestabilan politik negara

13
SOALAN 15
Cabaran dan langkah yang dihadapi dalam mengekalkan  Demokrasi Berparlimen di Malaysia

13
SOALAN 16
Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
Maju( beserta candangan jawapan lain)

14-15
SOALAN 17
Nilai-nilai murni / Iktibar /patriotisme daripada amalan Demokrasi Berparlimen

15
SOALAN 18

 9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang
    dan terbilang


16

Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah
RUJUK BUKU TEKS
Andaian aras       :          PENGENALAN ( 5 markah )

Soalan 1 : JelaskanMaksud / Konsep / Corak / Bentuk  Negara Demokrasi  ( Berparlimen)
(Bt ms 161 -162)

Pertama, demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara. Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat . 

Kedua, selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang membentuk kerajaan. Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.

Ketiga, umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.

Keempat, terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Raja berpelembagaan dan Sistem Republik.

Kelima, sistem Raja Berperlembagaan pula bermaksud sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

Keenam, bagi Sistem Republik pula ialah bermaksud sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina. Presiden memegang dua dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.

Soalan 2 :  Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakang
sistem pemerintahan negara Malaysiaselepas  Merdeka         ( Bt ms 161- 162 )
           
Pertamanya, selepas merdeka Malaysia telah memilih untuk mengamalkan Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

            Kedua, Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

            Ketiga, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan rakyat bebas memilik perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

            Keempat, perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan Perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen dengan perkembangan politik semasa.

            Kelima, Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
RUJUK BUKU TEKS
Andaian SoalanARAS

2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)
  3.  MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,
       melibatkan proses pengumpulan maklumat )

Isi jawapan ikut peruntukan markah


Soalan 3 :  Ciri–ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
                     ( Btms 161)

            Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.
           
       Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
           
       Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yang menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
           
       Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).        

       Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
           
       Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dan sikap perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing.
           
       Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. .

 CATATAN : Sekiranya markah 30 sila tulis banyak jawapan seperti ini


Soalan 4 :  Ciri–ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
 ( 30 markah )                                                                                                    ( Btms 161)

   Ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyai perlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
            Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik / kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
            Perlembagaaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.           
            Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
            Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya ialah institusi Raja Berpelembagaan. Di Malaysia, Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.
Ciri demokrasi berparlimen  seterusnya ialah parlimen / badan perundangan. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia. Komponen Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan dewan Rakyat.
Pilihanraya juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen di Malaysia.Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya umum dan  pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Dalam konteks Malaysia, demokrasi berparlimen mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Penubuhan parti-parti politik juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen. Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapaimatlamatbersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan  selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuanganparti.
Akhir sekali ialah Kebebasan Asasi yang melibatkan kebebasan hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.

Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama


Soalan 5 : Kepentingan / Kebaikan / Keistimewaaan amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Soalan 5 : Implikasi / kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen terhadap
 kestabilandan   kemakmuran negara

Soalan 5 : Pada pandangan anda mengapakah sistem Demokrasi Berparlimen masih
relevan dan  penting kepada negara Malaysia.


Antara kepentingan amalan demokrasi berparlimen ialah adanya perlembagaan yang menjamin kestabilan sesebuah negara dan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.

Selain itu,  membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta menjamin kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

Antara kebaikan sistem pemerintahan demokrasi ialah rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan. Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan. Sistem ini berjalan dengan baik dan mantap kerana adanya sokongan rakyat.

Rakyat bebas beragama tanpa menyinggung amalan agama lain, melahirkan rakyat yang sentiasa patuh pada undang-undang negara, perlembagaan dan melahirkan semangat patriotisme dan cintakan Negara. Rakyat juga bebas menganggotai mana-mana parti politik.

Menghadkan seseorang individu daripada bercakap perkara-perkara yang boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Seterusnya, pemimpin tidak berkuasa mutlak.Rakyat juga bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya. Sistem demokrasi berparlimen juga menjamin hak asasi rakyat dan memastikan keamanan. Sistem ini juga menjamin kerajaan yang adil dan stabil.

Melalui sistem demokrasi berparlimen juga, kedaulatan negara di tangan rakyat. Hal ini kerana kerajaan yang dipilih akan menunaikan tanggungjawab dengan telus. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Institusi beraja dan bidang kuasa Raja- Raja akan dihormati Dalam pada itu, sistem raja berperlembagaan juga dapat dikekalkan dan melalui undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran negara.

