Followers

Monday 28 December 2015

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
                   
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

1. Negara
    Negara – wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg berwibawa.
    Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

2. Bangsa
    Merujuk kepada sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah.
    Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.

3. Kerajaan
    Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
    Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
 Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

4. Perlembagaan
    Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.
    Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Wilayah Pengaruh
    Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
    Wilayah Pengaruh – kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
  Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur Sumatera.

2. Kedaulatan
    Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
  Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
    Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.

3. Lambang-lambang
    Lambang Negara – Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.
    Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
  Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
    Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.

4. Keunggulan Undang-Undang
    Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
    Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat.
  Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
    Hukum Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat.
  Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga.
    Undang-Undang Laut Melaka – berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

5. Rakyat
    Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
    Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.

6. Kerajaan
    Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
  Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR.

1. Latar Belakang
    Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.
    Dikuatkuasakan pada tahun 1895.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
    Johor.
    Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
    Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor.
    Agama Islam sebagai agama negeri.
    Raja hendaklah berbangsa Melayu
    Lelaki
    Beragama Islam
    Merupakan waris pemerintah Johor
    Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
    Raja berhak memilih menteri Besar.
    Naib menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.

3. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.

4. Majlis Negeri – mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri – mempunyai kuasa pelaksanaan.

5. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu raja dan Jemaah Menteri mentadbir negeri dan rakyat.

6. Jemaah Menteri teriri daripada 8 hingga 12 org pegawai kanan kerajaan yg menjadi anggota Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu beragama Isalam dan merupakan rakyat Johor.

7. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

1. Latar belakang
    Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
 Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan.
  Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.

      Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
      Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
      Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
      Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
      Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
      Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
      Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
      Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

1. Latar Belakang
    Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
  Dikenali juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg berdasarkan keadilan.
    Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
    Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.
    Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.
    Berbangsa Melayu.
     Lelaki.
    Merupakan waris Sultan yg memerintah Terengganu.

3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.

4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada sultan dan kerajaan.

5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yg dilantik oleh Sultan.

6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.

7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan dengan negeri lain.

8. Waris sultan atau menteri dilarang mengkhianat pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa lain.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT
      Perlantikan Raja
      Syarat menjadi Raja
      Waris takhta
      Tertib Raja
      Zuriat Sultan
      Raja yang belum cukup umur.
      Tegahan kepada raja
      Sara hidup kerabat iraja
      Menteri
      Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
      Tanggungjawab pembesar
      Kedudukan Agama Islam
      Ketaatan kepada pemerintah
      Kesalahan khianat kepada negeri
      Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar
      Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan
      Mengadakan perjanjian
      Hubungan kerajaan denga kerajaan lain.


NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN.

1. Latar Belakang
    Negeri Sembilan teriri drpd  9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
    Pada abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar.
  Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
    Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat.
   Mengikut hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

UNSUR DEMOKRASI DLM SISTEM PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN.
    Negeri Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.
    Empat luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.
    Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
    Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar.
    Lembaga pula dipilih oleh Buapak.
    Lembaga merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
    Buapak merupakan Ketua Perut.
    Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
    Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat.

    Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu mengikut peringkat.

36 comments:

  1. Get Your Free Robux Here! http://www.Robux.world

    ReplyDelete
  2. Terima kasih , sangat membantu.

    ReplyDelete
  3. your nota are useless for me

    ReplyDelete
  4. if u dont like u fk off

    ReplyDelete
  5. DIU GAO LEI AHHHH YAPKENHUI

    ReplyDelete
    Replies
    1. fk u chowian u r piece of shit

      Delete
  6. I LOVE YOU GAN KIEN HONG 5K NANSHEN OMGGG

    ReplyDelete
  7. I AM SOHAI CHOW IAN

    ReplyDelete
  8. MY NAME IS CHOW IAN,WHOEVER CLICK IN THIS WEBSITE,COME SAY HI TO ME SOHAI CUNT

    ReplyDelete
  9. JIBAI CHOWIAN

    ReplyDelete
  10. I LIKE TO FUCK DOG ESPECIALLY BAONGA

    ReplyDelete
  11. gan kien hong!!!!!

    ReplyDelete
  12. LEE JUN SIAN IS A SOHAI

    ReplyDelete
  13. ...
    .
    ..
    .




    ...
    .DOG

    CHOW IAN



    SORRY BLOGGER

    ReplyDelete
  14. SORRY BLOGGER





    H
    DS
    H



    DG
    JT

    RD
    JD
    DT
    DT

    RHD
    JT


    TR
    J
    Y

    JT
    Y
    TR
    S
    JT

    ReplyDelete
  15. YOU ARE MALURI STUPID STUDENT

    ReplyDelete
  16. DO YOU WANNA PLAY MOBILE LEGENDSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. Great !! Sgt membantu ..

    ReplyDelete