Followers

Wednesday 28 October 2015

JAWAPAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015













PPW SENTUL CONTOH KERTAS 3 SEJARAH SPM







TEMA  UMUM :
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Nasinalisme di berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.


SOALAN 1 : (5 MARKAH)

a. Maksud Nasionalisme
  • Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara
  • Perasaan ini akan membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.
  • Didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara daripada kuasa penjajahan
  • Merupakan gerakan membebaskan tanah air daripada cengkaman ekonomi penjajah
  • Pembebasan daripada pengaruh budaya asing

b. Latar belakang nasionalisme sebelum Perang Dunia  Kedua
  • Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar
  • Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah
  • Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
  • Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said, Dato Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh
  • Penduduk tempatan tidak patah semangat dan terus menentang
  • Perjuangan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi serta sanggup berkorban untuk bangsa.


SOALAN 2 : ( 15 MARKAH)

a.  FAKTOR / SEBAB-SEBAB KEBANGKITAN PEMIMPIN SETEMPAT MENENTANG BRITISH

  1. Dasar penaklukan British
    • Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
    • Penguatkuasaannya menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
    • Misalnya, apabila British mendapat Melaka daripada Belanda.
    • Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti

  1. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
    • Pihak British ditentang kerana hasrat untuk menguasai ekonomi tempatan
    •  Untuk kepentingan mereka.
    • Melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan, saudagar Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
    • Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

  1. Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan
    • British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
    • British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
    • Contohnya di Terengganu, British telah menetapkan penduduk tempatan perlu mendapat keizinan dan dikenakan cukai tanah.
    • Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
    • Mereka membuka tanah mengikut keperluan dan tanpa membayar cukai.

  1. Campur tangan British dalam adat resam tempatan
    • Penentangan berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam tempatan.
    • British memaksa mereka menerrima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
    • Misalnya di Perak, JWW Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
    • Iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
    • Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

  1. Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
    • Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa
    • Hilang pengaruh terhadap kawasan dan anak buah mereka
    • Apabila British menjajah kawasan mereka.
    • Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh sultan atau masyarakat untuk mentadbir kawasan tersebut.
    • Dengan perlantikan itu, mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerah.
    • Contohnya pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
    • Penjajahan British terhadap daerah mereka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan mendorong mereka menentang British.


  1. Kesulitan penduduk tempatan
    • Penentangan pemimpin tempatan ini mendapat sokongan anak buah mereka.
    • Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
    • Keadaan ini menyulitkan kehidupan mereka.
    • Kesetiaan anak buah kepada pembesar tempatan sebagai ketua
    • Mendorong mereka memberi kerjasama untuk menentang British.
b.         KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH ADALAH WAJAR.
            BERI HUJAH ANDA.

WAJAR
  1. Dasar penaklukan British
    • Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
    • Penguatkuasaannya menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
    • Misalnya, apabila British mendapat Melaka daripada Belanda.
    • Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti
    • Penghulu Dol Said menentang kehendak British menyebabkan berlakunya peperangan

  1. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
    • Pihak British ditentang kerana hasrat untuk menguasai ekonomi tempatan
    •  Untuk kepentingan mereka.
    • Melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan, saudagar Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
    • Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

  1. Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan
    • British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
    • British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
    • Contohnya di Terengganu, British telah menetapkan penduduk tempatan perlu mendapat keizinan dan dikenakan cukai tanah.
    • Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
    • Mereka membuka tanah mengikut keperluan dan tanpa membayar cukai.




  1. Campur tangan British dalam adat resam tempatan
    • Penentangan berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam tempatan.
    • British memaksa mereka menerrima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
    • Misalnya di Perak, JWW Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
    • Iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
    • Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.


  1. Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
    • Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa
    • Hilang pengaruh terhadap kawasan dan anak buah mereka
    • Apabila British menjajah kawasan mereka.
    • Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh sultan atau masyarakat untuk mentadbir kawasan tersebut.
    • Dengan perlantikan itu, mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerah.
    • Contohnya pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
    • Penjajahan British terhadap daerah mereka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan mendorong mereka menentang British.
  2. Kesulitan penduduk tempatan
    • Penentangan pemimpin tempatan ini mendapat sokongan anak buah mereka.
    • Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
    • Keadaan ini menyulitkan kehidupan mereka.
    • Kesetiaan anak buah kepada pembesar tempatan sebagai ketua
    • Mendorong mereka memberi kerjasama untuk menentang British.


SOALAN 3 :  ( 30 MARKAH)

a.         PERISTIWA PERJUANGAN / KEBANGKITAN TOKOH TEMPATAN / PEMIMPIN
            TEMPATAN
i)              DOL SAID ( NANING )
·         Penentangan Dol Said di Naning antara tahun 1831-1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di Tanah Melayu
·         Sebab penentangan ialah beliau tidak setuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebahagian daripada Wilayah Jajahan British
·         Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka sebagai ufti
·         Akibatnya, British telah menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831 dan pasukan British telah ditentang oleh Dol Said
·         Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai, dan Rechat, Dato’ kelana Sungai Ujong.
·         Mereka telah Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wyllie
·         Yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning
·         Pada akhir tahun 1832, British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning
·         Pada kali ini Dol Said dan pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa
·         Pasukan British Berjaya mengalahkan tentera Dol Said
·         Penghulu Dol Said menyerah diri
·         Dan di bawa ke Melaka

ii)            DATO MAHARAJA LELA ( PERAK )
·         Nama sebenarnya Pandak Limo Bin Machang Lela Tok Mahmud
·         Dato Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra
·         Di Perak, penentangan diketuai oleh Dato Maharaja Lela.
·         Penentangan ini berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan Sultan
·         Penentangan penduduk tempatan di Perak terhadap British adalah kerana Residen J.W.W Birch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874
·         Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka
·         Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
·         Pada 21 Julai 1875 Dato Maharaja Lela telah mengadakan mesyuarat dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British
·         Dato Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja.
·         2 November 1875, pembunuhan J.W.W Birch olehSeputum, Pandak Lam dan lain-lain atas arahan Dato Maharaja Lela di Sungai Perak Pasir Salak
·         Pada 13 November 1876, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat
·         Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama
·         Pada 20 November 1877 perbicaraan diadakan Dato Maharaja Lela bersama-sama Dato Sagor , Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk dijatuhkan hukuman gantung, dengan ini Perak dikuasai oleh British

iii)           YAM TUAN ANTAH ( NEGERI SEMBILAN )
·         Di Negeri Sembilan penentangan telah dibuat oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti.
·         Dan Dato Syahbandar Sungai Ujong iaitu Abdullah Tunggal
·         Beliau telah menentang kemasukkan British di Sungai Ujong
·         British menyokong Dato Kelana menduduki Terachi danParoi
·         Mereka berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari negeri-negeri Selat
·         British menawan Bukit Putus, Jempol, danTerachi
·         Dengan kerjasama British Dato Kelana Berjaya mengalahkan Dato Syahbandar untuk menguasai Sungai Ujong
·         Dato syah Bandar terpaksa berundur ke Selangor
·         Bagaimanapun Dato Syah Bandar kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874
·         Dato syah Bandar bersetuju meletakkan jawatan
·         Dan berhijrah ke Singapura

iv)           DATO’ BAHAMAN (PAHANG)
·         Dato’ Bahaman dan rakan-rakan seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.
·         Siri penentangan Dato’ Bahaman ialah pada tahun 1890 menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya.
·         Pada tahun 1891 menyerang British kerana menangkap anak buahnya.
·         Pada tahun 1892, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.
·         Pada tahun 1894, menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
·         Pada tahun 1895, akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.
·         Dato’ Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.
·         Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
·         Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok.
·         Dato’ Bahaman mendapat perlindungan politik daripada Raja Chulalongkorn.
·         Dato’ Bahaman menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia di sana


v)             TOK JANGGUT (KELANTAN)

·         Di Kelantan, penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910.
·         Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai.
·         Bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
·         Pihak polis diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal.
·         Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.
·         Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
·         Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S. Cadmus yang mendarat di Tumpat.
·         Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring.
·         Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut.
·         Tok Janggut telah terkorban dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.


vi)           HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG (TERENGGANU)