                        Di samping itu, melalui sistem demokrasi perpaduan kaum dapat dikekalkan dan juga mengiktiraf hak asasi rakyat di negara ini.
            Tambahan pula, kedaulatan negara Malaysia dapat dikekalkan dan secara tidak langsung mewujudkan keamanan negara di Malaysia.                    
            Akhir sekali, sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia dapat membentuk warganegara yang bersikap terbuka serta melahirkan individu dan masyarakat berdisiplin serta bermoral tinggi.

RUJUK BUKU TEKS
Andaian Soalan ARAS
 4.  APLIKASI( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang
     dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat itu
     untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

Isi jawapan ikut peruntukan markah

Soalan 6 :  Manfaat Demokrasi Berparlimen untuk kemanan dan kestabilan politik negara

Antara manfaat demokrasi berparlimen untuk keamanan dan kestabilan politik negara
Pertama, terdapat tiga cabang kuasa pemerintahan di Malaysia yang dipegang oleh pihak berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan badan Kehakiman.
   Kedua, rakyat berhak menentukan corak pemerintahan. Ketiga, keamanan negara dapat diwujudkan. Keempat, undang-undang negara terpelihara daripada pencerobohan anasir luar.
   Kelima, perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara. Keenam, membentuk kerajaan yang adil dan stabil. Ketujuh, Raja menjadi lambang taat setia rakyat.
   Kelapan, undnag-undang menjamin keselamatan. Kesembilan, undang-undang melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat.
   Kesepuluh, undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Kesebelas,pilihan raya diadakan dan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Rakyat berkuasa untuk memilih wakil rakyatm untuk memerintah. Kedua belas, rakyat memilih ahli Dewan Rakyat bagi menyampaikan keinginan corak pemerintahan Malaysia.
Keempatbelas, rakyat memilih ahli Dewan Undangan Negeri. Kelima belas, rakyat berhak menentukan bentuk kerajaan.

==============================================================================
Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama

Soalan 7 :  Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen
Soalan 7 : Cara-cara bagaimana sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia     dapat dikekalkan
Soalan 7 : Usaha-usaha yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan   Demokrasi Berparlimen di Malaysia


Pertama, berpegang teguh dan mematuhi lima prinsip Rukun Negara. Kedua, mematuhi undnag-undang negara yang telah ditetapkan. Ketiga, menjadikan raja-Raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat kepada negara.

Keempat, rakyat perlu mematuhi peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan. Kelima, menjaga hak asasi warganegara Malaysia yang berdaulat.

Keenam, mengekalkan amalan demokrasi yang telah lama diamalkan. Ketujuh, pemimpin perlu mendorong rakyat dalam merealisasikan wawasan 2020. Kelapan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja untuk meningkatkan kebolehan pasaran.

Kesembilan, menyusun semula pasaran pekerjaan untuk mengubah Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Kesepuluh, menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum bagi mengekalkan keharmonian.Kesebelas, mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkat kualiti hidup. Keduabelas, menggalakkan kerjasama yang lebih giat antara sektor awam dengan swasta. Ketigabelas meningkatkan infrastruktur kawasan luar bandar.

Keempat belas membanteras rasuah dan mengurangkan jenayah. Kelima belas, mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul. Keenam belas, mengelakkan campurtangan asing dalam urusan negara.Mengekalkan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

Soalan 8Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran negara dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat di Negara kita ?

Perlaksanaan konsep 1 Malaysia oleh Perdana Menteri.Mengukuhkan perpaduan antara kaum dan memupuk perpaduan nasional dan persefahaman antara kaum.
            Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memastikan pentadbiran Negara berjalan dengan lancar dan sistematik.Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
            Menjaga hak asasi warga Malaysia yang berdaulat.Pemimpin perlu memberi hak sama rata dari aspek pendidikan.
            Mengekalkan amalan demokrasi yang telah diamalkan.Pemimpin perlu berusaha menaik taraf  insfrastruktur Negara agar rakyat lebih selesa, Pemimpin yang berkaliber dapat membantu rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih layak. Memberi bantuan kewangan kepada  golongan yang kurang berkemampuan.Sistem pendidikan perlu sentiasa dinaik taraf.
            Pemimpin perlu menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.Penyediaan kemudahan awam yang selesa seperti kemudahan pengangkutan perlu dipertingkatkan.Sikap bantu-membantu dalam masyarakat perlu dipupuk bagi mengekalkan kesejahteraan hidup rakyat.Kesejahteraan hidup juga dapat dipelihara dengan memelihara ekonomi Negara.

