Followers

Monday 28 December 2015

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
      British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.

2. Melahirkan Pentadbiran yg licin
      British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
      Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.

3. Menjimatkan kos pentadbiran
    Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran.
      Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
      Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

4. Membentuk Bangsa Malayan Union.
      British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
      Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.

5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.
   British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
      Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION

      Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
      Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
      Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
      Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
      Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
      Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
      Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
      Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union

      Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
      Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
      Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
      Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
      Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
      Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
      Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
      Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
      Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
      Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
    Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti  Kesultanan Melayu Melaka.
      Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.


GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION

1.       Orang Dagang dan Golongan Melayu Radikal

      Golongan ini bersetuju  dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
      Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.
      Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
      Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

2.       Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

      Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
     Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.

3.       Angkatan Pemuda Insaf (API)

      Pimpinan Ahmad Boestamam
      Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
      Menjadi wartawan
      Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955

4.       Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )

5.       Barisan Tani Malaya (BATAS )

CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

      Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
   Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
      Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
      Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
      Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
  23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O ).
      Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
      Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
      Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
      Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
     Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
      Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

1. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu daripada semua golongan.

      Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.

2. Sokongan bekas pegawai-pegawai British

  Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
      Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.

3. Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British.

      Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.

4. Sikap politik orang Melayu yang sederhana

    Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British.
      Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.

5. UMNO tidak menuntut kemerdekaan

      Britis memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.
      Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

6. Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan Union

      Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,
    Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.

7. Gesaan Piagam Atlantik 1945
      Pertubuhab Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945.
  PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk tempatan.

CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

      Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.
      Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
      Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
      Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
      Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.


PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU JUGA MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT.

      Syarat kerakyatan diperketatkan.
      Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu.
      Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang ).
      British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
      Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran.

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK

      Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan.
      Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur.
      Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.
      Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
      Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.
      Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan.
      Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak.
      Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang.
      Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
      Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
   Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka.
   Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
      Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan  Rukun Tiga Belas.
      Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi.
     Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
      Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.

PERGERAKAN POLITIK DI SABAH

      Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
   Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
    Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan.
      Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.


22 comments:

  1. Saya copy , mohon diizinkan. Terima kasih tuan:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih,sgt membantu :)

    ReplyDelete
  3. damnnnn thank you

    ReplyDelete
  4. plz la plz plz la. let me copy plz fkfkfkfkfk

    ReplyDelete
  5. minta izin utk copy..terima kasih

    ReplyDelete
  6. sangat membantu :) terima kasih daun keladi....

    ReplyDelete
  7. x yah carut la dosaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmpos ko la lancau acah je

      Delete
  8. babi babi fuck fakta sejarah tipu ko je lancao

    ReplyDelete
  9. minta Lizin copy ya thanks

    ReplyDelete
  10. saya copy nk buat sj kertas 3.harap tuan benarkan saya untuk menggunakannya bagi menjawab kertas 3 sj.pahala dapat dikongsikan bersama.Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  11. TOLAK PENDATANG KALAU TAK TERIMA SEJARAH KITA...

    ReplyDelete