·         Di Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British.
·         Pada bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan Peraturan Tanah British.
·         Pada bulan Mei 1925, seramai 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III tetapi dapat disuraikan.
·         Kemarahan penduduk tempatan menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928.
·         Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya.
·         Kumpulan di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan menentang British.
·         Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British hantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang.
·         Cara ini memudahkan British kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.
·         Seramai 25 orang anggota polis telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang.
·         Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang anggota polis yang dibawa dari Singapura. Beliau ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

PENENTANGAN DI SABAH DAN SARAWAK

i)              RENTAP (SARAWAK )
·         Rentap bermaksud penggoncang dunia
·         Nama sebenar beliau ialah Libau
·         Beliau berasal dari Hulu Skrang
·         Bergelar Raja Darat atau Raja Ulu
·         Yang dianggap sebagai lanun
·         Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning
·         James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak pada tahun 1842 berusaha menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan
·         Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
·         Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke
·         Rentap dan pengikutnya Berjaya mengusir James Brooke
·         Tetapi tentera James Brooke telah bertindak dengan membakar kampong mereka
·         Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok
·         Sekali lagi mereka di serang
·         Tentera James Brooke Berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861
·         Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah



ii)            LINGGIR (SARAWAK )
·         Linggir iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas
·         Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849
·         Dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar
·         Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas
·         Bagaimanapun Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut


iii)           SYARIF MASAHOR DAN DATU PATINGGI GAPUR ( SARAWAK )
·         Penentangan orang Melayu dibawah pimpinan Syarif Masahor dan Dato Patinggi Abdul Gapor berlaku kerana menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka
·         Iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857
·         Hal in idisebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai
·         Dan pengaruh terhadap penduduk tempatan
·         Pada tahun 1858 James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit
·         Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut
·         Beliau dan Dato Patinggi Abdul Gapor menyerang James Brooke di Kuching
·         Tentangan mereka gagal
·         Sharif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura
·         Dato Patinggi Abdul Gapor melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya di tahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke

iv)           MAT SALLEH ( SABAH )
·         Nama sebenar beliau ialah Mohammad Salleh Bin Datu Balu
·         Beliau keturunan suku sulu Paitan
·         Penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh di Sabah
·         Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut
·         Namun pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh
·         Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
·         Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan
·         Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang SBUB pada tahun 1895
·         Tetapi tidak dilayan
·         Sebaliknya Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya
·         Mat Salleh terpaksa melarikan diri
·         Pada tahun 1897 beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pualau Gaya
·         Ekoran itu, SBUB telah menawarkan plan damai kepada Mat Salleh
·         Iaitu menyerahkanTambunan kepadanya
·         Namun SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB
·         Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Sallh
·         Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.


SOALAN 4: (10 MARKAH)

  1. TINDAK BALAS BRITISH TERHADAP KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN
  •  Menggunakan tentera untuk menentang kebangkitan pemberontakan pemimpin tempatanan
Ø  Contoh: Dol Said , Rentap, Mat Salleh
  • Penangkapan pemimpin tempatan
Ø  Contoh: Datu Patinggi Abdul Ghapur
  • Menjatuhkan hukuman gantung kepada pemimpin tempatan yang terlibat dalam penentangan
Ø   Contoh : Dato Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Sepuntum, Pandak Indut, Tok Janggut
  • Memaksa pemimpin tempatan menandatangai perjanjian dengan British
Ø  Contoh: Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal
  • Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden untuk melumpuhkan perjuangan pemimpin tempatan
Ø  Contoh : Tok Janggut
  • Menggunakan kuasa dan nama Sultan untuk menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalang British
Ø  Contoh : Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong,
  • Ditahan dan dibuang negeri
Ø  Contoh : Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Mekah
               Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor
               Sultan Abdullah dan  Menteri Ngah Ibrahim dibuang negri ke Pulau 
               Seychelles


  1. CARA / STRATEGI PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH

  • Membunuh/ menikam Residen British melalui serang hendap
Ø  Contoh:  Dato’ Maharaja Lela mendapat sokongan Sultan Abdullah dan pembesar Melayu Perak untuk membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak.
  • Strategi menawan lokasi penting British
Ø  Contoh : Penentangan Tok Janggut di Kelantan – membantah dan enggan membayar cukai, menyerang Pasir Putih dan menawannya serta mengistiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri
  • Menggunakkan  taktik serangan gerila
Ø  Contoh : Rentap menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di situ.
  • Mendapatkan bantuan daripada pembesar daerah lain
Ø  Contoh : Dol Said di Naning mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Syahban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh untuk menentang British.
  • Mendapatkan perlindungan politik dari negara luar
Ø  Contoh : Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn dan menetap di Chieng Mai
  • Menyerang kapal British
Ø  Contoh : Linggir menyerang kapal Nemesis kepunyaan James Brooke dekat Batang Lupar
  • Menandatangani perjanjian dengan British
Ø  Contoh :Pada tahun 188 Yamtuan Antah di Seri Menanti menandatangani perjanjian dengan British.

  1. SUMBANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN DALAM MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA.

  • Membuka mata British bahawa orang tempatan tidak menerima campur tangan mereka dalam pentadbiran
  • Memelihara warisan dan budaya tempatan
  • Mempertahankan maruah dan kuasa sebagai penguasa
  • Mengekalkan pengaruh yang diamanahkan kepada mereka
  • Mengelakkan daripada adat resam dicabuli oleh orang luar
  • Menghapuskan campur tangan British dalam pentadbiran
  • Memastikan budaya Barat tidak meresap dalam kehidupan masyarakat tempatan
  • Mendapatkan semula hak pribumi kepada masyarakat tempatan
  • Memartabatkan undang-undang adat tempatan
  • Menjaga kebajikan masyarakat tempatan

  1. KESAN SEKIRANYA TIDAK BERLAKU KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN/ GERAKAN NASIONALISME SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

·         Penjajahan British akan lebih mantap terutamanya dari segi politik
·         Institusi beraja akan dihapuskan
·         Dan digantikan dengan sistem pentadbiran British iaitu birokrasi British
·         Mungkin Negara Malaysia akan diketuai oleh Residen
·         Dan mengikuti sistem republik
·         Dari aspek ekonomi, akan dieksploitasi
·         Keuntungan akan dihantar ke Britain
·         Penduduk tempatan akan ditindas dari segi perkhidmatan awam
·         Dari segi pendidikan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Negara
·         Hak keistimewaan orang Melayu akan hilang


  1. SUMBANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN DALAM MENYEMARAKKAN GERAKAN ANTI PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

  • Bersemangat patriotisme dalam diri.
  • Sanggup berkorban masa dan tenaga demi mempertahankan negara.
  • Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
  • Menunjukkan teladan yang baik
  • Mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk
  • Menjaga keamanan negara
  • Menguasai ilmu pengetahuan demi masa depan negara
  • Mengukuhkan jati diri
  • Memberi kesetiaan kepada negara
  • Menjaga kedaulatan negara
  • Semangat tidak putus asa / menghadapi cabaran


  1. PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN MENENTANG BRITISH MENGGUGAT KEDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU. BUKTIKAN.

  • Dol Said berjaya mengalahkan British dalam serangan pertama
  • Penggunaan taktik serangan gerila melemahkan pertahanan British
  • Mendapat kerjasama pemimpin tempatan. Contohnya Dato’ Bahaman dibantu oleh Tok Gajah dan Imam Rasul.
  • Kesetiaan penduduk tempatan terhadap pemimpin contohnya pembunuhan JWW Birch oleh Dato’ Maharajalela dan rakan-rakannya.
  • Menyebabkan British tidak campur tangan dalam adat resam masyarakat tempatan
  • British menanggung kerugian dalam aspek perbelanjaan perang
  • Rentap berjaya mengusir James Brooke di Nanga Skrang.
  • Syarif Masahor berjaya menyerang Mukah
  • Mat Salleh berjaya menawan kubu SBUB di Pulau Gaya
  • SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh
  • British terpaksa meminta bantuan India dan Hong Kong untuk menghadapi serangan pemimpin tempatan.
  • Pemimpin tempatan berjaya menguasai Pasir Puteh dan Tok Janggut Perdana Menteri sehingga British membawa masuk tentera dari Negeri-Negeri Selat

  1. BRITISH MEMPUNYAI MUSLIHAT DENGAN MENGAMBIL TINDAKAN KEKERASAN TERHADAP TOKOH-TOKOH PERJUANGAN TEMPATAN. BUKTIKAN PENYATAAN TERSEBUT

·         Pada pendapat saya tokoh yang mengalami tindakan yang keras ialah Dato Maharaja Lela di Pasir Salak Perak danTok Janggut di Kelantan.
·         Muslihat British di sini ialah apabila hukuman gantung diberi rakyat tempatan akan takut menentang
·         Mereka dapat mentadbir Tanah Melayu dengan menggunakan undang-undang Barat
·         Biro-biro akan diketuai oleh British dan bukan pembesar Melayu
·         British dapat mengeksploitasi ekonomi dengan menindas orang tempatan
·         Memonopoli pemungutan cukai dan mengambil keuntungannya
·         Memasukkan budaya Barat agar kebudayaan masyarakat Melayu terhapus dan memudahkan penjajahan.
·         Hukuman bunuh dan pembuangan negeri juga menghapuskan pemimpin tempatan yang berani bersuara dan bertindak kerana mereka merupakan ancaman.
·         Menggunakan nama sultan agar rakyat tidak menderhaka dan ini menyenangkan penangkapan tokoh-tokoh tempatan.