Soalan 9 :  Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.

       Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara . Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
           
            Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepada negara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
       Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat bebas untuk membentuk kerajaan dengan cara memilih wakil rakyat melalui pilihan raya. Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
            Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
            Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pembahagian kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.

            Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan tugas berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan dengannya.
            Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesen perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.

Andaian Soalan ARAS :
5 & 6   MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai
            oleh   negara setelah memanfaatkan aplikasi )

Isi jawapan ikut peruntukan markah

Jawapan untuk 5 soalan di bawah adalah sama : (Isi berlandaskan markah )
Soalan 10 :  Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia berdasakan pemerintahan Demokrasi
Berparlimen

Soalan 10 : Pada pendapat anda, bagaimanakah perlembagaan Malaysia menjadi kunci kejayaan Negara bagi mengekalkan kestabirlan politik dan menjadi contoh pada negara A.T
Soalan 10 : Kejayaan Negara melalui pengamalan sistem demokrasi   berparlimen.
Soalan 10Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysiasebagai sebuah Negara   yang stabil dalam aspek pentadbiran

Soalan 10  : Kejayaan Malaysia dalam mengurus pentadbiran Negara dalam   pelbagai bidang telah menaikkan imej Negara di mata dunia.


ASPEK POLITIK

            Pertama, Malaysia dilihat sebagai Negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang amat cemerlang.Malaysia menjadi Negara yang aman dan maju menggunakan sistem pentadbiran kini.       Kedua, menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti KOMANWEL , PBB, OIC. ASEAN , NAM, NEGARA BERKECUALI. Ketiga,menjadi pengerusi dalam persidangan antarabangsa seperti ASEAN,KOMANWEL, NAM dan OIC.
            Keempat, lawatan kerja pemimpin Negara besar ke Malaysia seperti Presiden Obama.Kelima, pemerintahan yang adil dan saksama menjamin kesejahteraan rakyat.Keenam, mewujudkan semangat patriotism yang luhur untuk kesatabilan politik.
            Ketujuh, mengatasi ancaman Negara luar terhadap keselamatan Negara yang boleh menggugat kedaulatan Negara.Kelapan, terdapat pengiktirafan daripada Negara luar.Kesembilan, membentuk identity Negara melalui lambing-lambang Negara.Kesepuluh, mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan Negara.Kesebelas, mengekalkan kerajaan yang adil dan saksama.
            Kedua belas, menjadi perantara dalam menyelesaikan isu-isu antara bangsa.Ketiga belas mengeratkan kerjasama antara bangsa sebagi contoh PBB, OIC dan NAM.

ASPEK EKONOMI

            Pertubuhan ekonomi yang mampan melualui k-ekonomi. Menjalin hubungan perdagangan dengan Negara luar seperti Amerika Syarikat, Negara Eropah, Jepun, China, India dll
            Menjalin hubungan perdagangan antara Negara ASEAN.Pertambahan bilangan pelabur asing ke Malaysia.Pembangunan infrastruktur seperti pembinaan KLIA 2 bertaraf antara bangsa.Perlaksanaan projek pembangunan kawasan luar Bandar untuk membasmi kemiskinan seperti FELDA.
            Mewujudkan institusi kewangan yang mantap melalui perluasan sistem perbankan Islam dan sistem ekuiti Islam.Kemajuan ekonomi domestik.Meningkatkan pendapatan Negara kasar. Memperkenalkan plan transformasi ekonomi, telah menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menjayakan k-ekonomi.
            Meningkatkan taraf pendapatan isi rumah melalui sara 1 Malaysia. Peningkatkan pendapat perkapita telah mewujudkan golongan kelas pertengahan yang besar. Menjadi salah sebuah Negara yang bersaing dan dinamik dari aspek ekonomi kearah sebuah Negara yang maju melalui kecemerlangan dalam sistem pengkutan sepert MAS ( Malaysia Airline ). Mempelopori hab halal yang menjadi rujukan dunia.Berada ditangga kedua sebagai pengeluar getah dan minyak sawit bertaraf dunia. Membuat pelaburan dalam bidang petroleum dan gas di Negara lain melalui PETRONAS, seperti Canada, Australia, Britain dan Turmenistan.
Menjalin hubungan perniagaan dalam pembuatan kenderaan dengan syarikat kenderaaan di Jepun dan Negara Eropah.
            Memainkan peranan penting dalam mesyuarat menteri-menteri ekonomi Asia.ASEAN, Jepun, ASEAN+3.