SOALAN 5 : (15 MARKAH)
a.         CARA ANDA MENUNJUKKAN / MENZAHIRKAN SEMANGAT NASIONALISME TERHADAP NEGARA.

·         Saya hendaklah menghayati dan mengamalkan semua prinsip yang ada dalam Rukun Negara.
·         Kita perlulah mengibarkan Jalur Gemilang semasa upacara rasmi seperti  Perhimpunan Rasmi.
·         Saya hendaklah menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat patriotik.
·         Kita mestilah berusaha untuk mengekalkan semangat perpaduan kaum dalam semua aktiviti yang dijalankan, contohnya acara sambutan Hari Kemerdekaan disertai oleh pelbagai kaum.
·         Kita hendaklah menghormati lambang negara seperti Jata Negara, Jalur Gemilang dan sebagainya.
·         Kita hendaklah sentiasa menjaga kedaulatan negara agar sentiasa terpelihara daripada ancaman musuh.
·         Kita perlulah sentiasa menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian contohnya bersikap tolak ansur dan hormat menghormati.
·         Kita perlulah menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan dalam mengekalkan kedaulatan negara, contohnya perjuangan Tok Janggut mempertahankan Pasir Puteh hingga ke titisan darah yang terakhir. 
·         Saya hendaklah mempelajari Sejarah pembentukan negara bangsa agar dapat memacu kemajuan negara dalam bidang ekonomi dan teknologi.
·         Kita perlulah mendalami ilmu pembinaan  negara bangsa Malaysia agar wujud semangat jati diri yang utuh.
·         Saya perlulah berusaha menjaga khazanah negara agar warisan bangsa dapat dikekalkan.
·         Kita hendaklah menghormati pemimpin negara yang berjuang untuk kemakmuran negara seperti Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak dengan menghasilkan buku autobiografi beliau.
·         Kita mestilah menyanjung Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara serta menghormati institusi Raja Berperlembagaan.
·         Kita janganlah memperlekehkan perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi negara.
·         Saya hendaklah MEMATUHI undang-undang negara dalam kehidupan seharian.
·         Kita janganlah membocorkan maklumat/rahsia negara kepada pihak/negara luar
yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
·         Kita perlulah sanggup berkorban demi mengekalkan kedaulatan negara bangsa.
·         Kita janganlah mudah terpengaruh dengan agenda/anasir luar yang cuba menggugatkan keamanan negara.
·         Kita hendaklah berbangga menjadi warganegara Malaysia.

B.         PERANAN ANDA BAGI MENGELAKKAN PENJAJAHAN SEMULA BERLAKU DI NEGARA KITA.

·         Saya akan menyertai pasukan keselamatan secara sukarela untuk memantapkan lagi sistem pertahanan negara.
·         Saya akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara sebagai persediaan untuk mengukuhkan jati diri.
·         Sekiranya saya seorang pemimpin atau wakil negara, saya akan menjalin hubungan baik dengan negara luar supaya keselamatan negara dan bangsa terjamin.
·         Kita hendaklah mengukuhkan ekonomi setanding dengan negara maju dengan menjayakan segala dasar pembangunan dalam Rancangan Ekonomi Ke Sebelas (2016 – 2020)  .
·         Kita perlulah mengukuhkan sistem pentadbiran negara untuk mengelakkan campurtangan kuasa asing hal ehwal negara.
·         Kita perlulah memastikan kedaulatan undang-undang negara tidak dicabuli oleh anasir luar yang cuba menjatuhkan negara.
·         Kita hendaklah menambah bilangan anggota dan aset ketenteraan negara agar kedaulatan negara terpelihara.
·         Kita hendaklah mempelajari sejarah negara untuk membentuk jati diri dalam setiap warga negara.
·         Kita hendaklah mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain demi mengukuhkan perpaduan kaum.
·         Kita perlulah sanggup berkorban demi mengekalkan kedaulatan negara bangsa.
·         Setiap warganegara perlulah mempunyai semangat juang yang kental demi mengekalkan kedaulatan negara daripada serangan musuh.
·         Kita hendaklah memantapkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan  demi menjamin kestabilan politik dan sistem Demokrasi Berparlimen.
·         Kita perlulah sanggup mengenepikan kepentingan diri dengan mengutamakan  kepentingan negara demi kemakmuran bangsa.
·         Kita perlulah menyokong setiap dasar dan bersatu dengan pemimpin untuk menjayakan Wawasan 2020.
·         Kita perlulah mempunyai mempunyai sikap berani dan berjiwa kental demi mempertahankan kedaulatan negara.

c.         SEMANGAT NASIONALISME MERUPAKAN PRASYARAT BAGI MENJAMIN KEDAULATAN NEGARA DARIPADA PENJAJAHAN. BERIKAN ULASAN ANDA.

·         Semangat nasionalisme merupakan tunjang setiap bangsa Malaysia dalam mengukuhkan jati diri demi menjamin kedaulatan negara daripada penjajahan luar.
·         Semangat nasionalisme dapat memperkasakan perpaduan bangsa demi keamanan/kemakmuran negara.
·         Semangat nasionalisme merupakan prasyarat untuk mengelakkan rakyat terpengaruh dengan anasir luar yang cuba menggugat kedaulatan/keselamatan negara.
·         Semangat nasionalisme dapat memantapkan ekonomi negara setanding dengan negara maju yang lain.
·         Semangat nasionalisme dapat mewujudkan semangat setia negara yang tinggi dalam kalangan generasi muda.
·         Semangat nasionalisme juga boleh mewujudkan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
·         Semangat nasionalisme boleh menghindari budaya negatif seperti budaya ‘punk’, ‘Arab Springs’/demonstrasi jalanan dan budaya kuning dalam kalangan rakyat.
·         Semangat nasionalisme dapat menguatkan sistem pertahanan dan keselamatan negara daripada penjajahan kuasa luar.
·         Semangat nasionalisme boleh melahirkan masyarakat yang berani dan berjiwa kental untuk mempertahankan negara.
·         Semangat nasionalisme dapat memantapkan sistem perundangan negara dengan melaksanakan undang-undang yang adil kepada semua.
·         Semangat nasionalisme dapat  mengukuhkan keamanan dan keharmonian negara dalam usaha mengekalkan kemerdekaan sedia ada.
·         Semangat nasionalisme dapat mengelakkan rakyat daripada tidak menghormati pemimpin negara.
·         Semangat nasionalisme merupakan pemangkin kemajuan negara, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara.
·         Semangat nasionalisme dapat menyekat/mengekang pengaruh globalisasi barat dalam sistem ekonomi negara.
·         Semangat nasionalisme juga dapat mengelakkan kekacauan seperti yang berlaku di negara luar contohnya Rohingya, Afghanistan dan Filipina.



d.         ANDA DILANTIK SEBAGAI PEMIMPIN UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DARIPADA PENJAJAHAN. BAGAIMANAKAH ANDA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERSEBUT?

·         Sebagai seorang pemimpin, saya akan memantapkan pelaksanaan undang-undang negara demi mengelakkan pencerobohan kuasa luar.
·         Saya sebagai seorang pemimpin perlulah berusaha untuk mewujudkan iklim/suasana politik yang stabil untuk mendapatkan sokongan padu masyarakat.
·         Saya sebagai seorang pemimpin hendaklah sentiasa berpegang teguh dan mengamalkan setiap perkara yang diajar oleh agama.
·         Sebagai seorang pemimpin, saya akan sentiasa peka dengan perkembangan ekonomi semasa agar negara tidak ketinggalan berbanding negara maju / negara luar.
·         Saya akan memastikan setiap dasar dilaksanakan dengan adil untuk mengelakkan penindasan terhadap rakyat.
·         Saya akan berusaha untuk memantapkan sistem pentadbiran negara agar kedaulatan negara terjamin.
·         Sebagai pemimpin saya akan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
·         Saya akan mewujudkan kestabilan dalam bidang sosial dengan meningkatkan taraf hidup rakyat.
·         Sebagai seorang pemimpin, saya akan membendung gejala negatif yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masa kini.
·         Saya sebagai seorang pemimpin, saya akan mengekalkan kerjasama antara rakyat dengan pemimpin demi menjamin kestabilan politik negara.
·         Sebagai seorang pemimpin, saya akan mewujudkan kehidupan yang sistematik dengan mematuhi undang-undang negara.
·         Sebagai seorang pemimpin, saya perlu menunjukkan kewibawaan dalam kepimpinan yang menyebabkan negara luar hormat kepada negara kita. Contohnya, pengiktirafan oleh George Bush terhadap kemajuan negara di bawah pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad.
·         Sebagai seorang pemimpin, saya akan memberi tumpuan kepada proses penjanaan minda generasi muda sebagai pemimpin masa depan.Contohnya meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam usaha melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotism demi menjaga kedaulatan negara.
·         Sebagai seorang pemimpin, saya perlu memastikan negara bebas daripada kongkongan luar dengan memerintah atas paksi sendiri.
·         Sebagai seorang pemimpin, saya perlu mengawal hal ehwal dalam negera dan  hubungan serantau atau luar melalui dasar luar agar kedaulatan negara terjamin.

e.         SEMANGAT NASIONALISME WARGA MALAYSIA MAMPU MEMPERTAHANKAN NEGARA DARIPADA DIJAJAH SEMULA. BERI ALASAN ANDA.

·         Kita hendaklah berani meneroka bidang baru seperti teknologi komunikasi, aeroangkasa dan sebagainya.
·         Kita hendaklah menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan negara dan bangsa.
·         Kita hendaklah mengekal dan memperkukuhkan perpaduan antara kaum agar kesejahteraan dapat diwujudkan.
·         Kita hendaklah bersikap terbuka dan sedia menerima perubahan agar kestabilan politik dan ekonomi terpelihara.
·         Kita hendaklah mewujudkan pentadbiran yang sistematik supaya negara dapat ditadbir dengan cekap dan berkesan.
·         Kita hendaklah memantapkan dasar-dasar kerajaan agar ekonomi dapat diagih secara adil.
·         Kita hendaklah berusaha untuk kecemerlangan diri agar dapat membangunkan negara menjadi sebuah negara yang maju.
·         Kita hendaklah melahirkan rakyat yang mampu bersaing dengan negara luar agar imej negara meningkat di persada dunia.
·         Kita hendaklah melahirkan pemimpin negara yang bijak dan berpandangan jauh agar negara kita dapat ditadbir dengan berkesan mengikut acuan sendiri.
·         Kita hendaklah mengamalkan hidup yang berakhlak dan berdisiplin agar rakyat dapat hidup dengan harmoni.
·         Kita hendaklah melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran agar kecekapan dalam pentadbiran dapat dipertingkatkan.
·         Kita hendaklah berpegang kepada ajaran agama supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan sentosa.
·         Kita hendaklah menyokong  usaha kerajaan membangunkan negara agar negara akan stabil dari politik dan ekonomi.
·         Kita hendaklah mematuhi dan menghormati undang-undang negara supaya wujud keamanan negara terjamin.
·         Kita hendaklah memelihara kepentingan semua kaum agar wujud masyarakat yang bertoleransi dan bekerjasama.



f.          MASYARAKAT MALAYSIA MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME YANG TINGGI. BUKTIKAN.

·         Masyarakat Malaysia sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara yang telah ditetapkan agar keamanan negara dapat dikekalkan.
·         Masyarakat Malaysia hendaklah menghayati dan mengamalkan semua prinsip Rukun Negara agar dapat menjadi warganegara yang setia.
·         Masyarakat Malaysia harus berbangga sebagai rakyat Malaysia dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang semasa bulan Kemerdekaan.
·         Masyarakat Malaysia haruslah berpegang kepada nilai sejagat dengan cara menghormati nilai-nilai hak asasi manusia.
·         Masyarakat Malaysia harus berbangga terhadap kejayaan Malaysia di peringkat global seperti Datuk Nicol Ann David,pemain profesional wanita dalam sukan skuasy.
·         Masyarakat Malaysia harus berbangga dengan kepelbagaian bahasa, budaya dan agama rakyat Malaysia melalui pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Masyarakat Malaysia haruslah bangga dengan keunikan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik,agama dan adat resam.
·         Masyarakat Malaysia haruslah menjaga warisan dan tempat bersejarah seperti memelihara bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad.
·         Masyarakat Malaysia haruslah mengambil iktibar dari peristiwa lalu agar kesilapan yang lalu tidak diulangi lagi seperti kejatuhan kerajaan Melaka.
·         Masyarakat Malaysia haruslah berani berjuang dan mempertahankan negara dari penjajah seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pejuang terdahulu.
·         Masyarakat Malaysia haruslah berbangga dengan aset negara  seperti aset keselamatan contoh kapal selam dan jet pejuang.
·         Masyarakat Malaysia haruslah menyokong setiap dasar-dasar kerajaan supaya pentadbiran negara berjalan lancar.
·         Masyarakat Malaysia haruslah berani mencipta teknologi terbaru seperti dalam bidang pertanian,industri dan sebagainya
·         Masyarakat Malaysia hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar generasi berkemahiran tinggi dapat dilahirkan
·         Masyarakat Malaysia haruslah berganding bahu untuk menjayakan rancangan kerajaan.





g.         CIRI-CIRI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME YANG TINGGI.

·         Warganegara Malaysia yang tidak menghormati lagu Negaraku seperti bercakap-cakap semasa lagu kebangsaan berkumandang.
·         Warganegara Malaysia yang dengan sengaja memijak bendera Malaysia.
·         Warganegara Malaysia yang tidak menghormati pemimpin negara dengan memburukkan pemimpin di laman sosial.
·         Warganegara Malaysia yang menyalahgunakan kuasa dan amanah dengan menerima amalan rasuah semasa bertugas.
·         Warganegara Malaysia yang tidak mematuhi undang-undang negara.
·         Warganegara Malaysia yang tidak menyokong dasar-dasar pembangunan kerajaan hingga menyebabkan suasana politik negara tidak stabil.
·         Warganegara Malaysia yang menyalahgunakan kemudahan internet dengan memuat turun berita-berita palsu yang akhirnya menggugatkan keamanan negara.
·         Warganegara Malaysia yang gemar mengkritik pemimpin dalam media sosial.
·         Pemimpin yang menyalahgunakan kuasa juga merupakan salah satu ciri-ciri  warganegara Malaysia yang tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
·         Warganegara Malaysia yang sentiasa cuba untuk meruntuhkan perpaduan kaum dengan menyebarkan isu sensitif.
·         Pemimpin yang tidak berlaku adil terhadap masyarakat juga merupakan salah satu ciri-ciri masyarakat Malaysia yang tidak mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.
·         Warganegara Malaysia yang tidak mempedulikan sambutan Hari Kebangsaan lantaran sibuk mencari mengumpul kekayaan dan wang ringgit.
·         Warganegara Malaysia yang tidak menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua negara seperti pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Melissa Goo’ telah menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim pada 7 Jun 2013. 
·         Warganegara Malaysia yang tidak bangga dengan tanah air yang satu-satunya kita ada dan tidak ada perasaan berbesar hati dengan kejayaan negara.


SOALAN 6 : (10 MARKAH)
a.         KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH TIDAK BERJAYA. BERIKAN HUJAH ANDA.