ASPEK SOSIAL

            Mewujudkan perpaduan antara kaum yang kukuh.Kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjamin melalui pemberian BR1M.Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan patut melonjakkan kecemerlangan pendidikan.
            Membentuk masyarakat yang madani, membangunkan modal insan, sebagai asset terpenting untuk meamcu Negara ke hadapan.Melaksanakan k-masyarakat unutk memperbaiki dan memperkayakan masyarakat dengan pengetahuan.
            Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, iaitu masyarakat yang berjiwa bebas dan terbuka.
Memupuk dan membina masyarkat demokratik yang matang.Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika yang patuh pada agama, budaya dan tradisi cemerlang.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif melalui penguasaan ilmu sains dan teknologi.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan Negara.
            Menyalurkan bantuan ubat-ubatan kepada rakyat Palestine.Menjadi fasilatator untuk rundingan ramai antara bangsa Moro dengan Kerajaan Filipina.
Memberi bantuan peralatan pencegahan penyakit EBOLA di beberapa kawasan  Negara di Afrika.
            Pembangunan dalam prasarana pendidikan, seperti  penubuhan UIAM. Membantu pelarian ROHINGYA di Myanmar akibat konflik agama.
TEKNOLOGI
            Menghantar ankasawan pertana Datuk Dr. Sheikh Muszaphar shukor ke Stesyen Angkasa Antara bangsa.Melancarkan statelit seperti TiongSAT, MeaSat, razakSAT dan MeaSAT 3B.
            Mewujudkan inovasi dalam industri getah dan kelapa sawit yang mnejadi contoh Negara-negara di Dunia.
Menghasilkan jenama buatan Malaysia seperti kereta nasional Proton.
Menghasilkan produk Halal Untuk Pasaran Antarabangsa.Projek kolidoraya multimedia atau MSC.Kepelbagaian bentuk seni bina melalui perkembangan bidang teknologi.
Tahap pencapaian sistem Jalur Lebar diperluaskan ke pelosuk Negara.pemodenan dalam struktur pertanian melalui pembangunan teknologi tinggi seperti kaedah BIO Teknologi.

Soalan 11 :  Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen (10 markah)

Peranan warganegara dalam mengekalkan demokrasi berparlimen ialah menganggotai mana-mana parti politik. Selain itu, mendaftar sebagai pemilih atau menjadi calon pilihanraya. Seterusnya, bertanding atas parti atau calon bebas.

Kita juga boleh memilih pemimpin yang bertanggungjawab, amanah, berwawasan dan pemimpin yang mesra rakyat.

Warganegara Malaysia juga mestilah sentiasa menghayati dan menjunjung perlembagaan negara. Seterusnya mesti menerima institusi beraja dan tidak memperlekehkan institusi tersebut.

Warganegara juga perlu taat kepada pemimpin negara. Selain itu, tidak menyertai demonstrasi haram atau menganggotai pertubuhan haram.Sekiranya warganegara tidak berpuas hati terhadap sesuatu dasar, perlulah menyatakan pendirian melalui saluran yang betul.

Kita juga memilih pemimpin yang menghormati hak asasi manusia. Kemudian, kita hendaklah patuh kepada undang-undang negara serta bertolak ansur, bekerjasama dan saling hormat menghormati

Soalan 12Cadangan bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi  berparlimen di negara kita.