TIDAK SETUJU
Naning
  • Dol said berjaya dalam serangan British yang pertama1831
  • Mendapat bantuan ketenteraan Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rencat
  • Berjaya mengalahkan 150 tentera British
  • Berjaya menawan Tabuh

Sabah
  • 1897 Mat Salleh dan pengikutnya mengadakan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya
  • SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh
  • Menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh
  • SBUB mungkir janji
  • Mat Salleh menyerang semula kubu SBUB

Perak
  • Dato Maharajalela bersatu dengan semua pembesar dan rakyat Perak untuk menentang pentadbiran British
  • Sultan Abdullah dan Sultan Ismail juga telah bekerjasama untuk menjalankan penentangan terhadap British
  • Mesyuarat antara Dato Maharajalela dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875
  • Mereka  bermuafakat untuk membunuh J.W.W Birch
  • Penduduk tempatan berjaya membunuh Mat Arshad, orang suruhan British semasa menampal poster cukai di Pasir Salak

Sarawak
  • Kejayaan Linggir menyerang kapal Nemesis di Batang Lupar
  • Rentap Berjaya menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman james Brooke
  • Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke

Pahang
  • Pemimpin tempatan  telah bersatu menawan penguasaan British pada 1888
  • Dato Bahaman dan rakan rakan bersatu menetang British selama 5 tahun



SETUJU

Naning
  • British Berjaya mengalahkan Dol Said
  •  Dol said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka

Linggir
  • Linggir dan pengikutnya tewas dengan pertempuran James Brooke

Rentap
  • Tentera James Brooke menyerang Rentap dan pengikutnya di Bukit Sadok
  • 1861 Rentap dikalahkan
  • Rentap berundur ke ulu Sungai Entabai

Syarif  Masahor
  • Penentangan gagal dan beliau melarikan diri ke Brunei
  • Beliau diserahkan kepada British di Singapura oleh Sultan Brunei

Mat Salleh
  • SBUB menyerang kubu Mat Salleh
  • Mat Salleh tewas dan meninggal dunia 31 Januari 1900

Perak
  • British dan 500 tentera menyerang Pasir Salak
  • Dato Maharajalela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama
  • Dato Maharajalela, Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung
  • Sultan Ismail dIbuang negeri ke Johor
  • Sultan Abdullah Menetri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Seychellas
  • Perak dikuasai sepenuhnya oleh British

Kelantan
  • Perjuangan Tok Janggut gagal kerana serangan British tersusun
  • Penggunaan senjata moden oleh British
  • Britih menggunakan nama Sultan Kelantan untuk membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat
  • Tok Janggut terkorban
  • Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki di atas

Terengganu
  • Haji Abdul Rahman Limbong diserang oleh 50 orang polis Singapura
  • Beliau ditahan oleh British dan dibuang negeri ke Makah

b.         MAMPUKAH PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG PENJAJAH BRITISH. BERIKAN
ALASAN ANDA

MAMPU
  • Semanagat setia negara yang tinggi
  • Sanggup berkorban untuk bangsa
  • Sifat bekerjasama
  • Tolong menolong antara pemimpin dengan rakyat
  • Sikap berdisiplin
  • Gigih berusaha
  • Berani menghadapi cabaran
  • Berani berjuang demi bangsa dan agama
  • Semangat jati diri yang tinggi
  • Tidak mudah berputus asa
  • Sanggup mempertahankan kedaulatan negara
  • Sanggup mengenepikan kepentingan diri
  • Setia kepada raja dan Negara

TIDAK MAMPU
  • Tiada senjata moden
  • Tiada perancangan yang strategik
  • Tiada ilmu pengetahuan
  • Bersifat kenegerian
  • Mudah berpaling tadah
  • Perjuangan tidak berorganisasi
  • Penentangan bersifat setempat
  • Mudah tertipu dengan helah British
  • Tentera yang terlatih dari segi taktik peperangan moden
  • Mementingkan kepentingan masing-masing
  • Tidak peka dengan perubahan semasa


c.         CABARAN PEMIMPIN TEMPATAN KETIKA BERJUANG MENENTANG BRITISH
  • Bilangan tentera tempatan yang sedikit dan tidak terlatih
  • Perjuangan bersifat setempat
  • Tiada kerjasama dikalangan pembesar daerah/wilayah
  • British sering mendapat bantuan pihak luar
  • British menggunakan tipu muslihat memperdayakan sultan dan pembesar
  • Penggunaan senjata moden oleh tentera British
  • Perjuangan tempatan tidak terancang
  • Tiada organisasi yang tersusun
  • Tentera tempatan menggunakan sejata traditional
  • Strategi perjuangan British yang lebih terancang



d.         KEJAYAAN BRITISH MENGHAPUSKAN /MENGATASI KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN. BUKTIKAN
  • Di Naning British berjaya mengatasi penentangan Dol Said dengan bantuan 1200 orang tentera
  • Di Sarawak James Brook menggunakan strategi penentangan yang berkesan dan menewaskan Linggir, Rentap dah Syarif Masahor
  • British mendapat bantuan dari negara lain seperti membawa masuk bantuan ketenteraan dari Negeri Selat untuk melumpuhkan serangan Tok janggut
  • Teknologi persenjataan yang moden dan canggih oleh tentera British seperti meriam  dan senapang
  • Sultan dan pembesar diperdaya oleh British melalui perjanjian seperti Perjanjian Pangkor 1874 di Perak
  • British menggunakan nama sultan misalnya British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk membawa masuk tentera luar dan mendarat di Tumpat bagi mengalahkan Tok Janggut
  • British mengenakan hukuman gantung terhadap penentang tempatan seperti Tok Janggut di Kelantan dan Dato Maharajalela di Perak
  • British menghantar tiga orang pegawai bagi menamatkan pembukaan tanah oleh rakyat tempatan di Kuala Berang Terengganu

e.         TINDAKAN KEKERASAN BRITISH MENGHAPUSKAN KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN ADALAH TIDAK WAJAR. BERIKAN ALASAN ANDA.

TIDAK WAJAR
  • Mengakibatkan pertumpahan darah
  • Banyak nyawa terkorban
  • Kemusnahan harta benda
  • Menjejaskan keamanan negara
  • Keharmonian negara tergugat
  • Kedaulatan negara terjejas
  • Menjatuhkan maruah pemimpin
  • Taraf hidup rakyat terjejas
  • Rakyat kehilangan hak dan maruah bangsa
  • Aktiviti harian rakyat terganggu
  • Menjatuhkan imej sultan dan pembesar tempatan

f.          MERASIONALKAN CARA PERJUANGAN/GERAKAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN MENENTANG BRITISH
i.          SENJATA/PEPERANGAN
                        Tidak wajar kerana:
Ø  Berlaku pertumpahan darah
Ø  Menyebabkan rakyat terkorban
Ø  Tentera British lebih ramai berbanding tokoh tempatan
Ø  Alat perang tentera British lebih moden
Ø  Kubu pertahanan Britis lebih kukuh
Ø  Tokoh tempatan menggunakan senjata tradisonal

ii.            MELALUI MEDIA CETAK

Wajar kerana:
Ø  Mereka dapat menyatakan  pendapat yang bernas dalam penulisan
Ø  Rakyat memahami maklumat perjuangan tokoh tempatan
Ø  Mereka boleh mengkritik British dalam penulisan kerana menggunakan Bahasa Melayu.
Ø  Penulisan dalam media cetak boleh menyedarkan dan memajukan bangsa.
Ø  Akhbar dan majalah adalah media masa semasa yang popular digunakan pada masa itu untuk menyampaikan mesej.
Ø  Akhbar pada masa itu murah, senang didapati, bahan rujukan utama pada ketika itu.


iii.           PERSATUAN
Ø  Melalui persatuan, tindakan secara kolektif dapat diambil
Ø  Sesuatu perkara mendapat persetujuan ramai,
Ø  Tindakan lebih tersusun kerana berorganisasi
Ø  Rakyat mengenali tokoh nasionalisme

f.          RASIONAL PEMIMPIN TEMPATAN MENGGUNAKAN SENJATA/PEPERANGAN DALAM PENENTANGAN MENENTANG BRITISH

i.          SENJATA/PEPERANGAN
NANING
  • Tindakan British meletakkan Naning sebahagian daripada Wilayah British tanpa memaklumkan kepada pembesar tempatan seperti penentangan di Naning oleh Dol Said
SABAH
  • Tindakan James Brooke menyatakan bahawa Orang Iban sebagai lanun
  • Sikap SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pembesar
  • Penentangan secara peperangan berlaku kerana pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan
  • Hasrat Mat Salleh untuk berbincang dengan SBUB tidak dilayan.
  • Sebaliknya tindakan Gabenor Beaufort yang telah menyerang dan membakar kampong mereka.
  • Sikap SBUB yang mungkir janji menyebabkan berlaku penentangan oleh Mat Salleh

PERAK
  • Penentangan berlaku apabila Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.
  • Menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.
  • J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu

KELANTAN
  • Sikap British yang tidak mengendahkan bantahan pemimpin tempatan seperti Tok Janggut.
  • Tindakan British yang mengarahkan polis menangkap Tok Janggut.

TERENGGANU
  • Penentangan bersenjata berlaku di Terengganu berlaku apabila penduduk tempatan marah terhadap dasar British – Sistem percukaian

g.         TERDAPAT SEGELINTIR PIHAK YANG MEMPERTIKAIKAN SUMBANGAN TOKOH PERJUANGAN TEMPATAN
  • Mengapakan keadaan ini berlaku?
Ø  Tidak memahami sejarah perjuangan tokoh terdahulu.
Ø  Tidak yakin dengan perjuangan tokoh tempatan
Ø  Tidak berfikiran terbuka
Ø  Beranggapan bahawa pemimpin Negara tidak bijaksana
Ø  Mengagungkan penjajah British
Ø  Kurang mempunyai semangat patriotik
Ø  Melihat perjuangan tokoh terdahulu dari satu sudut pandangan sahaja.
Ø  Terpengaruh dengan pandangan sejarawan barat dari segi penggunaan istilah
perjuangan dan penentangan.
Ø  Tidak merujuk kepada sumber pertama dalam pembacaan/rujukan.
Ø  Sikap masyarakat yang tidak merujuk kepada bahan ilmiah tetapi lebih gemar
mendapatkan bacaan yang tidak sahih seperti di media sosial.
Ø  Golongan pelajar tidak mengenali tokoh perjuang dahulu dengan mendalam.
Ø  Pihak Barat menipulasi tokoh perjuang kita dengan menpesong fakta sejarah.
Ø  Peranan media massa yang tidak bertanggung jawab
Ø  Membangkitkan isu yang membingungkan rakyat
Ø  Senario politik semasa berlaku akibat mainan politik golongan tertentu yang mementingkan hal peribadi / kumpulan tertentu
Ø  Sikap prejudis di kalangan masyarakat menyebabkan wujudnya sentimen perkauman

  • Bagaimanakah cara untuk mengelakkan keadaan tersebut berlaku?

Ø  Semangat kerjasama dan tolong menolong yang kukuh
Ø  Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan
Ø  Merujuk kepada sumber rujukan dan penulisan ilmiah.
-               Kepelbagaian bahan rujukan seperti sumber pertama, sekunder dll
                  -     Menjadikan novel sejarah sebagai bahan kajian seperti Novel Bukit Kepong
Ø  Membuat kajian terperinci terlebih dahulu
Ø  Menganalisis sesuatu persoalan dengan mendalam sebelum membuat kesimpulan.
Ø  Peranan guru/kerajaan/masyarakat/pihak media/Arkib untuk menyampaikan maklumat yang tepat berdasarkan bukti sahih
-       Tayangan filem, dokumentari, menemu bual tokoh-tokoh sejarawan tempatan seperti Prof Khoo Kay Kim, Ramlah Adam dll
Ø  Tidak terpengaruh dengan propanganda barat  tentang pejuang tanah air kita

  1. SEMANGAT NASIONALISME MASYARAKAT MALAYSIA SEMAKIN LUNTUR/TERHAKIS. BUKTIKAN

·         Sikap segelintir masyarakat yang mempersendakan lagu Negaraku-contohnya kes
Alvin Tan.
·         Bendera Jalur Gemilang tidak dikibarkan semasa sambutan hari kemerdekaan/kebangsaan
·         Sikap segelintir masyarakat yang menghina Institusi Kesultanan di laman sosial
·         Terdapat pihak yang tidak mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara-contoh mengadakan demontrasi jalanan.
·         Kurang pengetahuan  tentang kenegaraan.
·         Menjadikan artis barat sebagai idola.
·         Kurang menghayati / memahami sejarah penubuhan Malaysia.
·         Kurang perasaan cinta pada negara.
·         Mengagungkan negara Barat.
·         Pengaruh daripada ledakan maklumat / ICT
·         Penyebaran budaya negatif dari luar
·         Tidak menghormati institusi beraja
·         Menyebarkan maklumat Negara ke Negara luar
·         Suka memberontak
·         Mewujudkan perhimpunan haram
·         Mencetus rusuhan kaum
·         Suka menentang pemimpin
·         Pemimpin tidak bersatu dan sering bertelingkah
·         Pemimpin yang menerima rasuah

i.    KESAN SEKIRANYA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME.  BERIKAN HUJAH ANDA.

·         Rakyat berpecah belah kerana tidak mempunyai jati diri.
-       Keamanan dan keharmonian negara terancam akibat masyarakat yang tidak mematuhi/menghormati undang-undang negara.
-       Lahirnya individu yang pentingkan diri sendiri kerana tidak menghayati dan menghormati perjuangan pemimpin terdahulu.
-        
·         Ekonomi tidak berkembang kerana kurang rasa kebertanggungjawaban terhadap negara seperti pembayaran cukai/pembayaran balik pinjaman PTPTN dll.
-       Kemakmuran/keamanan negara tergugat kerana sikap segelintir individu yang mencetuskan huru-hara dalam negara seperti berlakunya demonstrasi jalanan yang berleluasa.
-       Pertumbuhan ekonomi tergendala kerana sikap memilh perkerjaan dikalangan masyarakat yang menyebabkan kadar kemiskinan tinggi dan kemasukan buruh asing yang tinggi menyebabkan pembangunan negara terbantut.

·         Kedaulatan negara akan terancam akibat daripada campur tangan kuasa asing.
-       Imej negara akan terjejas ekoran pelabur asing menarik balik pelaburan mereka


·         Politik tidak stabil
-       Pentadbiran akan kucar kacir kerana rakyat tidak menghormati sistem pemerintahan dan pentadbiran negara
-       Demonstrasi jalanan berlaku
-       Rakyat tidak menghormati pemimpin negara kerana salah faham terhadap keperibadian pemimpin-pemimpin Negara


  1. BERJAYAKAH USAHA KERAJAAN MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN RAKYAT. BERIKAN ULASAN ANDA.


BERJAYA
  • Melaksanakan konsep 1 Malaysia
  • Mengadakan Forum Belia Tegas
  • Mengadakan kempen Cintai  Negara yang dimainkan oleh agensi kerajaan seperti FINAS
  • Menganjurkan pertandingan melukis poster anjuran  Balai Seni Lukis Negara
  • Mengadakan  Pertandingan Mendeklamasi Sajak yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau  pihak sekolah.
  • Keamanan dan kemakmuran negara masih dinikmati oleh rakyat
-       rakyat hidup bersatu padu, mempunyai peluang pekerjaan dll
·            Pelaksanaan Program PLKN/ konsep 1Malaysia yang berjaya mewujudkan perpaduan dikalangan belia hari ini.
·            Sambutan hari Kebangsaan yang disertai oleh semua lapisan kaum tanpa mengira ideologi.
·            Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
·            Penubuhan sekolah wawasan sebagai jalan terbaik menyelesaikan dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal
·            Sambutan perayaan bagi setiap kaum sebagai wahana intergrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat nasionalisme-Hari Gawai, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya.
TIDAK BERJAYA
·            Peningkatan kadar jenayah masih lagi berlaku di kalangan masyarakat hari ini.
·            Terdapat segelintir masyarakat yang tidak menghormati pemimpin tempatan dengan memburuk-burukkan imej pemimpin di media massa dalam dan luar negara.
·            Terdapat generasi muda masa kini yang mempertikaikan isi kandungan perlembagaan negara kita.
·            Tidak semua rakyat dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik
·            Masyarakat tidak bersatu padu untuk mempertahankan kedaulatan negara seperti peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.
·            Masyarakat masih terpengaruh dengan anasir luar yang boleh menganggu gugat keamanan negara seperti fahaman IS, ajaran sesat dll.