            Cadangan saya bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita ialah memberi kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat di Malaysia.
            Seterusnya menerapkan nilai-nilai islamdan murni dalam pemerintahan negara dan menghormati hak individu setiap rakyat Malaysia.
            Selain itu, kita seharusnya menghormati sensitiviti kaum yang terdapat di Malaysia dan memastikan perlembagaan negara sentiasa releven dengan tuntutan semasa.
            Di samping itu, sebagai rakyat kita haruslah mematuhi sistem kehakiman negara dan tidak mempersoalkan isu-isu sensitif dalam perlembagaan bagi tujuan keharmonian kaum.
            Seterusnya, kita sebaiknya memastikan pemimpin yang dipilih mempunyai integriti yang tinggi. Rakyat juga perlu menyokong sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
            Cadangan  lain adalah rakyat perlu melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan agar kemajuan dan keharmonian negara dapat dikecapi.
            Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan bebas menganggotai mana-mana parti politik serta bersikap terbuka dan menerima parti yang memenangi piliha raya di Malaysia.

Soalan 13Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang  menjadikan
Malaysia  dihormati di peringkat antarabangsa/ dalam memakmurkan negara

Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan ini  menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua Utama Negara.
            Malaysia berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai sebuah negara berdaulat.
            Malaysia berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan banyak negara luar meniru amalan pemerintahan negara kita.
            Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimen sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus, profesional dan berhemah. Masyarakat dunia mengiktiraf Parlimen Malaysia sangat berwibawa.
            Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap melalui Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil  dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia menjadi negara yang makmur dan sejahtera.     
            Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar sangat berpuas hati dengan keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes yang melibatkan rakyat mereka.
            Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas dan bersih. Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak asasi dan kebebasan individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di negara ini.
            Malaysia berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa melalui pilihan raya. Pemimpin Malaysia sering diminta memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang sosial dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
            Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan dan menyertai mana-mana pertubuhan. Pertubuhan kerajaan dihormati dunia kerana peranannya membantu meringankan krisis kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
            Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaum melalui gabungan parti politik pelbagai kaum. Malaysia dikagumi kerana kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.
            Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan mewujudkan pembangunan seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi rujukan negara serantau dan antarabangsa.
            Malaysia berjaya memastikan kemakmuran ekonomi untuk rakyatnya serta berjaya mengekalkan sebuah kerajaan yang adil dalam matlamat ke arah sebuah negara yang maju.
            Malaysia berjaya membentuk identiti negara dalam konsep 1 Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Keadaan ini melahirkan rakyat yang taat setia, mewujudkan perpaduan kaum yang utuh yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan dan kestabilan negara.

Soalan 14Bukti sistem Demokrasi Berparlimen menjamin kestabilan politik negara

1. Mengelakkan penindasan terhadap rakyat
2. Menjamin hak kebebasan asasi rakyat contohnya kebebasan dalam beragama
3. Melindungi hak kebebasan asasi
4. Menjadikan sistem pentadbiran yang cekap dan sistematik
5. Pembangunan yang pantas dari aspek ekonomi, politik, sosial dan teknologi
6. Menjamin keharmonian negara
7. Mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum
8. Mengelakkan salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin
9. Mengekalkan kedaulatan negara

( Sila olah dalam  bentuk esei )
=========================================================================
  Andaian Soalan ARAS :
7  MENJANA IDEA ( Calon perlu menjelaskan CABARAN-
CABARAN  yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH untuk
    mengatasi cabaran tersebut )

Isi jawapan ikut peruntukan markah
Cadangan = 5m
Langkah = 5m

Soalan 15Cabaran dan langkah yang dihadapi dalam mengekalkan  Demokrasi
                     Berparlimen di  Malaysia


(a) Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen di Malaysia (5 markah)

Antara cabaran menjadikan Malaysia sebagai  sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen adalah terdapat segelintir  masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi.

Selain daripada itu, masyarakat masa kini terdedah  dengan ideologi baharu dalam politik. Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dengan banyak fahaman politik negara lain. 

Cabaran seterusnya ialah tuntutan rakyat yang melampaui peruntukan Perlembagaan. Masih terdapat masyarakat Malaysia yang kurang  matang serta bertindak mengikut perasaan.

 (b) Langkah-langkah  untuk mengatasi cabaran di atas.(5 markah)

Antara langkah untuk mengatasi cabaran  menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ialah melalui proses pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi. 