SOALAN 7: MENJANA IDEA ( 10 MARKAH )
a.     SEBAB-SEBAB SEMANGAT NASIONALISME GENERASI MUDA SEMAKIN  
TERHAKIS

·         Tidak mempunyai semangat cinta akan negara
·         Sering mencetuskan huru-hara
·         Membangkitkan isu-isu sensitif di laman sosial
·         Tidak menghormati institusi beraja
·         Suka memberontak/mengadakan perhimpunan haram
·         Suka menentang pemimpin
·         Tidak menghormati perlembagaan
·         Tidak menyokong dasar- dasar kerajaan
·         Pengaruh media massa asing
·         Sikap mementingkan diri sendiri
·         Mempertikaikan tindakan kerajaan
·         Pengaruh luar yang negatif
·         Tidak menghayati sejarah pembentukan negara
·         Kurang kesedaran kenegaraan
·         Tidak menghayati perjuangan tokoh negara
·         Tidak menghormati lambang negara
·         Tidak menghormati lagu Negaraku
·         Mencabul hak dalam perlembagaan
·         Mempertikaikan peranan Yang Di Pertuan Agong


b.     CADANGAN UNTUK MEMPERKASA SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA.

·          Memperkuatkan jati diri melalui aktiviti kenegaraan melalui program seperti PLKN
·         Menghayati sejarah dan pembentukan bangsa dan negara
·         Mengelakkan pertelingkahan antara kaum
·         Sanggup berkorban untuk negara
·         Mengutamakan kepentingan negara daripada diri sendiri
·         Menghindari salah faham dan prasangka negatif
·         Mengutamakan semangat perpaduan/muhibah
·         Menjayakan konsep 1 Malaysia
·         Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan
·         Mengamalkan prinsip Rukun Negara
·         Menganjurkan lawatan ke tempat-tempat bersejarah
·         Menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni
·         Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


c.     CABARAN UNTUK MEMPERKASA SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

·      Gejala sosial iaitu keruntuhan akhlak kerana pegangan agama yang longgar
·      Pengaruh laman sosial dengan membangkitkan isu-isu sensitif melibatkan isu-isu  negara dan perkauman.
·      Penyalahgunaan bahasa dan  istilah dengan mengenepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
·     Kurang kesedaran kenegaraan dengan sering melakukan huru hara yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan negara.
·         Melakukan vandalisme dengan merosakkan harta benda awam dan tidak bersyukur dengan kemudahan


d.    PROGRAM 1 MALAYSIA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM BAGI MEMUPUK SEMANGAT SAYANGKAN NEGARA. JELASKAN.

·         Mewujudkan sikap kerjasama antara satu sama lain
·         Memupuk perpaduan antara kaum
·         Melahirkan sikap kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain
·         Tidak bermusuhan antara satu sama lain
·         Mewujudkan 1 bangsa Malaysia
·         Menghormati agama dan budaya kaum lain
·         Menjalinkan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat
·         Dapat mengenali budaya kaum lain
·         Dapat mewujudkan keharmonian
·         Mengeratkan persefahaman antara kaum


e.     PERANAN ANDA MEMPERKASA SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN RAKAN-RAKAN

·         Mempelajari mata pelajaran Sejarah dengan bersungguh-sungguh
·         Menghayati nilai-nilai murni melalui Pendidikan Moral dan Sivik
·         Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan
·         Menyertai aktiviti Kelab dan Persatuan Sejarah
·         Menyertai badan beruniform yang menerapkan unsur patriotism
·         Mengadakan lawatan ke Galeri Sejarah/Muzium Sejarah
·         Mengadakan lawatan ke Memorial Tunku Abdul Rahman
·         Mengadakan pameran sempena sambutan Bulan Kemerdekaan
·         Menyanyikan lagu  Negaraku dengan penuh semangat
·         Menubuhkan Galeri Sejarah yang memaparkan perjuangan-perjuangan tokoh terdahulu
·         Mengibarkan Jalur Gemilang
·         Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 1M1S

f.      CADANGKAN CIRI-CIRI WARGANEGARA / GENERASI MUDA YANG BERUPAYA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA.

·         Bertanggungjawab menjaga keamanan negara
·         Sanggup berkorban untuk negara
·         Mematuhi undang-undang negara
·         Taat setia kepada negara
·         Semangat patriotik yang tinggi
·         Sentiasa peka kepada isu-isu semasa
·         Cinta akan keamanan dan keharmonian
·         Mengharumkan nama negara ke persada antarabangsa
·         Sentiasa berbangga menjadi warganegara Malaysia
·         Menghargai khazanah dan warisan Negara.

g.    SELEPAS NEGARA MERDEKA, SEMANGAT NASIONALISME RAKYAT SANGAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN  NEGARA.  BERI HUJAH ANDA.

·         Kerana dapat mengekalkan kestabilan politik
·         Untuk  menjamin taat setia kepada pemimpin dan negara
·         Dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum
·         Dapat menjamin keamanan negara
·         Dapat mengelakkan pencerobohan kuasa-kuasa luar
·         Dapat melahirkan rakyat yang cintakan negara
·         Dapat melahirkan rakyat yang sanggup berkorban untuk negara
·         Dapat melahirkan rakyat yang mematuhi perlembagaan  dan undang-undang
·         Dapat mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
·         Bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa
·         Dapat mengelakkan diri daripada nilai-nilai negatif
·         Supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir -anasir luar


h.    BEBERAPA SITUASI YANG BERLAKU DALAM NEGARA KETIKA INI BOLEH MENGGUGAT/MENGANCAM KEDAULATAN NEGARA.  BERIKAN PANDANGAN ANDA.

·         Penyebaran fitnah melalui laman sosial menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dan
     percaya
·         Demonstrasi  jalanan boleh memecahbelahkan rakyat dan menjejaskan imej negara
·         Mempersoalkan isu-isu sensitif  secara terbuka menggugat perpaduan kaum
·         Rusuhan kaum  menggugat kestabilan politik yang boleh menjejaskan industri pelancongan
     Negara.

i. SEGELINTIR WARGANEGARA MALAYSIA TELAH MENGHINA DAN MEMPERLEKEH
     NEGARA
 
·         BERIKAN CADANGAN ANDA, TINDAKAN YANG PATUT DIAMBIL TERHADAP WARGANEGARA TERSEBUT.

Ø  Memberi khidmat kaunseling untuk memberi kesedaran pada mereka
Ø  Tindakan undang-undang mengikut akta Hasutan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
Ø  Melaksanakan  aktiviti khidmat sosial seperti membersihkan tempat-tempat awam sebagai  memenuhi syarat hukuman
Ø  Menganjurkan Kempen Sayangi Negara untuk memupuk kesedaran cintakan Negara
Ø  Bagi golongan pelajar yang terbabit, tindakan menarik balik biasiswa atau pinjaman perlu dilakukan
·         KESAN JIKA SIKAP TERSEBUT GAGAL DIBENDUNG
Ø  Rakyat akan berpecah belah
Ø  keamanan dan keharmonian terancam
Ø  lahirnya individu yang pentingkan diri sendiri

·       EKONOMI TIDAK AKAN BERKEMBANG
Ø  pertumbuhan ekonomi akan tergendala
Ø  kemakmuran dan pembangunan negara terbantut
·         KEDAULATAN NEGARA TERANCAM
Ø  negara terdedah dengan campur tangan kuasa asing
Ø  imej negara terjejas

·         POLITIK TIDAK STABIL
Ø  pentadbiran akan kucar-kacir
Ø  demonstrasi jalanan akan berleluasa
Ø  rakyat tidak menghormati pemimpin
Ø  Masyarakat hilang jati diri
Ø  minda masyarakat dijajah
Ø  terpengaruh dengan budaya asing
Ø  budaya lepak dan rempit berleluasa  
  
j.     CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA BAGI MEWUJUDKAN MASYARAKAT
       YANG PATRIOTIK.

Ø  Masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa
Ø  Pengaruh media elektronik dan media cetak yang memaparkan isu-isu sensitive
Ø  Terpengaruh dengan anasir-anasir luar terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini.
Ø  Kurang didikan agama
Ø  Wujud pelbagai fahaman politik dalam kalangan masyarakat
Ø  Kurang penghayatan tentang sejarah tanah air/ perjuangan tokoh-tokoh dahulu
Ø  Tidak menghayati lagu-lagu patriotik
Ø  Kurang kesedaran mengenai semangat cintakan negara
Ø  Masyarakat yang berlainan budaya/kepercayaan

k.    NASIONALISME TONGGAK KEKUATAN BANGSA DAN NEGARA.  BERI ULASAN
       ANDA.