Selain itu , pihak kerajaan mempergiat usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang kebaikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang telah sekian diamalkan di Malaysia. Kerajaan perlu memperkukuhkan semangat jati diri rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan ideologi luar.

Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas bagi mengenalpasti individu atau pihak yang mencabar Perlembagaan.

Pihak pemerintah hendaklah turun padang untuk mendekati dan memahami masalah rakyat bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin dengan rakyat. 



Soalan 16Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju


a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam memantapkan kestabilanpolitik
 demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. ( 5 M )

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia salah satunya keadaan nilai mata wang yang turun naik atau tidak tetap.

Kenaikan harga barangan juga merupakan satu cabaran yang getir. Seterusnya, persaingan dengan negara maju menambahkan lagi masalah kepada Malaysia.

Selain itu, Malaysia sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa. Pembangunan Malaysia masih bergantung kepada teknologi luarkerana teknologi di negara kita masih rendah.

Malaysia juga menghadapi masalah dalam menarik pelabur asing. Masalah gejala sosial yang berleluasa juga menyukarkan Malaysia menjadi negara maju.

(b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. ( 5 M )

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah Malaysia perlu meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Seterusnya, langkah yang perlu dilakukan ialah dengan menguasai pelbagai teknologi terkini. Malaysia juga perlu memperkukuh peranan negara sebagai hub halal.

Malaysia perlu melahirkan lebih ramai modal insan untuk pembangunan negara. Langkah seterusnya, Malaysia perlu mendapatkan hak milik/paten yang lebih banyak untuk bersaing dengan negara luar.

Perbankan Islam perlu diperluaskan serta menambahkan lagi penggunaan
E-dagang.Malaysia perlu menambahkan bilangan tenaga professional untuk kemajuan negara.

CADANGAN PILIHAN JAWAPAN LAIN

 CABARAN
1. Mengekalkan kandungan perlembagaan negara yang sedia ada
-       Terdapat segelintir rakyat yang tidak berpuas hati dengan kandungan perlembagaan negara
-       Berpendapat perlembagaan mesti diubah sejajar dengan perubahan politik dunia
2, Menagadakan piliha raya yang aman
-       Terdapat pihak yang menagmbil kesempatan unutk mencemarkan pilihan raya dengan melakukan perbuatan yang salah
3. Mengawal kebebasan asasi
            - Terdapat pihak yang telah menyalahkan kebebasan asasi dalam perlembagaan
negara  kursusnya kebebasan untuk bersuara
4. Perbezaan ideologi politik
5. Tidak menghormati institusi beraja
6. Membangkitkan isu-isu sensitif, seperti isu penghinaan ideologi tehadap lagu Negaraku
7. Mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh sistem kehakiman negara
8. Melanggar peraturan dan undang2 negara yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
9. Pertambahan golongan ekstremis dalam politik
10. Pengaruh globalisasi semakin berleluasa yang meliputi aspek ekonomi dan sosial
11. Peningkatan masalah gejala sosial disebabkab pengaruh negatif dalam media cetak

LANGKAH-LANGKAH
1. Kerajaan memberikan penjelasan kepada pihak terbabit agar mereka memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam perlembagaan negara
2. Pihak kerajaan memperkasakan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah
            - Generasi muda dapat memahami sebab-sebab kandungan perlembagaan negara mempunyai
              elemen-elemen tertentu.
3. Pihak pemerintah memberikan panduan kepada parti politik dalam menjalankan kempen pilihan raya
4. Pihak kerajaan membuat beberapa penambahbaikan contohnya mengginakan dakwat kekal dan memanggil pemerhati antarabangsa unutk menilai pilihanraya Malaysia
5. Pihak keselamatan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja mencemarkan pilihan raya yang di adakan
6. Pihak pemerintah menasihati pihak yang menyentuh hal2 yang sensitif yang boleh menggugat perpaduan nasional
            - Pihak yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undnag-undang yang
sewajarnya
            - Mengikut akta hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 ( Akta 301 )
7. Mengamalkan fahaman politik yang sederhana
8. Menghormati institusi raja
9. Tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan isu agama dan kepercayaan
10. Menghormati sistem kehakiman negara
11. Menghormati hak2 kaum lain seperti konsep 1 Malaysia
12. Bertindak mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan
13. Suruhanjaya Komunikasi Malaysia harus bertindak menapis unsur2 negetif khursusnya dalam media cetak dan elektronik
==============================================================================


Andaian Soalan ARAS :
8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME( Calon menyatakan nilai-nilai murni, iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )

IKTIBARmestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

Isi jawapan ikut peruntukan markah


Soalan 17Nilai-nilai murni / Iktibar  /patriotisme daripada amalan demokrasi berparlimen

Nilai-nilai murni yang diperoleh dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah pentingnya muafakat dan toleransi antara pemimpin dan rakyat demi kemakmuran negara.

  Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan kepentingan kaum masing-masing demi kesejahteraan negara. Setiap warganegara hendaklah menerima unsur-unsur budaya kaum lain sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.  Seterusnya, sedia menerima perubahan demi kestabilan dan keselamatan negara.

Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi Perlembagaan negara demi mengekalkan kedaulatan Malaysia. ta haruslah memelihara kemakmuran negara dan taat setia kepada pemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh kepada undang-undang

.Perasaan berbangga sebagai warganegara juga perlu ada dalam diri setiap warganegara. Rakyat Malaysia juga harus bertoleransi dan mengamalkan permuafakatan dalam apa jua situasi sama ada dalam aspek politik atau ekonomi dan sosial.

            Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi ialah sanggup mempertahankan perkara baik apabila  kita berusaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
            Kita hendaklah membuat pilihan yang bijak dalam melantik pemimpin, agar negara kita mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, sudah tentu sistem pemerintahan negara kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
            Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif tidak mempengaruhi pemikiran rakyat. Sebagai warganegara yang setia, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif agar sistem pemerintahan berjalan lancar.
            Sikap mementingkan perpaduan mestilah diutamakan dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum dapat diwujudkan di negara kita. Sekiranya setiap warganegara menghayati prinsip Rukun Negara, negara akan mencapai kestabilan politik.
              Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya mereka dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan penting dalam membangunkan negara. Kita perlu menghormati amalan demokrasi supaya sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapat diteruskan.
============================================================================

PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang
    dan terbilang

a)     Pengetahuan yang diperoleh ( 2M )
Pengetahuan yang diperoleh ialah negara Malaysia ialah negara yang mengamalkan ciri-ciri demokrasi berparlimen. Pengetahuan lain ialah permuafakatan antara pemimpin dan rakyat menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Perlembagaan Malaysia menjadi  garis panduan sisitem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara kita

b) i) Iktibar kepada diri ( 1M )
Sebagai iktibar kepada diri,  kita mestilah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan mematuhi peraturan serta ambil tahu perkembangan atau perubahan semasa. Kita juag mestilah mematuhi peraturan dan undang2 negara seperti yang terdapat dalam perlembagaan negara.

ii) Iktibar kepada bangsa, masyarakat  ( 1 M )
Manakala iktibar kepada bangsa, seharusnya bangsa Malaysia saling menghormati dan bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran. Rakyat Malaysia mestilah berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan untuk mengekalkan keharmonian negara.

iii) Iktibar kepada Negara ( 1 M )
Iktibar kepada negara pula, pihak kerajaan dan rakyat harus berganding bahu dan bersama-sama membawa kemajuan kepada negara. Pemimpin negara mestilah mengamalkan sikap keterbukaan dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia

c) Harapan menjadi masa depan politik Malaysia yang lebih cemerlang

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang ialah supaya negara akan kekal berdaulat dandapat meneruskan amalan demokrasi berparlimen yang telah terbukti memberikan kita kehidupan yang amat harmoni sejak merdeka sehingga kini. Seterusnya adalah diharapkan Malaysia akan menjadi negara demokrasi yang paling disegani di mata dunia. 

12 comments:

  1. boleh la... 26 hari je lagi

    ReplyDelete
  2. Assalam, I wanted to say thank you for the information you've given. It helped a lot, for sure not only for me but for the other thousands of people who came across this website. You helped us and on behalf of me and the others, we couldn't thank you more! Alhamdulillah, thank you!

    ReplyDelete
  3. terbaikkkk......sgt membantuuu

    ReplyDelete
  4. Thank you so much
    Help me so much in my folio

    ReplyDelete
  5. Thank you 4 ur notes.Its vry helpful 4 me

    ReplyDelete