Ø  Perasan cinta kepada bangsa dan negara akan melahirkan individu yang bertanggungjawab memelihara kedaulatan negara
Ø  Mewujudkan semangat sanggup berkorban untuk negara
Ø  Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara
Ø  Meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
Ø  Dapat menjamin keamanan negara
Ø  Dapat mengukuhkan perpaduan kaum
Ø  Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif
Ø  Menggalakkan pertukaran teknologi dengan negara maju
SOALAN 8 : (5 MARKAH)

a.         SEMANGAT NASIONALISME PEMIMPIN TEMPATAN WAJAR DICONTOHI OLEH
GENERASI MUDA BAGI MENGEKALKAN KEMERDEKAAN / KEDAULATAN NEGARA. BERI ULASAN ANDA.


  • Pemimpin tempatan memiliki semangat juang yang kental di mana mereka bersedia mempertahankan tanah air tercinta daripada penjajahan.
  • Pemimpin tempatan berjuang mempertahankan kedaulatan negara  kerana mereka memiliki sikap berani menentang musuh
  • Pemimpin tempatan memiliki jati diri yang tinggi yang menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar
  • Pemimpin tempatan tidak mudah berputus asa di mana mereka berusaha gigih untuk memajukan negara
  • Pemimpin tempatan memiliki semangat setia negara yang tinggi yang tidak akan mencemarkan nama baik negara atau imej negara di mata dunia
  • Pemimpin tempatan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara yang mana mereka sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri

b.                     UNSUR-UNSUR PATRIOTISME/NASIONALISME YANG PERLU ADA DALAM DIRI
                        BAGI    MENGEKALKAN  KEMAKMURAN NEGARA.


  • Mengamal dan menghayati  prinsip Rukun Negara yang tercinta  agar menjadi warga yang patriotik.
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang negara bagi mengelakkan negara berada dalam keadaan huru-hara.
  • Mempunyai perasaan menghormati pemimpin-pemimpin negara supaya negara tidak dipandang rendah..
  • Mempelajari dan menghayati sejarah negara kita supaya dapat merasai nikmat kemerdekaan dan keamanan yang telah dicapai.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan bagi  menjadikan rakyat Malaysia modal insan kelas pertama .
  • Meningkatkan semangat cintakan negara agar tidak terpengaruh dengan anasir luar.
  • Mewujudkan perpaduan antara kaum supaya ikatan muhibbah antara kaum dapat diteruskan.
  • Menghormati lambang-lambang/Jata negara supaya  dapat menambahkan rasa cinta pada negara .
  • Bersedia mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa raga daripada kuasa-kuasa asing.
  • Mengekalkan keamanan  negara agar kemakmuran dapat dikekalkan dan diteruskan.
  • Melibatkan diri dalam kem motivasi/jati diri/PLKN/BTN bagi mengukuhkan jati diri.
c.         Cara anda menghargai perjuangan/pengorbanan pemimpin tempatan menentang  
             British.

  • Kita boleh mengadakan Anugerah/Bintang Kebesaran dan pingat sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan mereka.
  • Pihak sekolah boleh menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan dengan membuat program seperti penceritaan tokoh,  mengadakan pameran sejarah,  kuiz sejarah dan pertandingan drama sejarah
  • Penerbit tempatan boleh membuat filem dan  drama perjuangan tokoh-tokoh sejarah tanah air kita seperti  filem Mat Salleh dan drama Rosli Dhobi.
  • DBKL/PBT dapat mengabadikan nama tokoh-tokoh pemimpin tempatan pada nama jalan seperti Jalan Maharaja Lela.
  • Kemeterian Pendidikan boleh menamakan  sekolah dengan nama pemimpin tempatan yang menentang British seperti SMK Tok Janggut, SMK Dato’ Bahaman.
  • Kerajaan negeri boleh membina kompleks  sejarah seperti Kompleks Pasir Salak yang menceritakan perjuangan pemimpin tempatan di Perak menentang British.
  • Pihak media cetak boleh menerbitkan bahan tulisan tentang tokoh-tokoh sejarah dalam majalah dan akhbar  agar dapat di baca  oleh warga Malaysia.
  • Pakar IT dapat membina blog tokoh-tokoh pemimpin tempatan dalam internet supaya dapat menjadi rujukan para pelajar.
  • Kerajaan pusat boleh menamakan nama tokoh-tokoh pejuang tempatan pada bangunan kerajaan tertutama di pusat pentadbiran Putrajaya
  • Bank Negara Malaysia dapat mencetak gambar/ wajah  pejuang pada matawang kenang-kenangan
  • Pos Malaysia dapat melancarkan cetakan setem wajah tokoh para pejuang negara dan perjuangan mereka.
  • Perbadanan Muzium Negara dapat mendirikan tugu peringatan yang menggambarkan perjuangan tokoh-tokoh pemimpin tempatan.
  • Kementerian Pertahanan dapat  menamakan aset pertahanan negara seperti kereta kebal, jet pejuang, kapal perang dan kapal selam dengan nama pejuang-pejuang tempatan.
(Mana-mana jawapan munasabah)

           




SOALAN 9:       RUMUSAN (5 MARKAH )
  • Pengetahuan
Ø  Saya dapat mengenali tokoh-tokoh pejuang tempatan iaitu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Dato Maharaja Lela
Ø  Saya dapat mengetahui tentang kehebatan dan kesungguhan perjuangan pemimpin tempatan dalam mempertahankan kedaulatan negara
Ø  Saya dapat mempelajari tentang tipu helah orang asing ketika menjajah di negara kita agar dapat dijadikan iktibar kepada generasi akan datang
Ø  Saya dapat mengetahui sebab-sebab / faktor-faktor nasionalisme muncul di negara kita yang boleh dijadikan sebagai teladan kepada kita semua
Ø  Saya dapat mengetahui cara-cara tokoh tempatan berjuang menentang penjajah agar dijadikan sebagai pengajaran kepada saya
Ø  Saya dapat mempelajari kesan-kesan kebangkitan pejuang tempatan kepada negara kita agar kedaulatan negara terus dipertahankan

  • Nilai murni / Unsur patriotik yang sangat kental/Iktibar
Ø  Kita mestilah berani berjuang mempertahankan negara / tanah air  dengan melihat contoh Rentap, Tok Janggut dll
Ø  Kita mesti sentiasa bersatu padu dalam mempertahankan hak kita sebagai penduduk di negara ini
Ø  Kita mesti berani mempertahankan maruah serta warisan negara sebagaimana Dato Maharaja Lela berjuang mempertahankan Pasir Salak dan negeri Perak
Ø  Kita mesti setia kepada raja. Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong mengarahkan penduduk Terengganu tidak melawan perintah raja
Ø  Kita mesti mempertahankan hak dan kuasa yang ada, misalnya Rentap menentang penguasaan Brooke ke atas kawasannya
Ø  Kita mesti memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi sebagaimana ditunjukkan oleh Tok Janggut sehingga terkorban dalam mempertahankan negara
Ø  Kita mesti bersatu / memiliki semangat kekitaan agar masyarakat kita hidup dalam suasana harmoni
Ø  Kita mesti menghargai perjuangan tokoh tempatan yang bersusah payah berjuang mempertahankan negara kita

  • Harapan dan masa depan
Ø  Rakyat Malaysia perlu mengukuhkan semangat nasionalisme / mempertahankan negara agar negara yang dicintai ini akan terus makmur
Ø  Rakyat Malaysia perlu berusaha lebih gigih agar rakyat dapat mencapai cita-cita mereka
Ø  Rakyat perlu mempertahankan kedaulatan negara agar rakyat dapat mengecapi nikmat kemerdekaan yang telah dicapai
Ø  Pemimpin yang berwibawa / mentadbir negara dengan cekap agar dapat setanding dengan negara maju yang lain
Ø  Rakyat Malaysia mesti saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara

SOALAN 9: JAWAPAN  PERLU MENYATAKAN 
Ø  PENGETAHUAN              2 + 2 + 1  ATAU 2 + 1 + 2 ATAU 1 + 2  + 2
Ø  IKTIBAR                                       
Ø  HARAPAN